Tuesday, December 1, 2015

Step by Step for Application - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Bila berkait dengan masa depan, nak tak nak kena fikir semasak yang mungkin. Disebabkan mengenangkan masa depanlah saya ambil keputusan untuk cuba-cuba memohon melanjutkan pengajian di peringkat sarjana atau master. Mulanya teragak-agak juga memandangkan kos pengajian bukannya seringgit dua. Mana dengan tak ada pendapatan yang tetap lagi. Maklah tak henti-henti pujuk untuk sambung sementara usia masih muda. Tunggu kerja pun tak dapat-dapat lagi.

Lalu saya mencuba nasib.


Nawaitu awal nak sambung sarjana pada mulanya sebab dah tak ada pilihan lain. Takkanlah nak terus menganggur sampai ke sudah? Dari terus menunggu sesuatu yang tak pasti, lebih baik cari peluang lain. Bila bermuhasabah sendirian, takkanlah nak menuntut ilmu sebab terpaksa dan tak ada pilihan lain? Cukuplah saya bazirkan lima tahun zaman undergraduate lepas itu ilmu langsung tak ada yang melekat di otak, hati apatah lagi. Dulu-dulu memang nak sambung master ialah impian saya. Tapi memikirkan isu kewangan terpaksalah lupakan seketika sampailah dipujuk mak. Itu tak termasuk cakap-cakap orang lagi.

"Ada degree pun susah dapat kerja, master apatah lagi."
"Anak orang lain SPM saja tapi gaji dah beribu. Tak payah ada degree pun."
"Kalau ada master nanti susah cari pasangan hidup."

Dan sekian-sekian kalam orang. Sakit hati tak payah cerita. Lepas berbicara dengan seseorang, terbuka mata hati saya sekian lama.

"Nak menuntut ilmu kerana ilmu milik Allah. Nak terokai bidang baru. Bukan semata-mata kerana nak dapatkan kerja bergaji besar. Hati kena ikhlas. Niat kena betul."

Saya bermuhasabah. Selama ni jauh betul tersasar. Akhirnya saya menggagahkan diri untuk mencuba. Belajar kerana ingin mendalami ilmu Allah. Dapat atau tak itu soal nombor dua. Mak paling positif sejak dari awal, banyak bagi dorongan untuk sambung. Kalaulah arwah abah masih ada, dia pun akan buat benda yang sama. Memang ini impiannya.

Untuk memohon ke program ijazah sarjana di UUM ada dua cara iaitu secara online melalui laman web (http://www.uum.edu.my/index.php/en/postgraduate-admission-procedures), pilih graduate school yang berkaitan dengan kursus yang nak dimohon. Contoh untuk program ijazah sarjana pendidikan boleh klik pada Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (panjang benar namanya). Nak mohon secara manual pun boleh, kalau rumah dekat dengan UUM tu bolehlah ke graduate school yang berkaitan, minta borang. Isi sampai lengkap. Permohonan memerlukan kita untuk dapatkan dua orang individu untuk jadi academic referee sebab nak sahkanlah betul atau tak kita ni berkelayakan untuk mohon kursus yang kita nak. Permohonan saya serahkan secara atas talian pada 19 November 2015 usai meminta bantuan dua orang bekas pensyarah di UIA untuk menjadi academic referees. 

Permohonan perlu disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM100 yang boleh dibayar di mana-mana Bank Islam (ditambah GST sebanyak RM1.06, berkira betul), sijil-sijil berkaitan seperti yang dimaklumkan sewaktu membuat permohonan online, dua keping gambar berukuran pasport dan, okey dah lupa. Lepas siapkan segala dokumen, terus pos benda-benda tersebut ke UUM (walaupun boleh saja nak hantar terus ke fakulti terbabit).

Pastikan hantar sebelum tarikh tutup. Selalunya dekat laman web yang saya letak tadi memang dah dinyatakan tarikh tutup untuk hantar application. Lepas dah hantar selalu-selalulah periksa emel sebab pihak graduate school akan maklumkan permohonan berjaya ke tak melalui emel. Surat tawaran dan segala borang untuk pendaftaran pun akan dimaklumkan melalui emel. Jangan biar emel bersawang atau kena hack sudah hahaha.

Dan petang tadi saya dikejutkan dengan berita gembira ini.


Moga Allah bukakan jalan dan kemudahan untuk perjalanan baru ini, insya Allah.

UUM, tunggu saya.

Tuesday, November 24, 2015

Trend Pakaian Formal Wanita Terkini

Assalamualaikum.

Each and every one of us tahu betapa pakaian sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Pakaian ini pula ada macam-macam jenis. Tambah pula peredaran zaman membuatkan fesyen turut berkembang. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal, sekarang, you name it. Tenggiri, siakap, keli, belanak. Itu tak termasuk jenama-jenama pakaian berdasarkan nama artis. Tudung Neelofa, tudung Datuk CT, Fauziah Latiff, Ziana Zain (ada ke?), jubah Hafiz Hamidun, Fattah Amin (eh?).

Memandangkan si penulis blog ini bakal mencecah usia 24 tahun menjelang 2016, jadi untuk entri kali ini saya ingin bercerita tentang trend pakaian formal. Anda mesti tertanya-tanya, apa kaitan umur 24 tahun dengan nak cerita fasal pakaian formal? Tidakkah tebiat namanya? Sabar, sabar. Usia sebegini sememangnya sinonim dengan alam pekerjaan profesional, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru saja tamat pengajian di universiti. Masa dekat universiti, pakai baju apa ke kelas pun tak ada siapa kisah. Formal atau tak formal, who cares? Asal ikut dress code, tak kena saman, sudah (situasi di universiti saya, hehe). Lagipun dekat universiti jarang ada orang yang bagi panduan berpakaian ketika bekerja, melainkan jika anda mengikuti mana-mana kursus grooming alam pekerjaan.

But but but, bila dah melangkah ke alam pekerjaan, perkara sebegini harus diberi perhatian. Saya sendiri akui saya sangatlah tak mahir dalam bidang pemilihan pakaian. Apa yang sedap dipakai dan nampak cantik di mata saya, itulah pakaian saya. Yang penting, syariah compliance. Bila bekerja, mana boleh main hentam pakai apa yang kita suka. Lagi-lagi bekerja dengan syarikat gergasi dan raksasa yang sangat menitik beratkan isu professionalism kepada pekerja mereka. Jangan nak buang tebiat pergi pakai t-shirt dengan seluar pendek macam dekat rumah ke pejabat kalau tak sudi dicepuk oleh bos. Takkan nak pakai seksi-meksi pula. Jangan cari fasal!

Bila buat beberapa kajian sedikit, barulah terbuka mata tentang trend pakaian formal wanita. Untuk lelaki mungkin kena Google di blog-blog bloggers lelaki (kot, hehe). Selalu orang akan tanya, pakaian formal itu macam mana? Macam mana nak kelihatan formal tetapi pada masa yang sama masih lagi nampak elegan dan yang penting, syariah compliance.  

Pakaian berwarna putih/pastel

Pergilah mana-mana pejabat pun, hatta swasta mahu pun kerajaan, putihlah warna yang sinonim dengan formaliti. Lagi-lagi kalau dipadankan dengan hitam. Tengok sajalah lawyers yang sinonim dengan warna sebegini. Nampak sangat smart, dan yang penting formal dan sesuai dengan pekerjaan mereka. Tak kisahlah sama ada nak berbaju kurung putih atau berkemeja putih, memang nampak segak di mata sesiapa yang memandang. Kadang-kadang mungkin ada yang tak selesa berbaju putih. Katanya nanti cepat kotorlah, nampak suci sangatlah (boleh pula begitu?). Tak nak putih, no problem. Pilih pakaian berwarna pastel macam lavender, light peach, light mint dan semua light light yang lain (macam pilih warna cat rumah pula).



Agaknya kena reject temuduga tiga bulan lepas sebab pakai dark purple (kot, hahaha).

Pakaian hitam

Bak kata orang putih, you can never go wrong with black! Pilihan paling selamat katanya. Selain meningkatkan level of confidence kita, pakaian berwarna hitam juga akan memberi ilusi tubuh badan yang lebih kurus dan penampilan yang lebih elegan. Wah, wah. Tak teruja ke anda lebih-lebih lagi bab kurus? Haha.



