Assalamualaikum.
Tanggal 20 Januari 2016 takkan saya lupakan sampai bila-bila. Nak ditakdirkan Tuhan, saya terlibat dengan kemalangan kecil. Kecil punya kecil, peha kanan mengalami kecederaan iaitu patah. Kejadian berlaku sekitar jam empat petang. Memang sangat mengejut.
Tak lama lepas jadi, jiran-jiran terus telefon ambulans. Masa menunggu ya Allah, tahan sajalah rasa sakit berbisa. Pegang peha pun rasa lembik semacam. Masa itu saya dah suspek peha sebelah kanan patah. Kaki ada luka-luka sebab kena kaca. Kecederaan lain, saya tak tahu. Sakit kena kaca tak sesakit peha yang dah terkulai ini. Masa itu, mak dah suruh mengucap banyak-banyak. Sakit tak payah ceritalah. Meraung jugalah.
Sampai saja ambulans, saya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah. Masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) nak angkat naik atas
stretcher, lagilah meraung. Kaki dah terkulai sangat. Yang pegawai JPAM asyik suruh buka mata, kita ini dah sakit sangat nak tahan sakit pejamkan mata. Stres juga, haha. Dalam ambulans tak henti-henti menjerit bila terhentak.
Sampai saja di hospital, saya dibawa ke bahagian A&E (
Accident & Emergency). Dah kena letak dekat katil lain, kena angkat lagi sekali. Maka meraung menangis pun sekali lagi. Sakit tak tahu nak cakap macam mana. Doktor datang tekan-tekan bahagian badan yang lain, bila sampai dekat bahagian peha terasalah sakit macam nak mati. Masa itu
medical assistant semua dah sibuk-sibuk nak cucuk lenganlah, nak ambil darahlah, nak masukkan airlah, apalah. Nak ceritakan, sakit kena cucuk ibarat 1% saja dari sakit peha yang patah. Tengok-tengok dah siap cucuk, masukkan air apa semua. Lepas itu saya diusung ke bilik x-ray. Ini lagi satu azab. Memandangkan disyaki patah di bahagian peha, habis kena selak kain depan juru x-ray, nak angkat punggung satu hal. Sakit gila! Masa itu rasa nak tidur saja. Letih ditambah dengan sakit.
Dah siap x-ray, bila doktor periksa, maka betullah yang peha kanan saya patah dua. Fuh, ngeri tengok tulang sendiri. Doktor proses macam-macam, tunggu punyalah lama, akhir sekali dia suruh masuk wad. Nak tunggu dapat masuk wad pun berjam-jam sebab wad penuh. Sudahnya saya ditempatkan di wad tingkat 3. Itu pun duduk di koridor saja katil sebab wad padat. Sedih betul. Hanya pada hari Sabtu saja saya dipindahkan ke tempat yang lebih selesa.
Hari-hari di hospital sangat jemu sampai dah boleh hafal jadual harian di sana. Jam lima pagi jururawat datang periksa tekanan darah dan bagi ubat tahan sakit, pukul 7.30 pagi mereka datang beramai-ramai untuk sesi
housekeeping wad (tukar baju pesakit, cadar, sarung bantal). Pukul 8.30 pagi dapat sarapan, lepas itu penjaga kena keluar dari wad untuk sesi doktor
round wad. Masa ini kalau 'bernasib baik', dapatlah tengok doktor
houseman kena marah dengan doktor pakar depan-depan pesakit. Dah dua kali saya jadi saksi drama wad. Haha. Habis sesi bersama doktor, fisioterapis pula datang untuk ajar senaman kaki untuk saya. Lebih kurang jam 10.30 pagi barulah sesi
round wad selesai, barulah penjaga boleh masuk semula. Pukul 12.30 tengah hari, waktu melawat bermula sampai 2 petang untuk hari-hari biasa, bersambung pada jam 4.30 petang hingga 7 malam. Untuk hujung minggu, waktu melawat sangat panjang, dari jam 12.30 tengah hari sampai 7 malam.
