Posts

Showing posts from September, 2015

Road to Hari Jubah (IIUM 31st Convocation Ceremony) - Bahagian 2

Image
Assalamualaikum.

Hai anda semua kembali bersama saya yang bersedia untuk merepek bahagian kedua persiapan menghadapi majlis terbesar dalam hidup selain majlis akad nikah. Jika bahagian pertama saya ceritakan tentang persiapan fasa pertama, kali ini saya mahu kongsikan pula perkembangan persiapan tersebut. Means apa dah jadi lepas beberapa bulan menganggur di rumah selepas graduasi dan sebagainya (status terkini: masih menganggur).

Okey, dalam entri lepas saya tamatkan perkongsian lepas dapat tahu graduation list untuk konvokesyen kali ini. Waktu itu tarikh sebenar konvokesyen pun masih tak diketahui mengikut giliran kulliyyah masing-masing. Tak lama lepas itu barulah dikeluarkan tarikh sebenar. Alhamdulillah, untuk kulliyyah saya, Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS), sesi penerimaan skrol akan berlangsung pada 8 November 2015, sesi sebelah petang.

Lepas tarikh dikeluarkan, maklumat berkenaan dengan proses mendapatkan jubah konvokesyen masing-masing dikeluarkan oleh p…