Mix and match attire

Ini dah terlalu biasa bagi kaum perempuan. Tambah-tambah trend sekarang banyak betul blaus dan skirt berwarna-warni macam lollipop. Cantik memang cantik, lagi-lagi kalau kena padanannya. Lepas itu dipadankan pula dengan tudung yang bermacam-macam jenis. Sampai keliru, “eh dia ni nak pergi bekerja atau nak berjalan-jalan dekat Suria KLCC?”. Mix and match pun yalah juga, tapi jangan sampai main hentam pilih warna kontra yang nampak serabut di mata orang. Takut orang tengok dah serupa pokok krismas. Meriah!



Outerwear – blazer/jaket

Ini pun trend yang agak baru saya lihat pada zaman sekarang. Bukan trend pakai blazer macam kot lelaki ala-ala Tuan Anas Mikael dalam TV itu, bukan! Jaket dan blazer untuk wanita sekarang pun banyak dah dimodenkan. Ada pelbagai warna dan fesyen yang sangat menarik perhatian. Nampak bergaya pun ada. Yang penting, masih mengekalkan ke’profesionalisme’an anda sewaktu bekerja.



Macam mana, dah dapat pencerahan tentang pakaian formal wanita yang terkini? Lepas ini dah bolehlah periksa wardrobe masing-masing, tengok mana pakaian yang sesuai dengan pekerjaan masing-masing. Kalau yang tak banyak koleksi pakaian yang sesuai dengan situasi formal, bolehlah beli buat koleksi. Thanks to ZALORA Malaysia yang ada banyak koleksi pakaian sesuai dengan kehendak pengguna, dari formal to casual, busana Muslimah dan banyak lagi.

Thursday, November 12, 2015

Hari Jubah Saya (31st IIUM Convocation Ceremony 2015)

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entri yang lepas, saya dengan suka dan citanya nak berkongsi pengalaman naik pelamin pentas sempena majlis konvokesyen saya. Alhamdulillah, tanggal 8 November yang lalu, akhirnya ditauliahkan jua sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemanusiaan dalam pengkhususan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Konvokesyen edisi ke-31 kali ini menyaksikan lebih 5000 graduan UIA menerima ijazah dalam bidang masing-masing, termasuklah bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Memandangkan sesi konvokesyen bagi kulliyyah saya berlangsung pada bahagian petang, saya dan keluarga bertolak dari hotel ke UIA sekitar jam sebelas pagi. Lepas makan tengah hari dalam keramaian makhluk di UIA pada waktu itu, saya pun bersiap-siaplah sarung jubah apa semua. Masya Allah jubah konvokesyen UIA sangat rumit, bertali dan berhud bagai. Hahaha. Bila dah siap, terus gerak ke Pusat Aktiviti Kebudayaan UIA untuk berkumpul bersama-sama dengan graduan yang lain.

Jangan risau, dekat CAC (Cultural Activity Center) dah dilabelkan siap-siap dekat mana nak berkumpul. Masuk terus ke CAC melalui pintu yang ditetapkan, terus gerak ke label barisan tempat duduk masing-masing. Jangan lupa periksa nombor kerusi sebelum masuk ke dewan, walaupun nanti masa berbaris akan ada kakak-kakak committee majlis konvokesyen yang akan bariskan anda ikut nama. Yang penting kena tahu nombor baris kerusi anda. Jangan lupa juga untuk bawa bersama kad konvokesyen masuk ke dalam dewan. Itu nyawa! Haha. Tak ada kad, nama anda tak terpaparlah di skrin waktu ambil skrol di atas pentas. Lagi parah kalau nama tak disebut. Tak seronoklah. Seperkara lagi, lebih baik tak perlu bawa beg bersaiz besar ke dalam dewan. Nak bawa handphone, dompet semua itu, selit dalam kocek baju (lebih elok pakai baju berkocek). Kalau baju tak ada kocek dan terbawa beg tangan masa beratur alamatnya soroklah beg dalam jubah. Nampak habislah kembung sana dan sini, hahaha. Sebab tak digalakkan bawa beg ini tak naklah nampak beg macam-macam warna bila ada live streaming majlis dalam dewan. Tak cantik pula orang di luar dewan nampak.

Habis majlis, esoknya dah pun nak bersiap untuk balik ke Perlis semula. Sebelum balik, sempat lagi bergambar kenangan dengan rakan-rakan sebelum pergi hantar jubah, ambil skrol dan gambar pentas. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar sekali. Bahagian paling menyentuh hati bila dapat menyanyikan lagu UIA Leading The Way untuk kali terakhir. Sebak dan bangga. Lepas dah habis majlis sesi saya pun masih tak boleh nak move on lagi. Konvokesyen mempertemukan saya kembali dengan rakan-rakan seperjuangan di UIA selama lima tahun.

Agak-agaknya bila lagi dapat berkumpul macam zaman belajar dulu?

Gambar cun-melecun hasil sentuhan AMETOGRAPHY

Friday, October 16, 2015

UIA dan 'BENL' (Bachelor of Human Sciences - English Language & Literature)

Assalamualaikum.

Dah habis belajar di UIA barulah perasan yang tak ada satu pun entri di blog bercerita fasal bidang pengajian sendiri. Apa punya seniorlah saya ini. Memandangkan saya dah pun berjaya mengharungi pahit manis menjadi pelajar BENL di UIA, rasanya tak salah kalau saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengajian ini yang mungkin boleh jadi panduan kepada bakal penuntut jurusan yang sama.

Di UIA, jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan ini dipanggil BENL, as it stands for Bachelor of English Language and Literature. In case ada yang tertanya, "akak ni course BENL why don't you just write in English?" eh suka hati sayalah nak tulis bahasa apa pun (hehe, gurau saja). Rojak campur pun sedap, lagi-lagi dinikmati ketika perut sedang kelaparan okay cut the crap. BENL merupakan salah satu kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) dan di bawah Human Sciences (HS) Division. Selain BENL, terdapat kursus seperti History and Civilization, Communication, Sociology and Anthropology, Psychology dan Political Science. 

BENL terbahagi pada tiga bidang pengkhususan iaitu:

1. Linguistics
2. Literature
3. Combination of linguistics and literature.

berserta 18 subjek major yang perlu diambil bersamaan dengan 54 jam kredit. Untuk subjek pengkhususan, anda dikehendaki mengambil 6 subjek yang bersamaan dengan 18 jam kredit. Tapi khabarnya bagi intake baru bermula tahun 2012, mereka perlu mengambil 7 subjek pengkhususan. Siap ada internship lagi. Tak adil betul, zaman saya dulu mana ada. Kempunan nak merasa pengalaman berpraktikal. Hah, nampak macam sedikit subjek BENL ini tapi itu belum lagi dicampur dengan subjek fundamental core courses HS disebabkan BENL di bawah HS Division dan subjek-subjek di bawah IRK Division, bahasa Arab, subjek kokurikulum dan sebagainya. Nak cerita panjang nanti tak faham pula. Ada baiknya rujuk study plan yang terdapat di laman web UIA sendiri.





Jadi, kalau anda fikir pelajar BENL cuma menghadap subjek linguistik dan sastera semata-mata, sila hapuskan persepsi itu ya, kerana seiring dengan matlamat universiti (ewah, apa mak merepek?) untuk melahirkan graduan all-round makanya banyak juga subjek yang perlu diambil yang tak ada kena-mengena dengan bahasa Inggeris. Contohnya seperti lapan subjek IRK Division yang perlu diambil bagi pelajar single major. Yang nak buat minor itu lain cerita.

