Assalamualaikum.
Jika ditanya apakah persamaan yang muncul antara Piala Dunia yang sedang hangat berlangsung dan tragedi berdarah di Gaza, akan saya katakan bahawa kedua-dua berlangsung pada masa yang sama yakni sewaktu umat Islam seantero dunia sedang menjalani ibadah puasa. Piala Dunia FIFA 2014 bakal berakhir awal pagi 14 Julai ini, sedangkan bagaimana pula dengan penderitaan rakyat Palestin? Adakah sama berakhirnya seperti Piala Dunia FIFA 2014 iaitu dengan sebuah kemenangan? Jika Piala Dunia menyaksikan pertarungan antara negara Jerman dan Argentina, isu Palestin pula memperjuangkan hak rakyatnya yang berjuang demi mempertahankan tanah air dari rejim Zionis yang kejam.

Pada saat kita diulit kemewahan dan kesenangan dalam
menjalani ibadah puasa dengan juadah yang serba lazat dan kemudahan untuk
bersolat tarawih di masjid serba berhawa dingin, jangan pernah dilupakan
saudara seislam di Palestin. Hati kecil ini sungguh tersentuh setiap kali
melayari laman sosial di mana saya dapat melihat dengan kedua-dua mata saya
sendiri penderitaan yang dialami mereka. Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa
kekejaman Zionis yang tidak berkesudahan. Tidak cukup dengan itu, berita
tentang dua kanak-kanak tercedera akibat terkena bom sewaktu sedang membaca
Al-Quran benar-benar menyentuh hati. Saya tertanya-tanya di sebalik konflik
yang berlaku, sampai bilakah kanak-kanak yang tidak berdosa itu akan terus
menjadi mangsa bedilan roket dan bom Zionis?
Saya menulis bukan untuk mengkritik mereka yang sanggup
berjaga lewat malam demi perlawanan bola sepak. Saya menulis supaya dapat
menjadi renungan semua. Pada saat kita bersengkang mata kerana bola, mereka di
Gaza bersengkang mata kerana berjaga-jaga. Pada bila-bila masa mereka akan
syahid. Apa yang saya kagumi tentang para pejuang di Palestin ini ialah
semangat jihad mereka yang cukup kental. Kanak-kanak yang masih mentah tidak
mahu ketinggalan bersama-sama dengan pejuang dewasa walaupun cuma sekadar punya
kudrat untuk membaling batu ke arah rejim Zionis. Saya membayangkan jika saya
sendiri berada di tempat mereka di sana. Masih tegarkah hati saya untuk terus
berjuang apabila melihat kaum keluarga mati di hadapan mata sendiri? Tidak,
saya masih belum cukup kuat seperti mereka.
Sebagai insan kerdil, tiada apa lagi yang mampu kita lakukan
melainkan yang paling utama iaitu dengan doa. Daripada Abu Darda’ r.a,
Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa
diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang
malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan
sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: “Amin! Dan bagi engkau kebaikan
yang sama”.
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
Kita sudah maklum akan kelebihan bulan Ramadan di mana
segala doa yang dipohon pasti akan dimakbulkan Allah. Apa tidaknya kita gunakan
peluang ini untuk sama-sama mendoakan saudara seagama kita di Palestin. Jika
warga bumi yang bukan Islam juga mampu menunjukkan solidariti bersama Palestin
melalui kempen-kempen di jalanan, mengapa tidak kita juga?
Memetik satu kata-kata yang saya temui di laman sosial
Twitter,
*Nukilan ini disiarkan di laman web Ma'ruf Club UIAM Gombak pada 13 Julai 2014 - http://www.marufclub.com/2014/07/aku-ramadan-fifa-world-cup-2014-dan-gaza/
Wassalam.