Tuesday, August 13, 2019

After A While - Of Post-Postgraduate Studies, Married and Working Life

Assalamualaikum and helo guys!

Ya Allah Ya Rabbi dah bersawang bergua dah blog ni. Tiba-tiba buang tebiat nak update kehidupan terkini macamlah ada orang nak baca blog ni dah kan. Iyalah, warga maya sekarang ni mana nak tercongok depan PC nak ber-blogwalking macam zaman dulu (melainkan engkau orang boleh dapat duit dari blogging lah, haha).

Hm, dah masuk dua ke tiga tahun dah menyepi. Dari zaman masih struggle dengan pengajian master sambil menganggur, single dan sendu, sampailah ke tahap dah habis belajar, dah bekerja, dah kahwin. Alhamdulillah, sekian update terkini hahaha. Atas sebab-sebab itulah masa sedikit terkekang.

Aku betul-betul mula masuk kerja April 2018, masa tu kerja pun ditawarkan tersangatlah last minute. Hari Khamis dapat panggilan, hari Ahad dah lapor diri. Memang kalut gilalah since itu kerja aku yang pertama dan rasa nak menangis dan give up pun ada sebab banyak sangat benda kita tak tahu tapi supervisor expect kita untuk tahu segalanya. Minggu pertama aku di sana memang minggu berendam air mata jugalah. Aduh, lawak bila ingat balik betapa tisunya hati masa tu. Dah lama-lama tu dah boleh blend well lah dengan staf lain. Apa yang aku suka tempat kerja lama aku tu, tak rasa ada beza taraf langsung antara staf tetap, kontrak dengan sambilan. Aku staf sambilan saja. Tapi hubungan kami satu pejabat memang sangat rapat. Office pula banyak anjurkan aktiviti untuk eratkan hubungan kami, terutamanya makan-makanlah. Ada event sikit-sikit, makan-makan tu acara wajib okey. Siap ada kenduri durian lagi. Sampailah last day aku dekat situ pun dia orang sudi buat majlis kecil bagi hadiah apa semua. Sumpah rindu gila! Dulu sebelum aku decide nak tukar kerja, supervisor aku siap pujuk lagi, offer gaji yang sama macam tempat aku sekarang ni, haha. Sayang, memang aku sayang tempat lama tu, tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku kena juga bertukar kerjaya.

Geng kami masa majlis Aidilfitri peringkat jabatan.
Ni pun tak cukup kuorum lagi. 

Geng staf-staf sambilan. Dengan dia orang inilah jadi kawan gaduh, kawan makan,
kawan bawang. Haha

September 2018, antara salah satu keputusan besar dalam hidup ialah bila aku decide untuk berhijrah ke Kuala Lumpur demi sesuap nasi. Once again kena berjauhan dengan keluarga tetapi apakan daya peluang di sini lebih menjamin (walaupun tidaklah sangat hahahahaha). Antara sebabnya tu aku nakkan suatu jaminan dalam pekerjaan dari segi gaji (sebab di tempat lama aku dibayar ikut hari dan tak ada caruman KWSP), lepas tu gaji asyik masuk lambat saja. Sebab kedua, nanti aku sambung di bawah.

Well, hidup di Kuala Lumpur ni tak sama macam zaman aku belajar degree dulu. Masa inilah memang kena betul-betul berdikari, cari duit sendiri, cari makan sendiri, pergi kerja sendiri, buat apa pun sendiri. Bulan-bulan terawal (aku rasa sampai sekarang agaknya), aku lebih suka menyendiri. Environment di sini not so welcoming macam aku di jabatan lama dulu. Kalau dulu ada saja staf baru semua sibuk nak berkenalan dan membawang, di sini, hmm. Krik krik krik. Kau baru ke lama ke, tak ada siapa peduli (kecuali adalah seorang dua kakak staf yang ramah). Sampaikan aku selalu kena tegur asyik seorang saja kalau waktu lunch break. Aku pun sejenis yang agak susah nak mulakan conversation, tapi bila dah jumpa yang sekepala tu jadi teman membawang pula. Lagi satu struggle aku masa awal-awal kerja KL ni aku kena berulang-alik KL-UUM sebab masih ada lagi dua subjek pengajian. Penat dia tu Allah sajalah yang tahu. Macam nak menangis kena stay up kebanyakan malam di rumah sewa sebab nak siapkan assignment dan kertas projek. Alhamdulillah, habis saja bulan Disember-Januari, dah habis exam, dah submit research paper barulah rasa boleh bernyawa dan sambung dating dengan tunang. Hahaha. Bincang pasal kahwin khususnya.