Nak dijadikan cerita, betapa ramai sangat pesakit yang kena lalui pembedahan sampai OT (
operation theatre) selalu penuh, saya pun tak dapat tahu bila saya kena bedah untuk masukkan implan besi. Asyik-asyik bertangguh sampai stres menunggu. Masa doktor
round wad pun tak dapat jawapan yang pasti. Kena pula
operation day untuk bahagian ortopedik (tulang) hanya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat saja. Bayangkanlah azab menunggu ditambah dengan kecemburuan melihat seorang demi seorang pesakit diusung ke OT. Lagi cemburu berganda tengok ramai pesakit wad yang sama dah boleh balik. Mujurlah ada penghibur di wad. Jururawat pun baik, makcik-makcik jiran katil rajin berborak, siap hulur makanan semua. Tapi tak dapat tipulah, bosan nak mati. Hahaha. Mula-mula doktor
houseman beritahu yang giliran saya dipercepat ke hari Isnin (25 Januari) sebab ada pesakit yang patutnya menjalani pembedahan hari tersebut disuruh balik dulu sebab ada masalah kesihatan. Masa itu dah siap
sign borang persetujuan pembedahan dah hari Ahad (24 Januari). Dr. Saw (
houseman) dah siap pasang jarum hijau dan ambil darah. Ingatkan dah jadilah nak bedah keesokan harinya, tiba-tiba saja malam itu datang pula Dr. Asrul selaku doktor pakar yang
in charge kes saya memaklumkan yang
operation terpaksa dibatalkan sebab lampu OT terbakar. Kecewa okey! Masa kita dah
excited sangat nak kena bedahlah lampu nak rosak.
Sampailah tarikh keramat Jumaat, 29 Januari 2016. Sebelum itu, malam sebelumnya doktor datang maklumkan saya kena puasa. Padahal hari sebelum itu pun dah puasa, lepas itu dapat tahu tak jadi nak bedah pula. Yang Jumaat itu, saya malas nak berharap sangat untuk dibedah. Sebabnya mungkin kena batal sekali lagi. Almaklumlah, bak kata mereka kes saya ini tak kritikal mana. Pagi masa doktor round wad, saya dengar-dengar macam mereka nak lakukan
operation pagi itu juga. Masih lagi tak bergarap, sampailah ada jururawat datang dekat katil suruh tukar baju nak ke OT. Akhirnya! Padahal dah berdebar juga masa itu.
Siap tukar baju, saya pun diusung dari wad ke OT. Hah, masa ini baru rasa nak meletup jantung. Masuk-masuk saja OT, teruslah didatangi beberapa orang doktor antaranya pakar bius yang suruh saya tandatangan borang persetujuan untuk dibius. Gila kau tak nak bius? Nak rasa sakit sepanjang dalam OT, cubalah. Lepas dah tandatangan semua, sesi cucuk jarum berlaku lagi. Jarum hijau untuk
operation. Masa di wad jarum merah jambu untuk masukkan
IV drip. Dah siap cucuk, barulah diusung ke OT yang sebenar. Berdebar betul ya Allah. Dah nampak semua lampu, mesin-mesin bagai. Masa itu doktor dah sibuk nak suntik
epidural apa semua. Saya kena tegakkan badan untuk dicucuk di bahagian tulang belakang. Tak nampak pula besar mana jarum bius, tapi bila dah ditusuk fuh, nak nangis rasa. Sumpah, walaupun bius untuk bagi tak rasa apa-apa sepanjang
operation, suntikannya berbisa! Lepas
epidural,
anaes suntik ubat apa benda entah dekat jarum. Yang saya pasti salah satunya ubat tidur yang sekali kena rasa pening dan terus ngantuk. Maka tidurlah dulu. Konon bila dah bangun
operation dah siap. Walhal sebenarnya tak pun. Boleh pula terjaga tengah-tengah proses. Itu pun sebab tak tahan nak muntah. Dengan sejuk lagi. Maka panggil doktor cakap yang saya nak muntah. Belum sempat doktor buat apa-apa, habis keluar isi perut. Jadi doktor datang terus sedut guna ala-ala paip vakum begitu. Ingatkan dah habis, tapi ada lagi. Kuat betul penangan ubat bius. Tak tahulah berapa lama saya di dalam, tapi memang sangat lamalah. Siap dengar bunyi gerudi lagi. Tapi tak nampak pun apa yang pakar bedah tengah buat sebab kena hadang dekat bahagian dada. Masa itu takut ubat bius habis sebelum sempat doktor jahit kawasan bedah. Tunggu punya tunggu, akhinya doktor beritahu "adik,
operation dah siap." Akhirnya!
