Alhamdulillah.
Allah s.w.t telah memberikan waktu dan kekuatan kepada saya untuk sama-sama hadir ke program Wacana Intelek siri yang ketiga. Untuk pengetahuan anda, program Wacana Intelek bersempena Convest 2012 UIAM ini mempunyai tiga siri. Yang pertama telah pun saya kongsikan dalam entri yang lepas. Siri kedua menampilkan Hilal Asyraf & Yatt Hamzah selaku tetamu undangan tetapi malangnya saya tidak berkesempatan untuk hadir berikutan ada program lain pada masa yang sama. Alhamdulillah Wacana Intelek semalam menyaksikan gandingan mantap dan hebat daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman, seorang pendakwah dan juga merupakan pensyarah di UIA, Ustaz Hasrizal Jamil (seorang penulis juga pendakwah bebas) serta tidak ketinggalan Imam Muda Omar selaku panelis. Tajuk yang dibincangkan ialah berkaitan dengan kemelut sosial remaja dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.
Insya Allah saya akan kongsikan beberapa isi penting yang sempat saya catatkan semalam.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman:
- Institusi keluarga memainkan peranan yang penting
- Remaja perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan ibu bapa, dan ibu bapa juga perlu kuat dan menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak untuk diikuti
- Contoh boleh dilihat menerusi Surah Luqman: Luqman mengajar anaknya supaya tidak mensyirikkan Allah, menghargai ibu bapa, mendirikan solat, mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran, bersabar dengan setiap ujian yang diterima, jangan menyombong diri, jangan meninggikan suara dengan orang lain (ciri-ciri gangsterisme)
- Remaja (kebanyakannya lelaki) salah tanggapan tentang erti "macho": buli orang lain, hisap rokok dianggap perkara yang akan menampakkan kemachoan seseorang padahal jauh sama sekali
- Gangsterisme juga disebabkan oleh sifat diri yang suka melihat orang lain ditimpa kesusahan, suka untuk ada kuasa terhadap orang lain, enjoy rasa ditakuti
- Mereka yang terlibat ialah yang suka menjarakkan diri dengan ibu bapa dan menjadikan kawan-kawan itu lebih utama
- Allah s.w.t amat suka dengan orang yang tidak suka melakukan perkara yang tidak elok
- Media sebagai racun dan penawar yang dapat mengawal tindakan manusia
- Jangan ambil perkara yang disampaikan melalui media itu sebagai trend (contoh: tengok filem cinta terus rasa nak bercinta)
Ustaz Hasrizal:
- Barangsiapa yang mengatakan manusia sudah rosak, maka dialah sebenarnya yang paling rosak (seumpama dia sudah berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t)
- Tamadun Greco-Roman (salah satu tamadun berjaya di dunia) runtuh disebabkan masalah keruntuhan moral
- Masalah sosial yang berlaku adalah disebabkan manusia yang mempunyai sifat pentingkan diri sendiri
- Punca utama gangsterisme dan masalah seks bebas ialah jauh dari rahmat Allah s.w.t
- Individu itu sendiri yang gagal mengawal dirinya (mempunyai karakter yang lemah)
- Masalah ini turut berpunca daripada sistem pendidikan awal yang dilihat gagal untuk membentuk jati diri remaja sejak kecil
- Faktor internet: tiada sekatan seumpamanya, remaja lebih menjadi bebas
Imam Muda Omar pula mengajak audiens supaya memandang topik masalah sosial ini dari kaca mata seorang umat Nabi Muhammad s.a.w.
- Kita sebagai manusia ialah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menyambung kerja-kerja kenabian (berdakwah seumpamanya)
- Nabi s.a.w menyuntik cahaya keimanan dalam diri sahabat-sahabatnya
Banyak lagi perkara menarik yang dikongsikan oleh ketiga-tiga panelis. Alhamdulillah, jumlah audiens yang ramai menunjukkan program Intellectual Discourse sempena Convest 2012 ini mendapat sambutan yang cukup hangat. Semoga tradisi majlis ilmu di bumi UIAM akan tetap diteruskan, biarpun Convest 2012 akan melabuhkan tirainya esok.
Wassalam.
Dua-dua panel itu sangat kakak kagumi dan selalu juga kakak mengikuti bicaranya bila beliau diundang radio IKIM.
ReplyDeleteKalau ada yg download ke Youtube dapatlah kakak mendengarnya
Insya Allah. Saya pun harap ada yg uploadkan ke Youtube. Mmg bermanfaat sgt ceramah smlm, x lupa juga diselitkan dgn unsur2 humor yg dpt menarik perhatian pendengar :)
ReplyDeleteakak pegi eh? syoknye... =)
ReplyDelete@L
ReplyDeleteya kebetulan mmg dibuat di UIA, jadi akak tak lepaskan peluang untuk face to face dgn ilmuan hebat mcm dr. zaharuddin & ustaz hasrizal. imam muda omar pun tak kurang hebatnya. diam-diam berisi :) hihi