Thursday, March 22, 2012

UIA, dan Bahasa Arab...

Assalamualaikum.

Saya hendak menjawab persoalan ramai yang bertanya,

"Bolehkah memohon UIA jika tiada langsung asas dalam Bahasa Arab?" dan bermacam-macam lagi persoalan tentang UIA.

Saya akan menjawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri, in shaa Allah.

Ramai yang teragak-agak untuk memohon pengajian di UIA disebabkan Bahasa Arab yang sangat ditekankan di universiti. Tidak kurang juga ramai yang ditakut-takutkan untuk mempelajari bahasa ini. Kenapa hendak takutkan Bahasa Arab? Persoalannya di situ.

Kalau adik-adik dapat tawaran di UIA, jangan takutkan bahasa Arab. Masa taaruf week (minggu orientasi) akan ada satu ujian khas untuk menentukan pencapaian kita dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Persoalannya lagi di sini ialah,

"Kenapa mesti diadakan ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam minggu orientasi ini?"

Semestinya. UIA sangat menitik beratkan kedua-dua jenis bahasa ini sepanjang pengajian. Oleh sebab itu UIA mengambil inisiatif untuk mengadakan English & Arabic Placement Test untuk menilai sejauh mana pencapaian pelajar baru, dan demi memastikan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kedua-dua bahasa ini. Suatu perkara yang sangat lain daripada universiti lain, bukan? Untuk pengetahuan semua, UIA menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Jadi, apa gunanya menjadi pelajar UIA jika tidak tahu berbahasa Inggeris dan Arab?

Persoalan lagi:

1. Bolehkah memohon UIA jika tiada langsung asas dalam Bahasa Arab atau bukan dari sekolah agama? 
2. Kalau tidak tahu langsung Bahasa Arab, bagaimana mahu menjawab ujian nanti?
3. Kalau gagal, adakah kena dismissed dari UIA?

Dan macam-macam lagi persoalan yang pernah diajukan. 

Dan saya akan cuba menjawabnya dengan semampu mungkin.

1. UIA untuk semua, tidak hanya terhad kepada pelajar lepasan STAM atau sekolah agama sahaja. Lagipun, UPU tidak mengehadkan permohonan masuk ke UIA hanya untuk pelajar sekolah agama.

2. Bagi persoalan kedua, tidak perlu risau jika tiada asas Bahasa Arab. Saya dulu pun, walaupun belajar Arab di sekolah (saya bukan pelajar aliran agama), apabila mendaftar di UIA memang saya sudah lupa semuanya. Jadi, pada kertas ujian tersebut ada minta ditanda dalam ruangan yang disediakan jika anda tidak mahu menjawab soalan dalamnya. Mudah, bukan? Bagi yang sudah ada asas, jawablah walaupun sedikit. Secara default, anda akan ditempatkan di level 1 part 1 bagi yang tiada asas langsung. Jadi tidak perlu risau!

3. Kalau gagal? Mustahillah. Rakan saya yang memang mula belajar Arab di UIA pun tiada yang pernah gagal lagi. Jika tidak faham sesuatu yang ustaz/ustazah ajar, cepat-cepat bertanya. Bukan apa, sesetengah pensyarah ajar dengan laju. Tetapi pesanan saya, gagal sewaktu ujian permulaan ini lebih baik daripada gagal sewaktu peperiksaan akhir. Itu akibatnya anda perlu mengulang semua subjek ini sehinggalah lulus.

Alhamdulillah, seronok sangat belajar bahasa syurga ini. Tidak pernah bosan dari zaman asasi sehinggalah undergraduate sekarang. Saya berterusan belajar Bahasa Arab sehingga ke level 6 bagi kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.

Sebarang persoalan boleh dikemukakan di izzfiez@gmail.com. www.facebook.com/filzati.noor atau di Twitter @filzatiNFZ.