Habis saja prosedur, serius pening tak habis lagi. Kena duduk dalam OT lagi sebab doktor nak periksa hemoglobin, tekanan darah dan macam-macam. Kira saya masuk OT dari jam 10.30 pagi, dalam jam 3 petang ke atas baru dapat keluar. Masa ini kaki pun tak rasa apa-apa lagi. Seronoklah. Azab sakit sejak 20 Januari tamat seketika. Dari OT, bila dah selesai semua saya dibawa pula ke bilik x-ray. Sempat lagi tidur masa tunggu giliran sampailah dibawa balik ke wad. Balik wad, muntah lagi buat kali ketiga dan keempat. Nak makan pun masih tak boleh sebab kena puasa lagi lepas enam jam pembedahan. Azab gila! Perut dah memulas sangat, ditambah pula dengan kesan ubat bius yang perlahan-lahan hilang. Dah mula dapat gerakkan kaki, dan ambil kau, baru rasa sakit dekat tempat
operation! Mengerang jugalah, sampai ke tahap tak tahan dan terus mengadu dekat HO yang datang periksa. Oh, sebelum itu balik saja dari OT, HO datang lagi ambil darah untuk periksa hemoglobin. Dah cuak sikit bila dengar mereka kata paras hemoglobin saya menurun lepas bedah. Kalau terus turun, berkemungkinan kena lalui
blood tranfusion. Mujurlah tak kena. Jam 10 malam, dengan tengah tahan sakit, terus minta makanan. Rasa sakit hilang bila jururawat datang dan suntik ubat tahan sakit. Dapatlah tidur lena. Esoknya, dah tak rasa sakit langsung dah.
Esoknya Sabtu masa MO (
medical officer) datang buat
ward round dia siap lipat-lipatkan kaki yang baru lepas letak besi. Sakitnya bukan main! Yalah, bila dah lama tak gerakkan kaki rasa tegang semacam urat-urat betis dan peha tetapi alhamdulillah dapat gerakkan kaki sikit-sikit. Jadi rutin harian hujung minggu itu macam biasa, tengok doktor buat
ward round, layan saudara dengan kawan-kawan datang ziarah, makan, tidur. Paling tak seronok masa ini bila
nurse suntik ubat antibiotik busuk (hahaha), ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, sampai saya pun tak tahan! Sakit dekat tempat dicucuk jarum itulah. Berdenyut lima minit, lepas itu mujurlah hilang. Kalau tak silap dalam sehari adalah dua kali sesi cucuk ubat oleh
nurse. Dek kerap sangat dicucuk sampai satu masa ini jarum hampir tercabut sampai terpercik darah. Mujur ada
nurse baik hati tolong tampalkan balik plaster.
Isnin, 1 Februari 2016. Masa MO Dr. Hanani datang buat
ward round ada dengar dia sebut fasal
discharge dekat HO. Jadi berharap jugalah dapat balik. Lepas itu fisioterapis Dr. Shakir datang ajarkan saya cara guna tongkat. Sempat dia tanya sebelum sesi berjalan guna tongkat, "nak balik tak hari ni?" Hah, siapa yang tak nak balik? Kalau tak silap,
once fisioterapis nampak ada perkembangan (dah boleh berjalan, guna tongkat), maka dia boleh luluskan kita untuk
discharge. Dan benarlah tekaan saya. Tengah hari itu
nurse datang cakap dah boleh balik. Terus beritahu mak dan mak pun tolong bayarkan bil hospital dan ambil ubat. Alhamdulillah, disebabkan mak penjawat awam jadi dapat potongan istimewa untuk bil hospital. Nak ikutkan biaya
operation memang mahal. Tapi tak semahal kos di hospital swasta yang mencecah RM20000 untuk pembedahan saja. Tak masuk kos bilik wad, ubat-ubatan, makan. Kopak. Dah siap bayar, maka kita balik! Dah dua belas hari tak balik rumah.
Perkembangan terkini, alhamdulillah dah makin sihat. Makan pun dah banyak sangat walaupun kena pantang makan. Sampai risau takut berat bertambah nanti kaki tak dapat tampung berat badan, haha. 12 Februari lepas saya ke Klinik Kesihatan Simpang Empat untuk
remove suture. Mula-mula takut kalau sakit tapi bila dah selesai rasa macam kena garu-garu saja. Mungkin sebab
suture pendek-pendek. Dua hari lepas buka jahitan dah boleh mandi macam biasa, tak payah nak tutup dengan plastik lagi dah. Bulan depan ada
appointment di hospital untuk
review di klinik ortopedik. Kalau dah tak ada apa-apa masalah, mungkin dah boleh tetapkan tarikh fisioterapi.
Jutaan terima kasih untuk warga Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang tolong saya dari awal sampailah dah keluar wad. Doktor-doktor HO, MO, jururawat dan MA (
medical assistant) di Jabatan Kecemasan, yang tolong usung saya dari A&E ke wad,
nurses Wad Tingkat 3 yang
super duper baik hati (sanggup berjaga malam untuk tukar pampers, tukarkan baju, ambilkan makanan, periksa tekanan darah, bagi ubat semua), doktor-doktor HO yang setiap masa ada dekat wad walaupun kena marah dengan MO atau
specialist, MO,
specialist dan semua
and of course mak yang sanggup berjaga di wad sepanjang saya di hospital,
families, relatives and friends yang datang ke hospital dan rumah untuk ziarah.
May Allah bless all of you.
Pray for my speedy recovery.