Pejam celik pejam celik, September 2019 ni genaplah setahun aku kerja di sini. Dari zaman bujang, sampailah dah kahwin dan nak ada anak seorang dah. Haha. Benci-benci tapi hadapkanlah juga kan?

Tanggal 3 Februari 2019, ini lagi satu acara terbesar yang berlaku dalam hidup aku, yakni aku dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan yang aku tak expect pun jodoh aku, haha. Cliche sangat. Walhal penghujung 2017 akulah manusia paling frust menonggeng habis update lirik lagu sendu di Twitter sebab kena aniaya dengan makhluk Allah bertuah-tuah tu. Kisah lama kan (tapi kalau ingat sakit hati weh!). Nak cerita macam mana kenal pun malaslah, haha. Biasanya kalau kawan/saudara tanya macam mana boleh terkahwin dengan orang selatan ni, simple saja jawapan aku. "Ada orang tolong kenalkan" LOL.

Terima kasih baitulmuslim.com sebab satukan kami. Cewah!

Aku, encik suami dan kawan-kawan baik aku dunia akhirat. Banyak jasa
dia orang masa majlis kahwin aku.

Setakat ni saja dulu kot? Panjang umur insya Allah aku update lagi dengan kisah lain. Haha.

p/s: Aku masih terima komen di blog ni yang bertanyakan pasal UIA, master dan seumpamanya. Untuk reply sepantas kilat mohon emelkan di izzfiez@gmail.com. Thanks!

Saturday, March 3, 2018

Product Review: Aiken Facial Cleansing Oil & Make Up Remover

Disclaimer: My review is based on my personal view. You might experience different result using the same product stated. Thank you.

Assalamualaikum.

Okey kali ni tibalah masanya untuk aku review tentang lagi satu produk penjagaan kulit wajah iaitu oil cleanser atau juga dikenali sebagai cleansing oil. Untuk newbies yang baru berjinak-jinak dengan basic skincare routine, oil cleanser ni boleh dikatakan penting dan merupakan salah satu bahan wajib tatkala kau orang nak buat double cleansing method. Bila namanya double cleansing bererti dua kali cuci, yang pertama menggunakan oil cleanser dan seterusnya facial cleanser yang biasa kau orang guna tu. Malas nak cerita lebih tentang double cleansing method ni sebab kau orang boleh self-explore sendiri di Google. Dulu aku ingat, since dekat botol cleansing oil ni ada tertera for removing make ups jadi aku sangatlah tak ambil kisah hahaha. Tapi hasil pembacaan aku mendapati orang yang tak make up pun perlu juga buat double cleansing. Sebab apa? Itu kau orang akan jumpa kalau baca.

Disebabkan aku agak cheapskate dan nak cuba juga double cleansing method ni, aku tercari-cari jenama cleansing oil yang sesuai dan tak terlalu mahal. Seperti yang masyarakat netizen cadangkan beberapa jenama macam Simple, Hada Labo, Biore, Neutrogena, Senka dan macam-macam lagi, harganya boleh buat menangis okey. Huhu. Memanglah nak kulit cantik dan sihat kena labur lebih sikit tapi mengenangkan banyak lagi keperluan lain, maka aku lupakan saja niat nak beli cleansing oil ni. Sampailah suatu hari tengah skrol Lazada, I came across with this cleansing oil jenama Aiken. Well, it's a well known brand yang cater masalah kulit berminyak dan berjerawat, a local product, sama syarikat yang keluarkan produk macam Safi, Eversoft dan sebagainya iaitu Wipro Unza. Jadi masa tu aku pun baru tahu rupanya Aiken dah keluarkan cleansing oil. Dan sebelum ni pun aku dah cuba produk Aiken lain macam facial cleanser, toner dan pimple cream. I could say that so far it suits my skin really well walaupun harganya murah. I mean, kalau trusted brand yang murah pun boleh bagi hasil yang memuaskan hati, why go for expensive products kan? Jadi tanpa ragu-ragu aku pun add to cart