40 comments:

  1. promote ex-university saya nmpak?
    hihi ^_^
    jgn risau..bhsa arab bukan penghalang tapi penggerak pada Islam itu sendiri

    ReplyDelete
  2. wah..ni mst grauate kt uia jg ni..hihi..artikel yg bgus utk dak ug nk mhon uia..

    ReplyDelete
  3. laa..serius ingat kalo spm de amek arab baru bleh apply..ruginye x try apply dlu..

    ReplyDelete
  4. @[kotakhati]

    tu dulu2, skrg ni boleh je masuk if takda basic arab :)

    ReplyDelete
  5. hihi.. waaa.. sapa2 nk belajar arab. meh L ajarkan. hihi

    jom tambah ilmu sambungan.=) http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

    ReplyDelete
  6. hehehe kite dari uitm! ex uitm :)) serious dulu masa apply upu, takot nak apply uia sbb tade basic arab haha. dah masuk uitm baru tau kesah sebenar :) rugi pulak tade basic arab ni. masa kt uitm pon ambek third language mandarin :) sbb kalau ambek arab, basic tak ajar pon sobsob. jadi yg mane tade basic mmg terkial-kial, lagipun blaja just for 3 semester.. mandarin blajar start dr bawah :) ape2pon ada masa nanti still nak blaja jugak bahasa arab :) skng ne lebih focus tafsir al-quran saja. yelah, tak faham kan kalau baca saja, lagi2 tade basic bahasa arab, ada taksir lebih mudah :)baca sambil memahami :)

    ReplyDelete
  7. last belajar bahasa arab masa sekolah agama petang sekolah rendah. haha. teringin juga nak belajar bahasa arab.. oh ye, kalau nak buat ruang comment tu, saya buat kat http://intensedebate.com/ je senang. haha

    ReplyDelete
  8. nmpknye mmg xde jodoh dgn UIA..tp alhamdulillah still dpt further study wlupon bkn kt UIA ^__^

    ReplyDelete
  9. @[kotakhati]

    takpe, kat mana2 pun boleh belajar kan, tak semestinya kat uia je ^_^

    ReplyDelete
  10. tapi betul ke kalau fail 3 kali arab n english kena sepak terajang kak pija ?

    ReplyDelete
  11. @kiki rara

    kofkofkof, haih2, mana ada kena sepak terajang. just dismiss dari uia je wkwkwk. tp akak guarantee mesti pass punya. serius >.<

    ReplyDelete
  12. same la tuh. kena tendang jauh2 dari uia kan ? takut kot nak apply upu-uia. tapi uia lawa sangat2. huhu

    ReplyDelete
  13. @kiki rara

    ala apply la apply la hewhew. ala mesti pass punya, jgnlah risau. time exam tu buatlah betul2 :)

    ReplyDelete
  14. Ala arab kt uia bukan cam arab tinggi masa spm,kena terjemah krgn dua muka surat,btw,syndpt asasi arab uia,tp xnk pegi kot,haha,prefer mtrix,kbai

    ReplyDelete
  15. akak,kalo untk degree kne ad basic arab x..?sy lpsan matrik..yg akak cite tok dak spm..hehe~ bley reply x..

    ReplyDelete
  16. Kalau dah ada basic bahasa arab waktu PMR tu agak2 boleh lepas x exam? Waktu Trial/PMR saya dapat A dalam bahasa arab...

    ReplyDelete
  17. Kalau ada asas dalam bahasa arab PMR agak2 boleh lulus x? Rasanya masih ingat lagi nahu dalam bahasa arab. Masdar, mafulumbih, feel (madhi, mudhori' dan amar), harfun jar dsb... Huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh in shaa Allah. Orang tak ada basic pun lulus cemerlang.

      Delete
    2. Kalau dah ambik IELTS boleh exempted x dari EPT... Igt nk ambil IELTS lepas SPM....

      Delete
    3. Yup, boleh. Kalau keputusan IELTS tu ikut requirement course.