Lapan subjek IRK yang saya ambil (highlighted in yellow)
Well, bila jadi pelajar BENL ini ada sedikit sebanyak persoalan yang timbul daripada orang sekeliling yang kurang arif berkenaan dengan bidang pengajian ini. Ada yang kata BENL macam TESL, ada yang kaitkan lepasan BENL kebanyakannya sekadar bekerja sebagai guru atau kerjaya dalam bidang pendidikan. Saya malas nak cerita panjang disebabkan isu ini ada saya tulis dalam entri 'UIA dan Asasi Bahasa Inggeris' suatu ketika dulu (entri tersebut masih wujud). Yang paling hot bila orang selalu ingat belajar bahasa Inggeris ini cuma berkisar tentang English grammar, padahal apa yang dipelajari itu jauh lebih advance dari tatabahasa. Kalau linguistik, sedalam-dalam aspek bahasa dikaji seperti aspek fungsi sesebuah peraturan tatabahasa (grammar rules), semantik, morfologi dan banyak lagi. Bagi pengkhususan sastera, pelajar didedahkan dengan seasas-asas perkara dalam bidang ini seperti puisi, drama, novel dan prosa, sastera Islam, Amerika dan pelbagai lagi, which I find way more interesting of discovering the language itself. Sebenarnya, English is beyond the language. It's everything. Dulu zaman sekolah punyalah tak suka bahasa Inggeris ini tapi Allah takdirkan saya sendiri untuk meneroka bidang yang selalu orang cakap, "ala, English je pun. Bukannya medic/engineering/accounting/laws etc.."

Setakat ini saja coretan saya untuk entri kali ini. Macam biasa, sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh emel di izzfiez@gmail.com.

Wassalam.


Sunday, October 4, 2015

Orang Dulu vs. Orang Sekarang

Assalamualaikum.

Sejak dua tiga menjak, saya banyak membaca dengan kisah-kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Facebook. Tak kurang dengan membaca confessions berkisar perkara yang sama di fanpage IIUM Confession. Selain masalah biasa bagi seorang pelajar, saya tertarik dengan beberapa luahan mereka yang memilih untuk menjadi anonymous demi menyampaikan apa yang dah lama terbuku di hati. Jujur, saya pernah juga buat pengakuan di IIUM Confession. Yang mana satu, rahsia! *emotikon ungu bertanduk sedang tersengih*

Saya terpanggil untuk menulis setelah membaca pengakuan di bawah.


Tunjang utama dalam pengakuan di atas ialah masalah suami atau lelaki yang bergantung kepada perempuan, dalam situasi ini, isteri. Bila baca banyak sangat fasal kemelut rumah tangga, siapa kata tak tergugat nak kahwin bukan? Rasa macam tak sanggup bila nak berhadapan dengan spesis manusia seperti ini. Lagi baik tak kahwin terus. Tapi, dah macam menidakkan fitrah pula. Tapi bila mengenangkan kehidupan lepas kahwin yang berjuta onak dan ranjau, baik lari menyorok dalam gua. Suami jadi macam ini satu saja masalahnya. Kurangnya memahami tanggungjawab sebenar seorang ketua keluarga.

Kalau mereka faham, agak-agak ada tak nak minta duit isteri untuk beli keperluan sendiri padahal untuk kegunaan isteri pun tak cukup?

Agak-agak mereka sanggup nak lepaskan tanggungjawab cari nafkah dekat isteri seorang?

Dan macam-macam hal lagi. Menyedihkan, namun inilah realiti kehidupan perkahwinan sekarang. Bukanlah saya nak memomokkan para pembaca semua. Alhamdulillah, walaupun banyak kita dengar masalah rumah tangga berlaku dalam kalangan masyarakat kita, namun masih ada lagi mereka yang tengah mengecap bahagia bersama keluarga masing-masing.

Pendek kata, masing-masing kena faham tugas dan tanggungjawab. Suami kena cari nafkah, sediakan segala keperluan isteri dan anak-anak. Janganlah duit belanja dapur pun tak pernah bagi, lepas itu mengadu isteri tak masak sedap-sedap, tak berhias. Nak masak sedap atau berhias apanya kalau dalam sebulan satu sen pun tak keluarkan untuk isteri dan anak-anak. Kalau isteri itu bekerja tak mengapalah, sekurang-kurangnya mereka ada pendapatan sendiri. Yang tak bekerja? Makan hati sajalah. Itu pun sampai bila nak tahan. Yang si isteri pun sama juga. Bila suami bagi cukup keperluan, jangan terlalu mendesak nak itu ini. Tengok kawan ada beg tangan baru, paksa suami belikan walaupun dia tahu suaminya bergaji kecil. Nak bayar kereta, rumah, bil api, air, Astro dan macam-macam lagi. Tengok kawan bercuti ke luar negara, dia pun nak juga tanpa mengetahui suami itu dah bersusah payah kerja overtimelah, apalah.

Jadi dah merepek merapu panjang fasal tanggungjawab suami isteri ini, apa pula kaitannya dengan tajuk entri saya? Orang dulu versus orang sekarang.

Agak-agak?

Saya nak bercerita sedikit tentang mak dan arwah abah saya, ada kaitan dengan tajuk entri kali ini. Memandangkan dah setahun arwah abah pergi, entri ini saya dedikasikan untuk beliau, untuk menunjukkan kepada para pembaca semua tentang tanggungjawab.

Mak dan arwah abah berkahwin selepas beberapa tahun bekerja sebagai guru. Masa itu, abah cuma lepasan Diploma Perguruan dari sebuah maktab perguruan di selatan tanah air. Mak pula ada ijazah sarjana muda dari USM Pulau Pinang. Dari sini secara kasarnya anda dapat melihat ada sedikit perbezaan taraf pendidikan mak dan arwah abah saya. Dari segi tangga gaji juga berbeza. Umum sedia maklum, waktu itu guru yang ada ijazah selalunya gaji lebih mahal daripada guru yang cuma lulusan diploma. Perbezaan itu tak dijadikan masalah untuk mereka berdua membina rumah tangga.

Selama saya hidup bernafas mengenali arwah, abah saya seorang yang sangat bertanggungjawab. Sangat sangat sangat! Dengan gaji kecilnya itulah dia menyara kehidupan kami sekeluarga walaupun mak sama-sama bekerja. Tak pernah sesekali dia sewenang-wenangnya ambil duit mak untuk kepentingan diri sendiri. Abah cuma orang kampung biasa. Datang pula daripada keluarga yang susah. Jadi dia tahu macam mana nak hargai setiap rezeki yang dia ada. Tak pernah sedikit pun riak dengan apa yang dia miliki. He stayed humble at all time.

Dengan gaji kecil arwah, duit itulah guna untuk beli makan untuk kami adik-beradik, guna bayar kereta, bil api, air, Astro dan banyak lagi. Bayar memang on time! Bukan jenis suka buat tunggakan dua tiga bulan biar tak berbayar sampai kena potong. Dulu pernah langgan pakej broadband, abahlah tukang membayarnya. Sekali pun tak pernah kena blocked sebab abah selalu bayar bil anak bertuahnya ini. Kadangkala, abah akan mesej saya beritahu dia dah masukkan sejumlah duit belanja. Abah bukannya guru berpangkat tinggi, sekadar guru biasa yang tahu tanggungjawabnya.

Tak pernah sekalipun saya tengok dia terpaksa meminjam. Kawan-kawan pinjam itu banyaklah. Tapi arwah jenis bukan yang kedekut. Gaji kecil itulah dapat tolong anak saudaranya masuk ke universiti. Dia tak lupa bersyukur. Gaji kecil itulah dikumpulnya untuk dia, mak dan adik-adik saya ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada tahun 2013. Sesen pun duit mak tak keluar walaupun belanja ke tanah suci memerlukan kos yang tinggi, kira-kira RM5000 setiap orang (pada waktu itu). Kata mak, waktu itu mak sudi nak berkongsi kos perbelanjaan yang perlu dibayar kepada ejen syarikat menunaikan umrah. Yalah, mak pun keberatan nak biarkan abah bayar seorang diri.

Tapi, abah kata kepadanya, "simpanlah duit tu. Lepas ni nak guna lagi."