Tadaaa 
Jadi bila cleansing oil Aiken ni dah sampai ke tangan makanya tak sabarlah nak cuba kan. Oh ya, double cleansing method ni kita cuma buat sekali sehari yakni waktu malam sebelum tidur. Rules for applying this cleanser, muka dan tangan kena kering. Yang kurang menyenangkan satu saja, bau dia macam perfume lelaki hahaha tapi untuk aku, tak ada hal. Masih boleh tolerate. But the most important thing is, it does its job really well. Lepas dah bilas dan cuci muka sekali lagi dengan facial cleanser biasa, kau orang mesti macam akan terpesona depan cermin mengenangkan perasaan bila rasa kulit muka bersih gila I tell you! No wonder ramai orang cadangkan untuk buat double cleansing ni. Sekarang ni dah 2-3 minggu dah aku buat double cleansing guna oil cleanser Aiken ni. Memang puas hati.

In case you guys wondering apa kandungan dalam Aiken cleansing oil and make up remover ni, of course ada TTO untuk bantu kau orang yang ada masalah kulit muka berminyak macam aku. Untuk yang alergik dengan mineral oil jangan risau sebab produk ni bebas dari mineral oil. Cumanya mungkin untuk yang berkulit sensitif tu akan rasa muka kering dan pedih sebab salah satu kandungannya ialah ALS. Adik-beradik SLS jugalah. Sebab tu bagi aku, yang penting kita tahu jenis kulit kita sendiri, ketahanannya macam mana sebelum cuba sesuatu produk. Kalau nak berdasarkan review orang lain pun belum tentu boleh diterima pakai 100%.

* Dalam perkiraan nak cuba moisturizer Aiken pula lepas ni, insha Allah.

Done review. Chow ~

Sunday, February 18, 2018

Product Review: Cosmoderm Oily Skin Set

Assalamualaikum everyone!

Okey, untuk posting kali ni nak cerita sikit tentang penjagaan muka berdasarkan pengalaman daku sendiri. Okey, to be honest, aku ni bukanlah dalam kategori perempuan yang suka melawa, melaram apa benda semua tu. Nak berfesyen, mekap ikut trend tu memang jauh sekalilah tidak disebabkan aku tak ada pengaruh daripada saudara perempuan (sebab aku anak perempuan seorang) hatta rakan sebaya masa sekolah ataupun universiti. Jadi kesedaran aku untuk jaga muka bagi elok bak Fazura tu tak berapa nak ada sangat. Haha. Masa sekolah, I did not really give a damn to my face. Pergi sekolah pun harap bedak Safi saja. Same goes to my cleanser. Tak Safi gamat, mesti Safi mentimun. So that was my skincare routine masa tu. Only cleanser. Seriously guys, sampai umur aku 24 tahun pun aku hanya guna cleanser SAHAJA. Aku memang tak tahu menahu atau terasa nak cuba produk lain macam toner, mask, moisturizer. Mentaliti masa tu, aku masih budak-budak jadi kalau dah mula guna produk kecantikan ni nanti kulit muka dah tak elok bila dewasa. Haha. Apa punya mentalitilah kan?

Lama kelamaan aku perasan. Bila cuci muka pagi saja masa mandi tu, kulit aku tak bersih dalam jangka masa yang lama. Sejam dua kemudian, minyak berkilo-kilo boleh timbang bertempek dekat muka dan bila tengok cermin boleh nampak jelas kilauan minyak tu. Kusam dan selekeh sangat. Kebetulan masa tu, I came across with a brand yang aku nak cerita dekat kau orang ni. Mula-mula tu aku ingat jenama Cosmoderm ni baru lagi and it's an international brand and obviously kalau dah international mesti mahal punyalah. But guess what, sebenarnya jenama ni dah lama ada di Malaysia dan yang lagi meyakinkan aku untuk cuba produk ni sebab it's halal guys! Dahlah mampu milik. Kebetulan masa aku beli tu dia orang buat cyber sale untuk semua set skincare jadi dapat banyak diskaun jugalah. Jadi aku buat keputusan untuk cuba oily skin set untuk selesaikan masalah kulit aku ni. Untuk set yang aku beli dulu didatangkan dengan cleanser, toner, serum, moisturizer dan facial mask. Siap dapat free gift berupa BB cream & make up remover you all. Seingat aku dulu beli satu set tak sampai RM100.