      Delete
  18. Alhamdulillah, memberi inspirasi :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..boleh saya tahu how hard exam etp and atp tu?
    well...i have no basic in arab. n i wonder...can i change my engineering programme to dentistry? i got B for bio in spm. saya bakal masuk uia asasi insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Nak kata susah sangat sampai tak boleh jawab tu tak logiklah. Nak kata senang tu tak senang sangat. In the middle la.

      Tak payah nak risau kalau tak ada basic Arab. Just pergi exam, jawab yang mana tau *even tulis nama je pun dah valid* asalkan masuk dalam dewan exam okay? Kalau engineering setakat belajar sampai level 1 je Arab tu. Tak susah pun. Orang tak ada basic pun boleh dapat A solid.

      Nak tukar program tak ada masalah. Alert bila department buka permohonan tukar program. Kalau nak tukar lepas 1 semester ambil engineering make sure GPA meets the min requirement of dentistry program.

      Delete
  20. assalam kak. saya dapat asasi bi di uia. saya tidak berminat menjadi cikgu. jadi, untuk degree saya perlu apply TESL atau Bahasa Inggeris & Kesusasteraan ye?

    dan,asasi bi & asasi econs di uia gombak atau pj? ☺

    ReplyDelete
  21. Assalam kak.Saya dpt asasi engineering uia.klu dlm asasi engin. ni saya boleh belajar bahasa arab smpai level brape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Tak silap BA untuk course engineering setakat level 1 part 2 (lebih kurang level 2 la jugak), belajar setakat basic.

      Delete
    2. Oh gitu.Tq2.Tapi selain eng,asasi apa yg boleh belajar arab smpai level yg lebih tinggi?

      Delete
    3. Asasi semua course sampai level 1 part 2, cuma untuk certain courses masih kena ambil BA waktu degree macam course di bawah division Human Sciences.

      Delete
    4. Oh..ok2.Pencerahan yg bagus👍.Terima kasih banyak2.

      Delete
    5. Oh..ok2.Terima kasih banyak2 atas pencerahan yg jelas.

      Delete
  22. Assalamualaikum sis. Saya dapat asasi sains komputer. Masalah utama saya ialah saya tiada langsung asas bahasa arab. Saya dengar cerita pelajar yg tidak lepas apt/ept akan dilanjutkan tempoh pengajian asasi. Mohon pencerahan. Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Tak ada basic Arab tak jadi masalah besar sangat. Everyone memang wajib ambil kelas basic. Lagipun untuk course saudara tak memerlukan requirement B. Arab yang tinggi. Cuma fokus untuk lepas EPT. Maksimum duration of study pun cuma dua tahun, so ada pros iaitu boleh fokus utk setiap semester tak perlu kalut & rasa stress :)

      Delete
    2. Assalamualaikum. Saya dpt masuk asasi undang undang di uia.. Masalahnya, saya ni tiada basic dalam bahasa arab. Saya difahamkan untuk course saya, saya perlu belajar sehingga level 4. Kalau saya tidak sempat habis belajar bahasa arab, boleh x kalau sambung waktu degree nanti atau wajib exit bahasa arab sewaktu di asasi?? Selain itu, betul ke asasi tahun ni wajib habis dlm masa setahun?? Mohon pencerahan.. tq

      Delete
    3. Waalaikumussalam.

      Sama ada boleh atau tak sambung Arab masa degree saya kurang pasti. Kalau course requires awak untuk exit asasi, memang kena habiskan di asasi juga. Rasanya jarang jumpa pelajar laws yang masih ambil subjek B. Arab masa degree. Melainkan mereka tu direct intake (bukan dari asasi UIA).

      Asasi tak wajib habis setahun pun. It all depends kat result EPT/APT nanti. Dan kalau tak kena repeat apa-apa subject :)

      Wallahua'lam.

      Delete
    4. Terima kasih atas pencerahan... Nampak gayanya saya perlu usaha lebih sikit untk bahasa arab.

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

***FOR QUESTIONS THAT NEED QUICK RESPOND, PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***