Lepas abah meninggal dunia barulah kami faham apa yang arwah maksudkan. Dengan sikap bertanggungjawab arwah menguruskan kewangan keluarga, mereka berempat (kecuali saya yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester waktu itu) dapat ke tanah suci untuk pertama kali (yang pertama dan terakhir untuk arwah). Dengan sikap itulah, dari kecil lagi kami tiga beradik dah ada akaun Tabung Haji dan dah pun mendaftar haji sejak tahun 2010. Abah dan mak punya kesedaran untuk pengurusan kewangan masa depan anak-anak. Alhamdulillah, sampai sekarang masih tak berusik simpanan Tabung Haji saya dan adik-adik. Harapnya kami dapat gunakan peninggalan arwah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Tak tahu macam mana nak ucapkan syukur kepada Allah. Lepas arwah meninggal banyak betul hikmah untuk kami. Rezeki datang tak disangka-sangka dari pelbagai sudut. Alhamdulillah, berkat kejayaan abah memacu bahtera keluarga kami sejak dari dulu mengikut apa yang ditetapkan Islam. Arwah faham tugas dan tanggungjawab seorang ketua keluarga kepada keluarganya.

Manalah nak cari lelaki macam ini lagi sekarang?

Hopefully we'll reunite in Jannah one day, abah

Baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama kita cuba memahami tugas dan tanggungjawab kita bukan saja sebagai bakal suami/isteri orang, tapi tanggungjawab kita sebagai khalifah, hamba Allah, anak, pelajar, pekerja dan macam-macam lagi *tengah nasihatkan diri sendiri*. Contohi zaman mak dan ayah kita yang kerja tak seberapa, gaji kecil, hidup susah, tapi masih mampu besarkan kita adik-beradik sampai berjaya dan dah mampu tersenyum melihat kejayaan anak-anak mereka.

Tuesday, September 22, 2015

Road to Hari Jubah (IIUM 31st Convocation Ceremony) - Bahagian 2

Assalamualaikum.

Hai anda semua kembali bersama saya yang bersedia untuk merepek bahagian kedua persiapan menghadapi majlis terbesar dalam hidup selain majlis akad nikah. Jika bahagian pertama saya ceritakan tentang persiapan fasa pertama, kali ini saya mahu kongsikan pula perkembangan persiapan tersebut. Means apa dah jadi lepas beberapa bulan menganggur di rumah selepas graduasi dan sebagainya (status terkini: masih menganggur).

Okey, dalam entri lepas saya tamatkan perkongsian lepas dapat tahu graduation list untuk konvokesyen kali ini. Waktu itu tarikh sebenar konvokesyen pun masih tak diketahui mengikut giliran kulliyyah masing-masing. Tak lama lepas itu barulah dikeluarkan tarikh sebenar. Alhamdulillah, untuk kulliyyah saya, Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS), sesi penerimaan skrol akan berlangsung pada 8 November 2015, sesi sebelah petang.

Berkonvokesyen sekali dengan graduan Kulliyyah of Nursing
Lepas tarikh dikeluarkan, maklumat berkenaan dengan proses mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing dikeluarkan oleh pihak universiti.

Boleh mula mengambil jubah konvokesyen masing-masing mengikut tarikh dan masa
yang ditetapkan
Maklumat berkenaan dengan kod pemakaian sewaktu istiadat konvokesyen
Untuk mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing, para graduan diwajibkan untuk mengisi robe collection form bersama-sama dengan online tracer study yang boleh mula diakses pada 5 Oktober sehingga 7 November (kena menunggu lagi).




Sudah siap diisi




Tak isi semuanya, say goodbyelah pada jubah konvokesyen anda ya. Bukan itu saja, anda akan gagal untuk mendapatkan kad jemputan untuk dua ahli keluarga atau sesiapa saja yang ingin dibawa anda untuk masuk ke dalam dewan konvokesyen.

Sekian saja bahagian kedua. Nak cerita panjang pun, banyak lagi benda tak selesai sebab masih menunggu bila nak isi tracer study dan robe form serta menunggu keluarnya seating arrangement. Bahagian ketiga akan menyusul, tapi lambat lagilah. Sebab bahagian ketiga saya nak cerita perjalanan hari konvokesyen (masa hari kejadian). Which means lepas 8 November baru boleh tulis entri berkaitan!

Saturday, August 29, 2015

Temuduga Pertama

Assalamualaikum.

As the title written up there, maka untuk kali ini saya nak bercerita fasal pengalaman pertama saya melalui proses temuduga kerja. Well, itulah urusan masa depan yang saya sempat catat pada akhir entri sebelum ini. Berdebar itu jangan diceritalah. Mana taknya kalau ini merupakan temuduga pertama saya yang membabitkan soal masa depan. Masa zaman di UIA dulu setakat interview nak jadi fasilitator itu adalah. Lepas itu masa semester akhir kebetulan belajar fasal subjek kerjaya jadi saya dah pun diberi pendedahan tentang the do's and the don't's masa temuduga.

Alkisahnya, jawatan yang saya mohon ialah sebagai information analyst di sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Finland. Eh, saya tak ke Finland, sebaliknya ke pejabat cawangan syarikat ini di Kuala Lumpur. Skop tugas merangkumi kerja-kerja menganalisis artikel dan akhbar setiap hari dan jumlah artikel yang perlu ditulis dah pun ditetapkan oleh pihak atasan. Dan memandangkan syarat-syarat yang dikemukakan untuk kerjaya ini menepati kelayakan saya, saya terus hantar resume dan surat permohonan kerja ke emel syarikat. Hantar hari Sabtu, tak sangka pula dapat emel ke temuduga pada hari Selasa (18 Ogos) walhal tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos. Memandangkan tak sempat nak siapkan apa yang patut untuk hari tersebut dan saya rasa macam terlalu tergesa-gesa, saya mohon supaya tarikhnya ditangguhkan. Alhamdulillah, tarikh cadangan diterima iaitu pada Khamis, 27 Ogos 2015.


Nak cerita dari segi persiapan itu, sebenarnya last minute baru siapkan apa yang patut. Cetak resume, sijil-sijil akademik dan Google fasal syarikat. Ini penting, manalah tahu si penemuduga nak duga pengetahuan anda tentang syarikat mereka. Nama pun temu dan duga. Hahaha. Sempat juga saya bertanya rakan yang dah pun melalui proses ini dari segi soalan yang bakal ditanya, pakaian yang sesuai dan banyak lagi. Untuk temuduga kali ini, saya memilih jalan selamat. Baju kurung tak banyak warna dan blazer arwah abah (konon bawa semangat arwah sekali, hehehe). Selesai segalanya, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada Rabu (26 Ogos) dan bermalam di rumah rakan saya, Najla, di PV5 Taman Melati. Sempat lagi menjengah ke NU Sentral sebab perut teringin nak menelan Dubu Yo.

Hari yang dinanti telah tiba. Seawal jam 8 pagi saya dan Najla bertolak keluar di UIA (hah nampak sangat masih tak boleh move on dengan mantan universiti, huahuahua). Memandangkan Najla bekerja pagi tersebut, saya akan ke tempat temuduga sendirian dari UIA. Sekitar jam 10.30 pagi baru ambil bas T231 ke LRT Gombak. Nak dekat jam sebelas baru sampai di KLCC. Mak peduli apa orang ramai tengok mak macam dah lambat masuk kerja. Hahaha. Mana taknya, dengan berbaju kurung, blazer, kasut tinggi tengah hari buta. Keluar dari Suria KLCC, ingatnya nak pergilah tengok jalan nak ke tempat temuduga di Wisma UOA 2 Jalan Pinang. Panas terik dan akhirnya mengalah bila terpaksa buka blazer sambil berjalan. Mula-mula, saya lalu di sebelah Suria KLCC, bila tengok macam jauh pula nak ke tempat temuduga. Lepas itu redah punya fasal, ambil jalan sebelah KL Convention Centre, lalu di sebelah Mandarin Oriental Hotel, akhirnya jumpa pun Jalan Pinang. Masa itu menyesal tak sudahlah sebab pakai kasut tinggi. Taubatlah mak lepas ini, hahaha.

Nak dekat 11.30 pagi tibalah mak ke tempat yang dituju. Masa itu berbelah bahagi sama ada nak naik terus atau nak tunggu di bawah, tapi kaki ini laju saja melangkah. Awal sangat pun awallah. Nampak tak betapa mak desperate nak pergi temuduga? Hahaha. Lepas daftar di sekuriti bangunan, naiklah ke tingkat tiga belas. Eksklusif betul pejabat dekat sini, macam bilik hotel pun ada. Lepas mundar-mandir sekejap dekat luar pintu pejabat sebab segan nak ketuk pintu, saya beranikan diri nak tanya pekerja dekat situ. Alhamdulillah, terus jumpa dengan Ms. Iris, administrator syarikat. Yang penting beliau ingat nama saya. Lepas itu saya terus dibawa ke bilik temuduga. Untung datang awal, boleh habis awal, balik awal.