Mask, toner, serum & moisturizer. Cleanser tiada dalam gambar sebab dah habis.
Hahaha. 
Step for skincare routine mengikut cara aku, macam biasa cuci muka dulu dengan cleanser. Setiap hari, pagi dan malam sebelum tidur. Yang best best tentang facial cleanser Cosmoderm ni ialah beliau ni dalam kategori non-comedogenic yakni takkan menyumbatkan lagi pori wajah tu. Bila pori tersumbat itulah masalah kulit macam jerawat apa semua tu akan timbul. Another one more thing, sekarang ni cleanser TTO Cosmoderm dah ditambah dengan Vitamin E juga okey! Yang penting, pHnya sesuai dengan kulit muka.

Lepas dah siap cuci muka dengan cleanser, bolehlah apply mask pula. Antara ingredient mask Cosmoderm yang menarik perhatian aku ialah kaolin. For your information, kaolin ni ialah sejenis clay mineral, rasanya kandungan yang sama jugalah dalam clay mask jenama lain tu. Fungsi kaolin ni ialah cleansing and exfoliating kita punya permukaan kulit wajah tu. Biasalah kalau sekali cuci memang takkan bersih betul-betul kekotoran, segala minyak, habuk, debu bagai tu. Jadi fungsi kaolin ni ialah untuk serap segala mak nenek impurities tu. Mask ni juga ada kandungan peppermint yang akan memberikan cooling sensation. First time pakai rasa macam tempek ubat gigi. Hehe. Yang ni aku cuma guna seminggu dua kali.

Lepas pakai mask, biarkan dalam 15-20 minit, bilas, baru apply toner. Rutin sama macam cleanser, setiap hari, pagi dan malam. Toner Cosmoderm ni dia macam sejuk sikit untuk meredakan iritasi kulit dan bagi kesegaran pada kulit kau orang lepas dah cuci. Boleh juga nak guna bila rasa kulit berminyak masa tengah hari ke, petang ke. Ingredient toner ni selain dari alkohol ialah salicylic acid yang berguna untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak dan jerawat. Untuk yang alah dengan alkohol mungkin tak sesuai nak guna.

Serum TTO Cosmoderm tu pula aku boleh gelarkan sebagai kecil-kecil cili padi. Tekstur dia macam gel, kaya dengan kandungan Vitamin C dan aloe vera untuk kulit berminyak. Yang menariknya lepas pakai terus rasa muka dah tak melekit dengan minyak sebab kuasa penyerapan beliau sangatlah pantas. Cewah! Jadi bolehlah control shine kulit muka kau orang tu kan.

And last but not least, jangan dilupakanlah pelembab. Dulu aku ingat orang yang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab sebab nanti muka makin berminyak dan melekit. Tapi sebenarnya untuk orang kulit berminyak ni pelembab pun penting tahu? Fungsinya untuk kurangkan penghasilan sebum dan kulit kita pun akan jadi lebih sihat dan bebas jerawat. Dan baru tahu juga sebenarnya moisturizer Cosmoderm ni bukan saja boleh jadi pelembab tapi juga sebagai primer. Dan lagi satu, moisturizer ni juga ada fungsi sunscreen dengan kandungan SPF 15 PA ++. But still untuk kau orang yang banyak terdedah pada cahaya matahari tu, top up lagilah dengan sunscreen yang kandungan SPF lagi tinggi.

Surprisingly you guys, produk ni dari aku beli hujung 2016 sampai sekarang tak habis lagi hahaha! Oh ya, untuk kau orang yang ada masalah yang sama dengan aku which is oily skin, aku sangat syorkan untuk beli produk yang ada tea tree oil ni. Boleh hilangkan jerawat juga okey! Masa cleanser beliau ni habis, aku tukar guna cleanser yang tak ada TTO terus mencanak balik jerawat huhuhu. Disebabkan aku seorang yang cheapskate dan rasa nak beli seketul cleanser Cosmoderm ni mahal (walhal tak sampai RM20 pun kahkah), aku tukar ke produk lain yang juga ada TTO yang lebih murah (baru RM10 something).

