Monday, December 25, 2017

Tips Sebelum Sambung Master

Assalamualaikum *tiup habuk kiri kanan*

Setelah hampir setahun tak update langsung blog, akhirnya kembali juga ke pangkal jalan. Ewah! Alhamdulillah dah selamat menamatkan semester ketiga sebagai pelajar master di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tersangatlah sibuk dengan urusan duniawi sampai terabai blogku ini hahaha.

Alright. Marilah kita ke topik utama untuk posting kali ini iaitu berkenaan tentang tips nak sambung belajar. Well, aku rasalah dah berlambak-lambak sangat blog di luar sana yang berkongsi untuk kau orang semua tentang tips untuk sambung belajar, especially untuk peringkat postgraduate studies ni. Masing-masing pun berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang lain situasi. Apa yang aku nak kongsikan dalam posting kali ni pun diambil 100% dari situasi hidup aku sendiri.

Untuk yang baru-baru jadi pembaca blog ni (ceh, ada ke pembaca masalahnya?), aku dah masuk semester ketiga di UUM. Jurusan English Language Teaching atau dalam bahasa mudahnya bila orang tanya aku jawab TESL saja. Insya Allah kalau tak ada aral Februari 2019 barulah makcik yang seorang ni akan bergraduasi. Lamanya! Huhuhuhu.

Okey, kita masuk topik balik. Di bawah ni aku kongsikan apa yang aku rasa sepanjang aku bergelar pelajar balik untuk perkongsian dengan kau orang semua. 


First and foremost, decide betul-betul kau orang nak sambung belajar sebab apa

Niat.

Aku rasa ni benda paaaaaaling penting sebelum kau orang melangkah sebagai seorang pelajar postgraduate. Masa aku semester satu, aku masuk kelas subjek pra-syarat di mana semua pelajar baru waktu tu bukan asal dari bidang pendidikan. Bila ditanya tentang kenapa dia orang nak sambung master kan, ada yang jawab sebab nak kerja gaji tinggi. Yalah, bila dah ada master ni orang mesti pandang kau orang sebagai seorang yang berstatus pendidikan tinggi. Lepas tu mesti expect untuk gaji pun tak adanya setakat RM2500 macam budak fresh graduate degree kan?

Ada juga yang sambung belajar sebab ikut kawan.

Ada yang sebab menganggur lama sangat dan untuk tak membuang masa dia orang belajar lagilah (this was my case).

Lepas tu bila fikir balik, takkan sebab ni saja? Jadinya yang berpeluh keringat banting tulang buat assignment sepanjang 4-5 semester tu untuk apa?

Bukan senang. Once kaki dah masuk ke alam pengajian ni, kau orang akan korbankan masa yang sangatlah banyak, lepas tu duit (sebab nak bayar yuran, travel expenses ke kampus kalau stay off-campus, research purpose dan macam-macam lagi). Untuk yang dah memang berkerjaya tu mungkin okeylah. Untuk yang memang full-time student itu lagi kena fikir. Sebab itulah banyak saja kes terpaksa berhenti sekerat jalan. Tak mampu nak bagi 100% komitmen.


Kursus pengajian

Ini pun penting. Kalau tak apa gunanya kau orang nak sambung belajar kalau basic things macam ni pun kelaut hahaha. In terms of the course, ada yang masih nak teruskan apa yang dah dipelajari masa zaman undergraduate dulu. Ada yang memang berubah 180 darjah. Zaman degree belajar kulinari, bila master tiba-tiba ambil education. Benda ni sendiri dipersoalkan oleh lecturer kelas Research Methodology aku dulu. Macam kes aku sendiri okey lagi agaknya sebab zaman degree pun aku dah ada pendedahan dengan bidang pendidikan walaupun sekadar tahap paaaaaaling asas yang rasanya bagi budak-budak education ni buat celah gigi saja. Tapi, walau macam mana sekalipun agak susah juga nak adapt bila kau orang ambil kursus lain-lain ni. Seriously I tell you guys masa aku semester kedua bila dah mula ambil subjek teras macam Curriculum & Pedagogy dan Measurement & Evaluation in Education & Psychology tu macam nak menangis jugalah. Bayangkan bila budak kelas kau semua rata-ratanya memang hardcore in education dan kau seorang diri ibarat berada di tengah lautan tak tahu apa itu KSSR, beza HSP dan DSKP bagai. Lagi teruk bila kau tak dapat penuhi expectation lecturer yang perfectionist sebab dia anggap kau dah tahu semua benda tentang pendidikan. Tapi aku tak rasa semua ni cabaran kalau kau orang semua memang jenis cintakan ilmu dan nak kembangkan pemikiran ke bidang lain. Tak salah. Cuma orang macam kita ni kena usaha lebih. Masa aku kelas Curriculum Design & Development, lecturer buka topik tentang CEFR. I was like, “what the hell?”. I totally have no idea sampai kena buka Wikipedia then I was like “ooo, Common European Framework of Reference for Languages.” Berhuhu jugalah dalam kelas.


