Wednesday, March 10, 2021

My 2019 Maternity Story (Part 1) - PPROM, what is it all about?

Hai dan assalamualaikum semua.

It has been a couple of years since the last time I updated this blog. Tersangat-sangat sibuk dengan tuntutan rumah tangga sebagai ibu, isteri dan tuntutan kerjaya sebagai kuli. Hahaha! Well I do miss blogging but yeah, masa sangat mencemburui. That is the answer why this post has always been in draft. Tengoklah kalau ada masa yang mengizinkan, I will try my best to be active again. The question is, ada lagi ke pembaca blog ni? LOL.

So today let's talk on some medical issues which is closely related to me that I have experienced this thing one year ago. My only aim is to share with you guys, on one of the obstetric complications that I have been through. Disclaimer, aku bukanlah seorang medical personnel. Aku bercerita berdasarkan pembacaan di jurnal bertauliah dan berdasarkan pengalaman sendiri.

Okay, here we go!

PPROM.

Apa benda ni?

Well, sejujurnya sebelum ni aku pun tak pernah dengar. Hatta sepanjang mengandung pun tak pernah ada siapa pun pernah cerita pasal PPROM ni. 

Until one fine day...

13 December 2019. Circa 3.00 am. Puchong.

Entah macam mana terbangun dari tidur aku sedar tilam basah. Jadi aku ingat mungkin terkencing tilamlah gamaknya sebab yalah, masa mengandung ni asyik terbangun nak kencing. Tapi sangkaan aku ternyata meleset. Non-stop clear liquid just came out and out. Aku dah mula panik, kejut suami bagitahu rasanya air ketuban yang bocor ni. Dalam kemamaian tu, terus bergegas ke hospital. Masa tu masih tak pasti nak pergi Hospital Serdang atau PPUM. Sebabnya PPUM kena book dulu. Tapi entahlah, tawakal saja suami drive ke PPUM. Sampai around 4.00 am, aku pun blur nak pergi O&G atau ke Emergency & Trauma. Pergi the latter dulu, lepas tu disuruh pergi O&G tingkat 4. Kau orang bayangkanlah kena menapak ke sana pula time tu.

Sampai di O&G, kena soal siasat dengan nurse di kaunter. Soalan pertama, "awak ada booking bersalin di sini ke?" Ah sudah. Yes, memang aku ada ambil tarikh first appointment di sini, cuma tarikhnya 30 Disember, which means aku belum pun officially booking. Tapi atas budi bicara nurse tu, aku dibenarkan admit. Checkpoint pertama ialah di HDU. Masa ni HO akan ambil history dulu. Dan masa tu aku ingat yang this is just temporary. Siang nanti semua akan settle dan boleh balik. 

But nay, sangkaan aku meleset. 

MO datang untuk buat vaginal examination to see my cervix opening. You think the leaking water is scary, wait until you experience VE. Haha! Mula-mula dia bagitahu 1 cm aku dah cuak. Really? Lepas tu dia seluk lagi, she said no opening pulak. And then she explained the condition and their plans. Masa tu aku blur sangat. Buat ultrasound to check the baby's condition, the amniotic fluid and everything, doktor bagitahu aku akan kena inject dengan dexamethasone (sejenis steroid) untuk mematangkan paru-paru baby in case kena bersalin awal. Masa ni doktor dah bagi peringatan yang suntikan dexa ni 'panas'. Aku buat bodoh saja. Sampai nurse datang bawa jarum dan suntik di punggung, oh my! AZABNYA. Adalah 30 minit juga kena baring mengiring sebab suntikan tu masya-Allah, berbisa! Trauma nak ingat sampai sekarang. And yes, there will be two doses okay. Another dose will be the next 48 hours kalau tak silap. Masa dekat HDU ni juga doktor akan check betul ke tidak memang air ketuban yang keluar dengan menggunakan speculum. Haish, too many traumatized parts lah! VE, speculum, and dexa injection. Azab semua tu!