Masuk saja dalam bilik, saya diberi informasi ringkas tentang apa yang akan berlaku. Oh ya, temuduga ini terdiri dari dua peringkat iaitu English test dan oral interview. Untuk ujian, calon dikehendaki menganalisis artikel dan berita berkaitan perniagaan yang dah disediakan. Ada empat semuanya, campur bahasa Melayu dan Inggeris. Berbekalkan ilmu secebis dari kelas Intensive Expository Writing Mr. Mazlan dulu, mak main tulis saja. Betul tak betul tolak ke tepi. Yang penting, siap! Lepas habis sesi pertama dapatlah rehat sepuluh minit sebelum bermulanya temuduga sebenar.

Sesi kecut perut pun bermula! Lupa pula mak nak tanya nama tukang temuduga itu, tapi merupakan seorang lelaki berbangsa Cina. Alhamdulillah, everything went very well. Entah apa saya merapu bila jawab soalan itu tak tahulah. Tak lama pun sesi berlangsung. Sekitar jam 2 petang, segalanya berakhir. Namun, tak semestinya dapat lagi kerja ini bila akan ada saringan dengan calon lain untuk ke pusingan kedua temuduga. Let's hope for the best lah katanya. Mak simpan harapan sikit saja. Selebihnya tawakal kepada Allah. Ada rezeki di sini, insya Allah.

Begitulah cerita temuduga pertama. Sebenarnya, masa nak menunggu hari kejadian saja yang berdebar. Bila dah berada di dalam bilik temuduga, tak rasa apa-apapun. Macam berborak dengan lecturer. Tapi, tak tahulah. Mungkin sebab masih di peringkat pertama. Untuk peringkat kedua, boleh terkucil dengan bos besar.

Doakan saya ya!

Sunday, August 23, 2015

Road to Hari Jubah (IIUM 31st Convocation Ceremony) - Bahagian 1

Assalamualaikum.

Hari ini nak tulis entri lebih serius setelah dua entri yang lepas kerja nak meroyan dekat blog. Alhamdulillah, setelah setahun menuntut ilmu di pusat asasi dan empat tahun di kampus utama, saya telah pun berjaya mengharungi hidup sebagai seorang pelajar undergraduate. Tamat sudah fasa pertama. Fasa lain bertingkat-tingkat lagi ya anak-anak. Doakan mak kau orang ini berjaya harungi fasa hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Okay, cut the crap.

Kisahnya hari ini saya nak berkongsilah apa yang kami selaku pelajar (or should I call myself an ex-student already?) UIA ini akan buat menjelangnya tarikh keramat ini. Insya Allah, bagi tahun ini, istiadat konvokesyen ke-31 UIA akan berlangsung pada 7-9 November 2015. Makna kata adalah lagi dua tiga bulan lebih macam itu. Sempat lagi nak kahwin supaya kau tak keseorangan masa terima ijazah nanti. Hahaha. Kembali ke topik asal, persiapan nak bergraduasi ini dilakukan seawal semester akhir lagi. Masa itu kena peka dengan notis yang dikeluarkan kulliyyah. For your information, kita orang ini kena memohon untuk graduasi okey? Isi permohonan secara online melalui aplikasi i-Grad dan hantar. Saya pun dah tak ingat bila aplikasi boleh mula diakses.



Sebelum atau selepas itu, kenalah hantar dokumen seperti borang graduasi dan salinan kad pengenalan kepada pihak kulliyyah supaya mereka dapat memproses permohonan graduasi kita ke pihak AMAD (Academic Management and Admission Division). Kau tahu sampai sekarang mak tak dapat hafal nama penuh AMAD? Teruk betul. Mujur ada Google.

Lepas dah selesai, menantilah dengan sabar sampai mereput, ambil peperiksaan akhir dan tunggu keputusannya keluar. Masa ini bolehlah nak tweet di Twitter atau update Facebook dengan status 'unofficially graduated'.

Habis saja peperiksaan, mereputlah dekat rumah atau cari kerja sementara nak tunggu nama di'endorse' oleh IIUM Senate yang merasmikanlah bahawa seseorang itu sudah benar-benar bergelar graduan UIA. Bagi tahun ini, keputusan peperiksaan keluar pada 19 Jun 2015, manakala transkrip rasmi keluar pada 31 Julai 2015.

Untuk dapatkan transkrip penuh, apa-apapun kena selesaikan bab clearance. Kiranya bayar hutang kalau ada baki tertunggak dengan UIA (yuran, saman trafik, denda).



Jadi bila dah selesai di setiap checkpoint, statusnya akan berubah menjadi sebegini. Bolehlah terus ke AMAD untuk dapatkan transkrip penuh dan release letter. Jadinya boleh dah kalau nak mula minta kerja dan sebagainya menggunakan transkrip tersebut.



Release letter saya
Tak lama lepas itu, graduation list pun keluar. Periksa nama masing-masing, manalah tahu tiba-tiba dia main acah tak nak keluar boleh rujuk ke AMAD dengan kadar yang segera.

Nama saya di tangga ke-56!
Rasanya setakat ini saja untuk bahagian pertama entri kali ini. Lagipun tarikh dan giliran apa semua masih belum dikeluarkan pihak berkaitan. Kita sabar sajalah ya. Apa-apa perkembangan saya akan masukkan di entri bahagian kedua, insya Allah. Manalah tahu boleh jadi panduan bakal graduan konvokesyen tahun depan pula.

Doakan saya untuk sebuah urusan membabitkan masa depan Khamis ini.

Friday, June 19, 2015

Brother Sewing Machine GS2700 dari Lazada

Assalamualaikum.

Pernah membeli-belah di Lazada, portal beli-belah yang terkenal itu? Lazada menawarkan banyak barangan termasuk pakaian, perkakas rumah, barangan elektronik dan banyak lagi. Dari dulu lagi suka survey harga smartphone di Lazada yang selalu bagi diskaun. Nak beli teragak-agak lagilah sebab takut juga kalau kena tipu dan sebagainya. Kalau setakat dua tiga ringgit bolehlah lagi. Kalau melibatkan urusan beratus ringgit memang tinggi juga risikonya.

Kebetulan, saya baru develop semula minat pada bidang jahitan lepas dipengaruh oleh rakan saya sendiri. Dah lama betul tak menjahit sejak zaman ambil subjek Kemahiran Hidup - ERT. Akhirnya saya putuskan untuk beli mesin jahit sendiri, jadi lepas ini senanglah nak jahit baju raya untuk keluarga. Manalah tahu lepas itu dapat kembangkan bakat jadi tukang jahit pula. Hehe.

Saya survey harga mesin jahit di Lazada. Memang ada banyak jenis mesin dan ada diskaun. Pilih punya pilih, saya buat keputusan untuk beli mesin jenama Brother GS2700 sebab dah terbiasa guna mesin jahit kepunyaan kawan jenama yang sama and it turned out to be saya memang suka mesin jahit ini! Maka dekat sini saya nak war-warkan kelebihan GS2700 ini berbanding mesin jahit portable yang lain.

Quick set bobbin

Bab ini saya paling teruja bila tengok kawan yang tak perlu susah-susah nak manually gulung benang ke bobbin dengan hanya automatically set benang untuk bergulung sendiri pada bobbin. Mudah, dan yang paling penting sangatlah menjimatkan masa. Memang sesuai untuk budak-budak baru nak belajar menjahit macam saya (belajar menjahit balik, hehe).

User-friendly

Bab ini pun mengkagumkan saya juga. Dekat mesin dah ada label step-by-step macam mana nak pasang benang atas. Tak perlu pening-pening nak baca buku panduan, melainkan anda memang baru pertama kali berhadapan dengan mesin jahit. Buku panduan mesin jahit ini pun sangat mudah untuk difahami. Dari mengenal komponen mesin sampailah cara-cara nak pasang benang atas dan bawah, nak tukar stitches, nak pasang jarum dan sebagainya, semua ada. 