Universiti

Pilihan universiti pun penting bagi aku. Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk sambung di universiti zaman degree sebab dah biasa dengan persekitaran dan semestinya lecturer. Jadi senang nak bertahan. Untuk kes aku, aku pilih untuk dekat dengan kampung halaman. UUM is totally a new environment for me okay. Sebab dulu dekat UIA aku macam berada dalam comfort zone jugalah dengan suasana dia. Rasa secure sebab majoriti pelajar Muslim. Jadi bila di tempat baru, aku pun tak tahu nak expect UUM macam mana. Tapi alhamdulillah, walaupun lebih kurang saja sebenarnya cultural and ethnic diversity di kedua-dua universiti, aku rasa aku dah boleh adapt dengan suasana di tempat baru ni. Ceh, padahal masuk kampus seminggu sekali saja hahaha. Jadi untuk yang rasa nak berubah angin belajar di tempat baru tu kena pandailah sesuaikan diri. Kadang-kadang kerenah lecturer universiti lama tak sama dengan yang di tempat baru. Lepas tu untuk yang duduk dalam kampus lagilah. Macam UUM ni kampus dia ya Rabbi besar nak arwah. Kalau dulu zaman UIA aku boleh tawaf satu kampus, di UUM ni jangan haraplah.

Itu soal nak sesuaikan diri. Lagi satu yang kau orang kena ambil perhatian berkaitan dengan yuran pengajian. Ada universiti yang yurannya agak mahal. Ada yang murah. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk yang dah ada pendapatan it should be no problem. Untuk yang menganggur macam aku ni memang kena consider habis-habisan. Alhamdulillah yuran master UUM taklah mahal, malah tak cecah RM10K pun untuk sepanjang pengajian. Ada juga universiti yang yurannya lebih RM10K. Aku pun tak pasti atas dasar apa ada yang mahal dan murah ni. Apa pun, pilihan di tangan anda.


Mod pengajian

Seperkara lagi, mod pengajian. Sama ada coursework, mixed mode ataupun research. Ada orang cakap coursework senang sebab tak payah buat research teruk-teruk. Sila terjun longkang sekarang sebab walaupun aku coursework mode tapi workload dia ya Rabbi! Yalah sebab mod ni kena buat assignment, presentation, quiz dan sesetengah subjek tu ada peperiksaan akhir semester. Lepas tu kau orang akan timbul rasa macam “eh kenapa aku tak ambil mixed mode or research dulu?” masa tengah stress menghadap assignment menggunung hahaha. Padahal mod lain pun sama saja cabarannya. Aku tak boleh nak cerita banyak tentang mixed mode and full research ni sebab aku budak coursework. Tapi aku memang tak ada keberanian langsung nak menghadap viva voce seumpamanya jadi aku pilih jalan selamat iaitu coursework PADAHAL SUSAH JUGA TAHU TAK?! Ya padan muka sendiri hahaha.

UUM ni aku perasanlah minimum duration of study dia tak adanya kau orang boleh habiskan master kurang dari empat semester. Paling cepat pun memang dua tahun baru selesai. Berbanding dengan universiti lain rasanya setahun setengah pun dah boleh habis. Itu kalau full-time student. Kalau part-time memang lagi lambat. Sebab subjek dia ya Rabbi banyak bukan main sampai aku fikir “perlu ke belajar subjek ni?” hahaha.

Untuk budak coursework memang kena pandai susun jadual sendiri untuk pastikan kau orang ambil subjek yang dikehendaki takut ada yang tertinggal susah pula. Dahlah kebiasaannya pihak fakulti akan buka satu kelas saja untuk subjek master sebab selalunya pelajar tak ramai. 

Okey, so far itu saja yang aku dapat kongsikan untuk point yang sangatlah penting untuk kau orang ambil perhatian sebelum putuskan sama ada nak sambung belajar ke tak untuk manfaat kita bersama. Anyway, to all postgraduate students out there, all the best in your future okay! Semoga kita sukses dan dapat konvo dengan jubah double line. Hahaha!

7 comments:

  1. Hai nak tanya , kalau ada ijazah sarjana muda Kejuruteraan , boleh tak kita apply untuk master dlm bidang pendidikan matematik ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tkasih atas pandangan. Saya dah hampir 20 tahun tinggalkan dunia belajar. Sekarang ni baru tgh fikir nak sambung buat master hehehe..

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan dari geng alumni uia juga kekeke! anyway, thank you for writing this post hahaha sbb sy pun tgh tunggu tawaran nak sambung masters ni. and yes, I'm in the same situation as you were before, takut nak ambik mixed mode/ full research mainly because i had enough buat fyp masa undergrad dulu hahaha! Tbh, cuak ni lepas baca post sis ni hahaha mengenangkan apa lah nasib sy pulak nanti uhuu T_T but thanks for the info!!!

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan, saya pun alumni UIA.. n tengah rancang nak sambung master edu kat UUM.. terima kasih utk perkongsian .. sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis nak tanya kat uum untuk master ada tak financial assistant/ scholarship dr uum sendiri.. mcm uia kan ada ummatic scholarship kalau uum ada tak?

      Delete
  5. Maaf saya kurang pasti pulak berkenaan dengan scholarship master.

    ReplyDelete

***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***