Masa dah siang baru aku dipindahkan ke wad antenatal di tingkat 5. Yang mana aku masih mengharapkan keajaiban berlaku, sambil berdoa supaya air ketuban akan berhenti dari terus keluar. Tapi malangnya, tidak. Sampai dah tak larat nak minta stok pad dekat nurse. Huhu. Oh ya, pad sendiri tak boleh pakai, kena pakai pad hospital dan kena tunjuk dekat nurse setiap kali dia orang datang untuk check vitals. Sebabnya nurse akan pantau banyak mana cecair yang keluar. So far alhamdulillah vitals aku okey dari segi BP, temperature. Time dekat wad ni biasalah akan ada HO/MO akan ambil darah untuk buat full blood count (FBC), minta urine sample etc. Semuanya dilakukan untuk rule out any possibilities for infections ke apa. Dan disebabkan aku masuk ke hospital pengajar, jadi akan ada waktu-waktu tertentu medical students tahun empat akan datang untuk clerk case. So layankan sajalah. Sebab masa ni belum musim COVID-19 jadi dia orang boleh buat physical examination directly dekat aku. Tekan perut nak check kedudukan baby segala. Muka aku pun dah tebal hari-hari student minta izin nak check perut, haha.

Dan masa ni aku baru belajar terma PPROM. Itu pun aku dengar bila MO buat morning round dengan HO. Dan barulah kutahu situasi aku sekarang ni ialah PPROM, yakni dalam bahasa penuhnya "preterm premature rupture of membrane", satu situasi bagi ibu mengandung yang air ketubannya pecah sebelum usia kandungan mencecah 37 minggu. Masa ni bukan saja doktor O&G yang akan turun padang, tapi doktor dari bahagian Pediatrik juga datang memberikan kaunseling sekiranya muncul keadaan aku perlu  melahirkan seawal 30 minggu. 

Sebab ya, risiko yang terlalu banyak untuk premature baby (preemie). 

Risiko pada otak, penglihatan, pernafasan, usus, perkumuhan. Dan macam-macam. Lebih-lebih lagi kandungan masih terlalu awal.

Risau. Ya, tidak dapat dinafikan memang risau. Tapi masa ni aku belum anticipate akan bersalin awal, sebab doktor ada bagi harapan kalau boleh nak hold pregnancy sampai 34 minggu. Tapi takdir Tuhan lebih mengetahui.

17 Disember 2019. Circa 9.00 pm.

Lepas solat Isyak perut aku dah mula memulas. You know, rasa macam nak berak tapi pakej dengan pinggang nak tercabut. Tapi sakit tu datang sekejap sekejap, tapi kerap. Adalah dalam setiap 5 minit sekali sebab aku kira guna apps. Aku panggil doktor. Hari sebelum tu pun dah rasa cuma bila buat CTG doktor kata tak ada contraction pun. Siap cakap "oh maybe ni Braxton Hicks kot". HO malam aku nak beranak tu siap teman aku buat timing lagi. Punyalah dia tak percaya contraction aku kerap. Haha.

Tiba kemuncak time tu dalam pukul 10 lebih kot aku dah meraung. Memang dah tak peduli dengan HO on call tu atau dengan jiran katil sebelah. Haha. Nurse dua tiga orang datang lepas tu jerit "membrane dah bulging dah ni cepat bawa ke labor room! Telefon suami dia!" Dahlah masa tu elok saja suami aku baru balik rumah lepas visiting hours pukul 8.00 malam tu. Gila betul. Patut pun lah rasa macam ada benda nak terkeluar. Aku dah nak terberanak dah. Apa lagi, kelam kabut satu wad tolak aku pergi labor room di tingkat 4. Nak turun lif tu rasa macam 10 tahun menunggu. Sakit dia, orang yang beranak saja tahu. Haha. 

Dipendekkan cerita, tepat jam 11.17 malam, lahirlah seorang baby yang aku pun tak percaya tu anak aku. Haha. Cepat sangat prosesnya. Teran 2 3 kali, pop! Rasa macam meneran sembelit sebab baby aku kecil kan. Aku dengar baby tu menangis, tapi tak diberikan peluang untuk skin to skin sebab anak aku dibawa ke NICU sepantas kilat. 

Habis proses jahit semua, aku ditolak balik ke wad tadi. Patutnya ke tingkat 6 (wad postnatal) tapi yalah sebab aku kan special case, jadi dia orang bawa aku ke wad asal. Balik wad pun dah tak percaya dah beranak. Suami dengan mak baru sampai. Masa ni rasa nak tidur saja haha teruk betul. 

Bahagian kedua post ni nanti aku ceritakan kisah anakku di NICU. 

Yang mana, hanya ibu bapa yang pernah melalui kisah yang sama saja akan faham, suka duka anak di NICU.

Sekian dulu.

Assalamualaikum.

p/s: Gambar di wad dulu nanti aku tempelkan. Banyak di IG stories. Kenangan ~