Harga mampu milik

Rajin-rajin survey di Lazada anda akan dapat harga terendah di pasaran. Lazada selalu saja tawarkan diskaun untuk para pembeli. Masa mula-mula saya tengok harga yang ditawarkan ialah RM650, tetapi saya beli dengan harga RM695. Harga termasuk GST dengan kos penghantaran yang percuma menggunakan khidmat syarikat kurier SkyNet.

Saya tempah mesin ini pada hari Jumaat (12 Jun) dan mesin jahit selamat tiba di rumah pada hari Isnin (15 Jun). Cepat bukan? Lazada siap sediakan tracking number untuk kemudahan kita track and trace lokasi barangan kita sekarang. Yang paling penting bila mereka akan memaklumkan kepada kita sejurus selepas barang siap di'bungkus' dan dah dipos melalui kurier. Lepas dah sampai ke pembeli pun mereka akan hantar emel pengesahan. Jadi kalau ada apa-apa masalah (barang rosak, tersilap hantar dan lain-lain) boleh terus hubungi bahagian khidmat pelanggan mereka. 


Tak sabar nak siapkan dres yang baru selesai 50% dan baju kurung sendiri!

Sunday, May 17, 2015

Pos barang ke luar negara dengan Flexipack International

Assalamualaikum.

Saya tak pernah ada pengalaman mengepos barang ke luar negara. Sebelum ini cuma dalam Malaysia saja. Setakat pos laju ikan pekasam dari Perlis ke Sarawak itu dah lebih sekali buat. Bila nak hantar barang ke luar Malaysia, saya dah mula gelabah. Yalah, kos pos mesti mahal, kadangkala lebih mahal dari harga barang itu sendiri. Jadi, terima kasih kepada Pos Malaysia atas inisiatif memperkenalkan Flexipack International. Puas jugalah saya menggunakan khidmat Google untuk tahu lebih lanjut tentang Flexipack ini. Dia macam sampul prabayar pos yang bernilai RM6 itu, cumanya nama dia Flexipack untuk penghantaran ke luar negara. Memandangkan saya nak hantar hadiah untuk seorang kawan di Filipina dengan kos yang berpatutan, Flexipack merupakan perkhidmatan yang mudah dan berpatutan.
Pek Flexipack bersaiz M dengan harga RM19
Oh ya kawan-kawan, sebelum nak hantar barang itu rasanya lebih elok rujuk laman web Pos Malaysia untuk tahu zon Flexipack. Contoh macam saya nak pos ke Filipina, negara ini dalam zon 1, jadi minta sampul warna pink. Harga sampul bergantung pada saiz. Untuk saiz M, harganya RM19. Lepas masukkan barang, jangan lupa tulis segala maklumat di bahagian depan sampul. Tulis bagi terang, nanti tak sampai pula barang yang dihantar itu ke destinasi, membazir duit saja. Flexipack International juga memerlukan kita untuk isi custom declaration form untuk custom clearance. Berat dan harga setiap barang perlu ditulis (saya main agak-agak saja). Negara barang dikeluarkan pun diperlukan juga. Tulislah apa yang patut supaya barang anda selamat tiba dan tak ada masalah dengan kastam.

Dah habis isi, bawa sampul itu ke kaunter pejabat pos. Flexipack International ini by default tak ada tracking number ya? Nak 'adakan' tracking number tak ada masalah. Boleh gunakan perkhidmatan Pos Daftar dengan caj tambahan sebanyak RM4.60. Jadi nanti bolehlah track and trace barang yang dipos itu setiap hari. Tak nak guna Pos Daftar pun tak ada masalah. Kalau barang tak sampai, risiko itu tanggunglah sendiri ya.

Harap membantu anda yang tercari-cari cara nak pos barang ke luar negara.

Bersedia untuk 'terbang' ke Filipina!

Friday, May 15, 2015

Chilling at Chiling

Assalamualaikum.

Entri basi setelah lama diperam akibat kesibukan seorang pelajar tahun akhir. Nak ceritanya bulan April lepas seberapa orang rakan rapat SMSTSP merancang untuk berpiknik di air terjun. Rancang punya rancang, akhirnya kami bersepakat untuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam and I tell you subhanallah pemandangan sepanjang jalan sangatlah cantik!

Kami bertolak seawal jam sembilan pagi lebih. Tolak tambah dengan masa ke stesen minyak dan sebagainya, kami sampai di tempat kejadian sekitar jam sepuluh. Dah nama pun hujung minggu, punyalah ramai orang! Siap berbas lagi.

For your information, untuk masuk merentasi jambatan sungai menuju ke air terjun utama pengunjung perlu membayar bayaran masuk sebanyak RM1 setiap orang. Dan bayaran RM3 juga dikenakan pada setiap item makanan yang nak dibawa masuk merentas jambatan Lintasan 1. Tak ke mencekik darah? Relaks, relaks. Bayaran tersebut akan dikembalikan sekiranya anda berjaya membawakan plastik atau bekas makanan yang dibawa masuk mengikut item. Contohnya, katakanlah bawa sepuluh bungkus nasi lemak berbungkus daun pisang maka bila nak tuntut duit kena bawa sepuluh bungkus sisa balutan nasi lemak tadi. Faham? Rasionalnya untuk elakkan anda buang sampah merata-rata. Kebetulan pada hari kejadian saya dan rakan-rakan bawa makanan punyalah banyak dan malas nak membayar, kami makan di luar kawasan saja. Jadi tak perlu bayar banyak. Keluarkan RM10 saja untuk sebungkus sandwich, satu tupperware telur hancur dan mayonis berserta dengan sepaket asam.

Picnic time! Punyalah banyak makanan yang dibawa dari Gombak
Sekitar jam sebelas, the real adventure began! Untuk ke air terjun, pengunjung perlu meredah laluan hutan sejauh tiga kilometer. Penat itu jangan cakaplah. Mana dengan kena redah tiga anak sungai paras lutut dan pinggang. Memang adventurous I tell you! Lebih kurang sejam kami pun sampai. Memang puas redah laluan berliku sebab air terjun di Sungai Chiling ini masya Allah sangatlah cantik! The interesting fact is that dalam air terjun yang crystal clear itu boleh nampak ikan kelah berenang dengan riang. Well, nama pun santuari ikan jadi memang ikan sangat banyaklah. Sambil mandi-manda dapatlah bagi ikan-ikan ini makan. Kenduri sakan nampaknya mereka.

Perjalanan bermula

Meredah anak sungai menuju ke air terjun utama
Dah puas berendam, masa untuk pulang jadi sejam lagi diperlukan untuk meredah keluar ke pintu utama. Bila balik ini tak terasa sangat jauh perjalanannya. Keluar hutan pun dah pukul tiga lebih, tuntut duit deposit item makanan dan pulang.

Segala kepenatan terbalas bila dapat luangkan masa dengan rakan-rakan dan yang penting dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Antara gambar kenangan di sana.





Review: The Kite Runner (novel)

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak kemaskini blog! Saja nak beritahu yang lecture week saya dah berakhir jadi sekarang dah masuk study week dan kemudiannya final exam! Cepat sungguh masa berlalu.

Entri kali ini saya nak kongsikan review saya berkenaan dengan sebuah novel yang sangat dekat dengan hati saya bermula dari awal semester ini sejak saya mula-mula membelinya. The Kite Runner, begitulah tajuk yang diberikan oleh penulis, Khaled Hosseini. Berlatar belakangkan kehidupan di Afghanistan selama tiga era pemerintahan. To be honest, mula-mula saya pandang sebelah mata saja. Ini pun beli sebab diwajibkan untuk baca gara-gara kelas World Literature in English. Dan ini novel pertama yang saya beli dan baca dari kalangan lima buah novel yang diwajibkan untuk beli.

Why bother to review this book?

Jawapan saya, sebab saya nak suruh anda semua turut selami kisah perit, suka dan duka dalam The Kite Runner. Serius, inilah novel pertama dalam hidup saya yang berjaya buat saya tak boleh move on sejak kali pertama membacanya. Bahasa Inggerisnya mudah difahami, tak berbelit-belit macam empat buah novel lain yang saya baca untuk subjek ini.

Kenapa sampai tak boleh nak move on?

