Saturday, October 24, 2015

Tempah hotel atas talian tanpa kad kredit

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana caranya untuk menempah hotel online tanpa menggunakan kad kredit. Kita sedia maklumlah, tak semua orang ada kad kredit. Kad debit pun masih ramai yang tak tahu macam mana nak guna untuk transaksi atas talian. Biasanya takut kena tipu atau dipercaya sindiket yang suka hati mak nenek dia nak telan duit orang. Nak buat online transfer pun tak boleh sebab kebanyakan laman web tempahan hotel merupakan laman web luar jadi tak adalah bank-bank macam CIMB, Maybank seumpamanya.

Alkisahnya disebabkan majlis konvokesyen di UIA bakal menjelang, dah tentulah keluarga pun turut akan hadir sama pada hari bersejarah tersebut. Jadi untuk kemudahan penginapan, saya putuskan untuk menempah bilik hotel. Asalnya ingat cuma nak walk-in tapi risau kalau-kalau dah tercangak depan hotel bilik semua dah penuh. Dah ke mana pula nak berteduh buat dua tiga hari di KL? Jadinya puas juga google hotel-hotel berhampiran dengan Pudu Sentral supaya senang mak dan adik nak balik ke Perlis semula naik bas.

Bila cari-cari laman web untuk tempahan hotel, banyak yang kena bayar menggunakan kad kredit. Kita ini dahlah menganggur, mana nak ada kad kredit bagai. Sedih jugalah terpaksa telan air liur saja melihat tawaran hotel yang murah-murah di laman web Trivago, Agoda, Hotels.com dan macam-macam lagi. Punyalah susah mencari sampai terpaksa google key word  'tempah hotel tanpa kad kredit'. Hahaha. Noob sangat.

Dan saya dipertemukan dengan laman web ini. Booking.com.

Aspalela nama bondaku. Tempah hotel guna akaun beliau. Hehe.
Lepas jumpa hotel yang sesuai bolehlah pilih bilik yang dikehendaki mengikut availability yang masih ada. Yang seronoknya menggunakan Booking.com ini bila dia amalkan konsep 'pay later' iaitu bayar kemudian bila anda check-in di hotel tersebut. Jadi tak perlu susah hati "alamak aku tak ada kad kredit/debitlah, tak boleh bayar hotel, tak boleh dapatkan harga murah" oh tidak, tidak. Bagi saya harga di Booking.com ini agak berpatutan walaupun tak dapat tengok perbandingan dengan laman web lain seperti Trivago dan Kayak.com.

Lepas dah confirmed pilih bilik dan cara pembayaran, pihak Booking.com akan hantar emel pengesahan kepada kita melalui emel. Jadi cetak emel pengesahan dan tunjukkan pada receptionist hotel yang anda tempah untuk dapatkan bilik.

Sangat senang. Siap ada free cancellation lagi kalau tiba-tiba tak dapat datang ke hotel pada tarikh yang dicadangkan (percuma jika buat pembatalan sebelum tarikh pilihan seperti yang ditetapkan). Harap membantu mereka yang tercari-cari cara menempah bilik hotel tanpa menggunakan kad kredit.

Wassalam.

37 comments:


  1. Hai.. saya ada terbaca psl entri book hotel kat blog awak.. and.. sya pon baru nk berjinak2 dgn booking hotel ni.. tak tau ap2 sgt.. saya nak tanya.. klau book dkt booking.com kan boleh byr mase check in.. kite boleh bayar secara cash atau kene bayar guna kad kredit jugk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Boleh kedua-duanya, sama ada cash or credit card :)

      Delete
  2. sangat berguna. saya juga tidak suka kad kredit

    ReplyDelete
  3. nak tnye klu booking.com tu hanya certain bilik or semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jenis bilik ada mengikut availability pihak hotel pada tarikh yang kita pilih.

      Delete
  4. HAI..NK TNYE.. MASE ONLINE BOOKING TUE DIA MINTA VISA KARD NO..TAK TERUS DEDUCT KER DUIT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak deduct, just nak confirmkan tempahan sahaja.

      Delete
    2. Sy booking hotel online, pas bg no visa bagai.. Selesai booking bilik.. Smpai lobby trs check in.. Bayar cash.. Sbb katanya no visa tu cuma utk confirmkan tempahan je.. Lepas 2 hari check balance kat maybank2u..dah potong rm400.. Cash pun dia sapu gak rm400.. Katanya dlm smggu dia akan masukan dlm acc.. Tp dah 3 mggu duit masih blom dpt.. Masih menunggu..

      Delete
    3. Sy booking hotel online, pas bg no visa bagai.. Selesai booking bilik.. Smpai lobby trs check in.. Bayar cash.. Sbb katanya no visa tu cuma utk confirmkan tempahan je.. Lepas 2 hari check balance kat maybank2u..dah potong rm400.. Cash pun dia sapu gak rm400.. Katanya dlm smggu dia akan masukan dlm acc.. Tp dah 3 mggu duit masih blom dpt.. Masih menunggu..

