Posts

Showing posts from March, 2015

Ke Putrajaya Ke Kita

Image
Assalamualaikum.
Alkisahnya hujung bulan Februari yang lepas, nak dikatakan rezeki semester terakhirlah juga apabila saya diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan "Tag, Follow & Win" yang dianjurkan oleh Kak Fana di Instagram beliau di www.instagram.com/zafniscreations. For your information, Kak Fana ini merupakan tukang jahit untuk dres Muslimah terutamanya dres untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Dah lama minat dengan baju-baju rekaan Kak Fana sejak terjumpa fanpage FB beliau dahulu kala.

Disebabkan baju-baju rekaan beliau semuanya custom made, jadi kenalah berjumpa dengan si tukang jahit untuk ambil ukuran semua. Lepas susun masa, Kak Fana ajak berjumpa dengan beliau di Alamanda Putrajaya. Mula-mula debarlah juga disebabkan dah lama tak menapak ke Putrajaya. Tak tahu nak naik bas apa di sana dan sebagainya. Apa lagi, dengan bantuan Google saya pun mulalah mencari informasi tentang bas dan juga ERL. Ramai yang cadangkan untuk naik ERL dari KL Sentral terus ke Pu…

Blue to Yellow

Image
Assalamualaikum.

Tanggal 26 Februari jadi tarikh terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom. Alkisahnya dah lama nak bertukar telco cuma tak tahu syarikat mana yang berikan perkhidmatan dengan kadar yang menarik dan berpatutan untuk saya sebagai seorang manusia yang masih bergelar pelajar ini. Kalau sebelum ini, saya gunakan Celcom untuk telefon bimbit dan Maxis untuk pelan broadband. Namun bila difikirkan kembali saya agak terbeban dengan duit yang perlu dikeluarkan untuk tambah nilai Celcom dan duit untuk bayar bil Maxis sebanyak RM68 setiap bulan, saya nekad. Masa untuk berubah!

Akhirnya, saya ke Digi Center yang terdekat iaitu di Giant Batu Caves. Ini pun lepas dah buat kajian fasal plan-plan yang ditawarkan oleh Digi. Jangan lupa, kalau nak bertukar telco periksa dulu dekat kawasan anda itu ada ke tak liputannya, yang paling penting internet. At least kalau ada setakat 3G pun kira baiklah. After taking into consideration all the stuff (sebab bila balik …