Anda akan temui Amir si ego dan Hassan yang setia dan sanggup korbankan apa jua untuk Amir. Saya puji bagaimana penulisnya menyusun plot novel ini. Diselitkan juga latar masa dan masyarakat Afghanistan yang dijajah oleh Rusia dan kemudiannya puak Taliban yang mengucar-kacirkan kehidupan penduduk di sana. Susah saya nak jelaskan semuanya, tapi apa yang membuat saya tersentuh hati dengan The Kite Runner ialah konflik diri Amir, Hassan dan Baba (ayah kepada Amir).

Baiklah, saya ceritakan sedikit sinopsis novel ini. Amir, pada awal cerita ini berusia 12 tahun, berkawan baik dengan Hassan, anak kepada orang gajinya iaitu Ali. Perbezaan etnik antara mereka juga merupakan satu isu yang diketengahkan oleh Khaled. Amir, daripada kaum Pashtun (kelas sosial tinggi) manakala Hassan daripada Hazara (low class society). Hassan lalui banyak benda malang dalam hidup tapi dia cukup disayangi oleh ayah Amir iaitu Baba, seorang lelaki terpengaruh di Kabul. As the story goes on, anda dapat 'merendamkan' diri dalam kisah persahabatan Amir dan Hassan, konflik hubungan Amir-Baba, konflik etnik Pashtun-Hazara yang seterusnya memalitkan suatu insiden hitam dalam hidup Amir dan Hassan. Ditambah pula dengan kekejaman pemerintahan Rusia memisahkan kedua-duanya. Hassan kekal di Afghanistan, manakala Amir dan Baba memilih untuk ke California, USA.

Amir dan Baba temui kesukaran untuk menyesuaikan diri di tempat asing. Di Amerika, personaliti Amir sedikit sebanyak berubah. Berkahwin dengan Soraya dan hidup bahagia walaupun tak dikurniakan anak. Kematian Baba merubah hidupnya 100%. Kehidupan Amir di Amerika seterusnya disusuli dengan terbukanya suatu rahsia terbesar dalam hidup dia, Hassan dan Baba. Suatu rahsia yang membuatkan dia perlu kembali ke Kabul demi sebuah redemption.

Emosional pula saya bercerita. Apa-apapun, lima bintang saya berikan Khaled Hosseini untuk The Kite Runner. Novel ini juga telah difilemkan tetapi saya syorkan kepada anda, bacalah dulu novelnya, 'rendamkan' diri dengan kisah yang panjang antara Amir dan Hassan.

P/s: a bunch of thanks kepada Prof. Quayum yang memperkenalkan novel ini kepada saya. Rasa macam nak perah otak fikir cerpen baru yang boleh diinspirasikan dari The Kite Runner ini. Cepatlah habis final exam!


Wassalam.

Tuesday, March 17, 2015

Ke Putrajaya Ke Kita

Assalamualaikum.

Alkisahnya hujung bulan Februari yang lepas, nak dikatakan rezeki semester terakhirlah juga apabila saya diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan "Tag, Follow & Win" yang dianjurkan oleh Kak Fana di Instagram beliau di www.instagram.com/zafniscreations. For your information, Kak Fana ini merupakan tukang jahit untuk dres Muslimah terutamanya dres untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Dah lama minat dengan baju-baju rekaan Kak Fana sejak terjumpa fanpage FB beliau dahulu kala.


Disebabkan baju-baju rekaan beliau semuanya custom made, jadi kenalah berjumpa dengan si tukang jahit untuk ambil ukuran semua. Lepas susun masa, Kak Fana ajak berjumpa dengan beliau di Alamanda Putrajaya. Mula-mula debarlah juga disebabkan dah lama tak menapak ke Putrajaya. Tak tahu nak naik bas apa di sana dan sebagainya. Apa lagi, dengan bantuan Google saya pun mulalah mencari informasi tentang bas dan juga ERL. Ramai yang cadangkan untuk naik ERL dari KL Sentral terus ke Putrajaya Sentral, dan dari situ naik bas Nadi Putra ke Alamanda. Nampak macam susah saja. Dahlah seorang diri, namun demi dres percuma kugagahkan juga. Haha.

Pagi-pagi lagi sekitar jam lapan saya bertolak dari UIA, terus naik LRT ke KL Sentral. Memandangkan hari bekerja maka terpaksalah berhimpit macam tin sardin sementara nak sampai ke destinasi yang dituju. Lebih kurang jam sembilan saya tiba di KL Sentral, terus menuju ke kaunter tiket ERL KLIA Express. Harga tiket asal dari KL Sentral ke Putrajaya ialah RM9.50, tetapi sebab saya sertakan sekali dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dapatlah diskaun tinggal RM6.70 saja. Murah kan? Berguna juga kad yang dah lama terperap dalam dompet. Cumanya validity period untuk penggunaan tiket diskaun kad siswa itu cuma lima minit. Mujurlah masa turun ke platform tren dah tersedia jadi cuma masuk dan terus duduk.

Tak sempat ambil gambar tiket, resit pun jadilah nak
tunjuk bukti dapat diskaun, haha
Perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya cuma memakan masa lebih kurang setengah jam. Bila dah sampai Putrajaya Sentral terus turun ke tingkat bawah untuk naik bas Nadi Putra. Jangan risau bagi sesiapa yang tak tahu bas nombor berapa sebab dekat setiap platform dah ada destinasi laluan setiap bas. Bagi yang masih tak berpuas hati boleh pergi tanya terus di kaunter. Yang menariknya, tambang untuk bas Nadi Putra ini cuma lima puluh sen. Murah! 


Dah tak ingat naik bas nombor berapa, saya terus cari bas ke Alamanda. Tak ramai orang waktu itu memudahkan perjalanan saya. Dapatlah meronda-ronda bandar Putrajaya yang rasanya dah berbelas tahun tak singgah. 

Masjid Putra dari jendela bas

Boleh nampak bangunan pentadbiran PM
Dah puas pusing-pusing Putrajaya yang cantik ini, sampailah saya di Alamanda. Sunyi sepi saja keadaannya. Agaknya sebab hari bekerja jadi tak ramai orang yang berada di sana sewaktu saya tiba. Tak lama menunggu Kak Fana pun sampai dan saya dibawa ke rumah kediaman Kak Fana di Pinggiran Putra, tak jauh dengan Alamanda untuk ambil ukuran. Kak Fana ini kebetulan super senior di UIA, bekas pelajar Landscape Architecture tapi sekarang ambil upah menjahit pakaian untuk majlis pertunangan dan perkahwinan sepenuh masa. Lepas ambil ukuran baju Kak Fana hantar saya di Stesen LRT Bandar Tun Razak seterusnya saya ambil LRT untuk pulang ke UIA. Sempat lagi masuk kelas pukul dua petang. Pantas dan efisien sungguh perjalanan hari ini. 

Jumpa lagi jika panjang umur, Putrajaya.


Friday, March 6, 2015

Blue to Yellow

Assalamualaikum.

Tanggal 26 Februari jadi tarikh terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom. Alkisahnya dah lama nak bertukar telco cuma tak tahu syarikat mana yang berikan perkhidmatan dengan kadar yang menarik dan berpatutan untuk saya sebagai seorang manusia yang masih bergelar pelajar ini. Kalau sebelum ini, saya gunakan Celcom untuk telefon bimbit dan Maxis untuk pelan broadband. Namun bila difikirkan kembali saya agak terbeban dengan duit yang perlu dikeluarkan untuk tambah nilai Celcom dan duit untuk bayar bil Maxis sebanyak RM68 setiap bulan, saya nekad. Masa untuk berubah!

Akhirnya, saya ke Digi Center yang terdekat iaitu di Giant Batu Caves. Ini pun lepas dah buat kajian fasal plan-plan yang ditawarkan oleh Digi. Jangan lupa, kalau nak bertukar telco periksa dulu dekat kawasan anda itu ada ke tak liputannya, yang paling penting internet. At least kalau ada setakat 3G pun kira baiklah. After taking into consideration all the stuff (sebab bila balik kampung, Maxis langsung tak ada liputan, maka membazirlah nak membayar every month without using it), memang final decision to change my telco. And yes, here we go.