      Delete
    4. Maybe boleh contact pihak Booking.com terus untuk pertanyaan

      Delete
  5. Kenapa saya punya x lepas sbb x masuk kan kad kredit punya information..xpaham..mcm mana nak buat booking tanpa masuk kan butiran kad kredit/debit..saya xda kedua2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No kad kredit/debit tu diperlukan untuk confirmkan tempahan, duit takkan ditolak sbb bayar di reception hotel masa nak check in.

      Delete
  6. Abis tu klu kita yg xde kad kredit ni cmna? Sy pn try nk booking tp sangkut kt no kredit kad..adoii frust betul laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last option mungkin boleh tempah bilik secara terus dengan hotel :)

      Delete
  7. Nak tanya, kan kena masukkan detail card credit atau debit kan . Kalau kita tak maklumkan nak cancel booking adakah bayaran itu ditolak dari credit card atau debit kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better maklumkan sebelum tarikh yang dicatatkan untuk elakkan duit dipotong dari akaun.

      Delete
  8. Bayar mse check in @ ditarik dr akaun sblm check in ?

    ReplyDelete
  9. Tapi kenapa saya kena charge untuk cancel tempahan saya?

    ReplyDelete
  10. Tapi kenapa saya dikenakan full charge untuk cancelation even tempahan saya lagi sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kalau cancel sebelum tarikh yang ditetapkan tu free je. Anyway tuan/cik puan boleh contact Booking.com untuk maklumkan

      Delete
  11. salam. saya guna kad kredit abang saya untuk buat tempahan hotel di krabi sebab dia nak belanja. masalahnya adalah di krabi nnt abang saya x ikot sekali. pastu camane ye? saya kena bayar sendiri ke sebab tak bawa kad tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Duit dah deduct ke belum dari kad kredit? Kalau dah just print bukti bayaran je, tunjuk dekat receptionist hotel. Kalau belum, nanti boleh je bayar cash.

      Delete
  12. Saya dah letak info kad debit sebab saya pilih bayar sekarang. Tapi lepas tu tak dapat emel pun. Call pihak hotel bgtau no.id tempahan diorang kata takde tempahan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cuba emel kepada Booking.com sendiri untuk semak balik tempahan. Duit dalam akaun kena debit tak?

      Delete
  13. Sis..saya dh berjaya booking..perlu call pihak hotel ke utk pengesahan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga berbuat demikian untuk pengesahan. Tapi saya dah dua kali book tak pernah call, hehe. Memang hotel dah ada maklumat dari Booking.com ni.

      Delete
  14. Adakah kita wajib membayar caj pembatalan sekiranya kita tidak dapat check in d hotel pada tarikh yang telah ditempah?? Dan saya booking tidak menggunakan kad kredit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak berapa pasti. Mungkin saudari boleh tanya kepada pihak Booking.com sendiri

      Delete
    2. Mag apa jadi kalau cancel dia suruh bayar tu? Saya ada tempah, nak cancel dah tak boleh sbb ada charge ��

      Delete
    3. Memang polisinya macam tu. Kalau cancel lepas tarikh yang ditetapkan kena caj untuk bayar harga satu malam.

      Delete
  15. Salam..sy nak tanya,kalau sy buat bayaran guna debit card..dah kasi details debit card..pastu ada email masuk dr booking.com skali pin n booking no..tp duit dlm account kurang rm100..tempahan saya tu diterima or tak?? Ada sy baca dalam policy hotel tu kata bayaran pendahuluan 100% akan ditolak..mcm mana tu??

    ReplyDelete
  16. Maaf kalau nak tanya saya dah sampai tempah yang nak confrim kan booking tapi sy tak tekan lagi confirmation tu .. jadi nya sy di kire dh confrim tempah ke ?

    ReplyDelete
  17. Salam saya nak tanya kalau selagi kita tak tekan confirmation untuk booking jadi nye kita punya hotel belom di booking kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Ya lepas dah confirm baru betul-betul Booking.com akan book bilik. Make sure lepas book nanti dapat itinerary di emel ya.

      Delete
  18. Saya nak tanya,pasal kena print out email tu,kalau saya just tunjuk email yang booking.Com sent,guna handphone ataupun saya just screenshot email yg booking.com sent tu,kt handphone then tunjuk time nak check in boleh ke?maksud saya tak payah print out just tunjuk email yg dekat handphone tu je?thanks in advance!

    ReplyDelete
  19. Hi,saya nak tanya,kalau saya just tunjuk screenshot email atau email yang booking.com sent tu time nak check in boleh ke?maksud saya,tak payah print out just tunjuk email yang received tu guna handphone je boleh ke?

    ReplyDelete

***FOR QUESTIONS THAT NEED QUICK RESPOND, PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***