Posts

Showing posts from February, 2016

Pengalaman Pertama Kali Masuk Hospital

Image
Assalamualaikum.

Tanggal 20 Januari 2016 takkan saya lupakan sampai bila-bila. Nak ditakdirkan Tuhan, saya terlibat dengan kemalangan kecil. Kecil punya kecil, peha kanan mengalami kecederaan iaitu patah. Kejadian berlaku sekitar jam empat petang. Memang sangat mengejut.

Tak lama lepas jadi, jiran-jiran terus telefon ambulans. Masa menunggu ya Allah, tahan sajalah rasa sakit berbisa. Pegang peha pun rasa lembik semacam. Masa itu saya dah suspek peha sebelah kanan patah. Kaki ada luka-luka sebab kena kaca. Kecederaan lain, saya tak tahu. Sakit kena kaca tak sesakit peha yang dah terkulai ini. Masa itu, mak dah suruh mengucap banyak-banyak. Sakit tak payah ceritalah. Meraung jugalah.

Sampai saja ambulans, saya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah. Masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) nak angkat naik atas stretcher, lagilah meraung. Kaki dah terkulai sangat. Yang pegawai JPAM asyik suruh buka mata, kita ini dah sakit sangat nak tahan sakit pejamkan mata. Stres juga, haha. Dalam ambul…