Pergi ke kaunter Digi Center, cakap nak tukar telco (but for my case, I choose to retain my old Celcom number) and he/she will tell you the Digi plans for prepaid and also postpaid. Kisahnya saya dah malas nak reload and kalau prepaid validity setiap kali reload tak lama, makanya saya pilih plan postpaid. Jangan cop kaya pula, sebab plan postpaid lebih menjimatkan saya. I choose Digi Smartplan with 2GB internet, 100 minutes free call and 100 free SMS from just RM50 every month. Nak tahu apa lagi plannya, bolehlah selongkar di laman web Digi. Bagi IC dekat pekerja, tunggu sampai semuanya siap and get ready to change.

Tak lama lepas daftar untuk tukar, Celcom akan
SMS ini kepada anda
You have to wait maximum for 24 hours untuk pertukaran berlaku. Malas nak terang fasal semua dah tahu rasanya, hahaha.

Penukaran berjaya
Well, setelah menggunakan Digi lebih seminggu saya rasa berpuas hati. Sebab liputan internetnya ada walaupun di rumah saya yang tak ada liputan 3G Maxis. Laju pun laju. So yes Digi please be kind to me in the future also yeah.


Sunday, January 11, 2015

My Very First Time Flying with Firefly

Assalamualaikum.

Entri kali ini saya nak kongsikan pengalaman paling noob menjadi penumpang penerbangan Firefly buat pertama kali setelah hampir dua puluh tiga tahun hidup di muka bumi. Jadi agak jakunlah sikit sampai beberapa hari sebelum nak berlepas sibuk tanya kawan-kawan apa yang patut dibuat bila dah sampai lapangan terbang. Terserlah kenoobanku di sini.

Al-kisahnya sekitar bulan Oktober, Firefly adakan promosi macam gila iaitu tiket sehala ke destinasi domestik bermula dari harga RM29. Saya yang sememangnya teringin nak balik kampung dengan menaiki kapal terbang ini pun mulalah buat perancangan. Mujurlah baru lepas buat akaun simpanan CIMB jadi kerja nak membayar tiket pun jadi lebih mudah dengan adanya CIMB Clicks. Jadi, saya tempah tiket secara online untuk diri sendiri dan adik lelaki yang kebetulan sama-sama belajar di UIA. Jumlah keseluruhan cuma RM58. The best thing tentang penerbangan Firefly ini ialah dapat 20kg bagasi percuma (kalau tak silap) jadi bermaksud tak payah tambah duit dah, kecuali kalau lebih 20kg lainlah ceritanya. Empat belas hari sebelum tarikh penerbangan, saya dah cetak siap-siap boarding pass. Bukan main semangat si noob seorang ini. Alih-alih, dari waktu asal penerbangan jam 2.15 petang ditunda ke jam 2.45 petang dan akhirnya ke jam 3.10 petang. Dah kena cetak boarding pass yang baru lagi.

My own boarding pass

Pendekkan cerita, tibalah ke hari yang dinanti iaitu pada 11 Januari 2015. Memandangkan pesawat FY2160 yang saya akan naiki nanti berlepas pada jam 3.10 petang, sekitar jam dua belas tengah hari saya bertolak dari UIA, dihantar oleh rakan kepada adik terus ke stesen LRT Pasar Seni. Dari situ, kami naik bas U81 di platform D menuju ke LTSAAS. Dah memang nasib badan, bas tersebut punyalah penuh dan mampat dengan warga asing. Nak duduk memang tak mendapatlah. Nasib baik tambangnya cuma RM2.50. Dalam sejam lebih baru sampai lapangan terbang. Mujur sempat.

Sesampai saja di lapangan terbang, makin bertambahlah kejakunan diri ini. Tak tahu what are the steps I should do once dah sampai sana. Dekat pintu sebelum masuk ke dalam kita orang kena scan beg dulu. Mula-mula sangat tak yakin and I was like, "betul ke kena letak beg masuk scanner ni? Hand carriage pun kena juga ke?" and at last I decided to ask one of the makcik there (I guess she's the custom officer at the entrance). Dah makcik angguk saja, saya pun letaklah segala beg yang ada (padahal satu saja pun). Memandangkan beg adik besar dan berat yang memustahilkan beliau untuk bawa beg itu ke atas kapal, makanya kami terus ke kaunter serahan bagasi. I was really impressed dengan layanan pekerja Firefly. Sopan dan yang penting semua segak kbai.

Lepas drop off luggage, we proceeded straight to departure hall tanpa mempedulikan shoplots di kawasan laluan kami walaupun perut dah buat konsert rock, dengan harapan di departure hall adalah kedai jual makanan buat alas perut sementara menunggu boarding time. Oh ya, sebelum itu kita orang kena lalui sekali lagi pemeriksaan kastam. I think mesti ramai dah tahu segala jenis barang besi macam jam tangan, tali pinggang dan alat elektronik kena keluarkan dan letak dalam bakul yang asing sebelum dimasukkan melalui scanner. Saya pula totally lost and kind of blurry terbawa sekali handphone dekat tangan dan selambanya lalu ikut gate scanner sampai kena suruh patah balik, letak semula handphone dalam bakul dan baru lalu balik. Lepas lalu dah kena raba-raba dengan makcik kastam lagi. Bukan kena cabul okey, tetapi prosedur keselamatan. Manalah tahu dibuatnya penumpang seludup dadah letak dekat baju dalam ke, seluar dalam ke, tak ke haru?

Kehampehan berlaku di departure hall bila kedai makan tak ada, yang ada cuma Austin Chase Coffee yang saya meragui kehalalannya (kalau sesiapa ada informasi mengenai kafe ini tolong kongsikan ya), dan kedai jual souvenir mahal macam beg tangan Lacoste dan coklat mahal dari luar negara. Manalah nak mampu, makanya duduklah diam-diam dekat departure hall sampai dengar pengumuman untuk naik pesawat pada jam lebih kurang 2.50 petang. Dah tercangak depan boarding gate, kena tunggu lagi untuk pemeriksaan boarding pass dan kad pengenalan. Sekali lagi berurusan dengan pekerja Firefly yang sopan itu. Macam baya budak lepas habis SPM pula sebab muda sangat tengoknya.

Subang Skypark's departure hall. Kecil saja saiznya.

Tibalah masanya untuk naik ke pesawat FY2160 jenis ATR apa benda entah. Tempat duduk kita orang sebelah-sebelah iaitu 10A dan 10C, dan berada betul-betul di bawah sayap pesawat. Disebabkan pesawat jenis ATR ini sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan Boeing dan Airbus, memang sangat terasalah impaknya bila nak berlepas. But in short, bila dah duduk dekat atas langit dah tak rasa apa-apa dah. Berbekalkan perasaan jakun ini sempatlah ambil gambar sekeping dua buat kenangan. Air stewardesses dalam kapal terbang ini ada dua orang saja, lawa tapi seksi. But I do love their hospitality. Dapatlah seketul chocolate roll dan orange juice buat alas perut.

Pelabuhan Klang area, I guess

We were at the left wings!

Duduk mengelamun acah-acah teringat dekat orang Tokyo (okey ini tak ada kaitan) sedar-sedar saja juruterbang buat isyarat suruh pakai seatbelt sebab nak mendarat tak lama lagi. Seriously? Cepat gila dah nak sampai destinasi. Pesawat terbang makin rendah sampai boleh nampak habis sawah padi orang. And finally alhamdulillah, around 4.20 p.m we safely arrived at Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Cecah tanah saja terus telefon mak yang dah lebih sejam tunggu kita orang berdua.

So, that's my jakun story about my very first experience using airline service to go back to my hometown. Bila dah sekali naik kapal terbang ini terus rasa nak terus naik kapal terbang saja bila nak ulang-alik KL ke utara. It just took you for about 1 hour and 10 minutes. Dari nak naik bas balik Perlis and it takes almost eight hours in the bus + traffic jams and stuff. Saya sangat berpuas hati dengan layanan kakak-kakak pramugari FY2160 yang cantik dan baik dan harga tiket promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini though at first I was quite worried because of the crashed QZ8501 incident that happened weeks before my departure.

Alhamdulillah. And thank you Firefly for the awesome journey today.