Amboi, tajuk! Ambil inspirasi dari novel tulisan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin yang dah diadaptasi menjadi drama di TV Alhijrah, setiap Selasa jam 10 malam. Seriously, masa tengok episod pertama pun dah rasa macam kena tampar berkali-kali. Skrip tulisan Ustazah Fatimah Syarha sendiri, memang penuh pengajaran walaupun banyak babak kelakar. Watak kegemaran semestinya Syumaila.
Tahniah semua!
Kalau saja Siti Saleha betul-betul gunakan watak Syumaila dan jadikan Syumaila itu diri dia. Bagi saya, Siti Saleha memang sesuai dengan watak Syumaila. Lembut, berprinsip dan tegas. Doakanlah, mana tahu one day ada Syumaila yang betul wujud di alam realiti? Syumaila amalkan prinsip 3P dalam hidup dia sekiranya ditimpa ujian hati.
Pause
Priority
Pergi!
Berhenti sejenak untuk fikir prioriti yang lebih utama dari bercinta, kalau rasa tak penting, pergi!
Tak penting kalau sekadar nak suka-suka, tak ada motif dan matlamat.
"Kita hanya ingat Allah lima kali je dalam sehari, tapi ingat lelaki lebih dari tu. Kita ni hamba Allah ke, hamba lelaki?" - Syifa'
Betul cakap Syifa.
Kalaulah...
Kalaulah masa yang dulu boleh diputarkan balik..
Dah lama dah 3P macam yang diamalkan Syumaila dipraktikkan dalam kehidupan sendiri..
Hmm..
Selama ini lalai sebenarnya,
Banyak utamakan perkara lain daripada Allah *nangis*
Sedangkan Allah tak pernah sedetik lupakan kita..
Tapi tergamak kita manusia yang hina, tak ada apa-apa dekat dunia ini lupakan dia?
Muhasabah balik..
Tapi Allah baik..
Bila kita hampir jatuh, Dia 'tarik' kita balik ke jalan yang betul,
Dia takkan biarkan kita terkapai-kapai,
Tak boleh ke kita cuba jadi baik untuk Allah?
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***