Menurut pembacaan aku, oily and acne prone skin ni kena cari produk yang ada TTO, salicylic acid, benzoyl peroxide dan ada lagilah yang aku lupa namanya. Di samping gunakan produk Cosmoderm ni aku top up sikit dengan penggunaan facial scrub dan oil cleanser yang sesuai dengan keadaan kulit berminyak ni. Alhamdulillah, muka pun dah kurang berminyak dan jerawat pun kalau beliau naik, terus kecut hahaha padan muka. Aku rasa untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan penjagaan muka bolehlah cuba Cosmoderm ni. Sambil-sambil tu kau orang yang ada Twitter tu boleh follow akaun macam Iman Abdul Rahim ke, Dr. Aris Fadzillah (ahli MedTweetMY) ke, yang banyak kongsikan tips untuk skincare ni, especially for the beginners. 

Lastly, silalah dapatkan set-set yang anda mahukan sama ada di physical store, drugstore, website Cosmoderm, ataupun di Lazada, Shopee, dan seumpamanya.

Done review. Chow ~



Monday, December 25, 2017

Tips Sebelum Sambung Master

Assalamualaikum *tiup habuk kiri kanan*

Setelah hampir setahun tak update langsung blog, akhirnya kembali juga ke pangkal jalan. Ewah! Alhamdulillah dah selamat menamatkan semester ketiga sebagai pelajar master di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tersangatlah sibuk dengan urusan duniawi sampai terabai blogku ini hahaha.

Alright. Marilah kita ke topik utama untuk posting kali ini iaitu berkenaan tentang tips nak sambung belajar. Well, aku rasalah dah berlambak-lambak sangat blog di luar sana yang berkongsi untuk kau orang semua tentang tips untuk sambung belajar, especially untuk peringkat postgraduate studies ni. Masing-masing pun berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang lain situasi. Apa yang aku nak kongsikan dalam posting kali ni pun diambil 100% dari situasi hidup aku sendiri.

Untuk yang baru-baru jadi pembaca blog ni (ceh, ada ke pembaca masalahnya?), aku dah masuk semester ketiga di UUM. Jurusan English Language Teaching atau dalam bahasa mudahnya bila orang tanya aku jawab TESL saja. Insya Allah kalau tak ada aral Februari 2019 barulah makcik yang seorang ni akan bergraduasi. Lamanya! Huhuhuhu.

Okey, kita masuk topik balik. Di bawah ni aku kongsikan apa yang aku rasa sepanjang aku bergelar pelajar balik untuk perkongsian dengan kau orang semua. 


First and foremost, decide betul-betul kau orang nak sambung belajar sebab apa

Niat.

Aku rasa ni benda paaaaaaling penting sebelum kau orang melangkah sebagai seorang pelajar postgraduate. Masa aku semester satu, aku masuk kelas subjek pra-syarat di mana semua pelajar baru waktu tu bukan asal dari bidang pendidikan. Bila ditanya tentang kenapa dia orang nak sambung master kan, ada yang jawab sebab nak kerja gaji tinggi. Yalah, bila dah ada master ni orang mesti pandang kau orang sebagai seorang yang berstatus pendidikan tinggi. Lepas tu mesti expect untuk gaji pun tak adanya setakat RM2500 macam budak fresh graduate degree kan?

Ada juga yang sambung belajar sebab ikut kawan.

Ada yang sebab menganggur lama sangat dan untuk tak membuang masa dia orang belajar lagilah (this was my case).

Lepas tu bila fikir balik, takkan sebab ni saja? Jadinya yang berpeluh keringat banting tulang buat assignment sepanjang 4-5 semester tu untuk apa?

Bukan senang. Once kaki dah masuk ke alam pengajian ni, kau orang akan korbankan masa yang sangatlah banyak, lepas tu duit (sebab nak bayar yuran, travel expenses ke kampus kalau stay off-campus, research purpose dan macam-macam lagi). Untuk yang dah memang berkerjaya tu mungkin okeylah. Untuk yang memang full-time student itu lagi kena fikir. Sebab itulah banyak saja kes terpaksa berhenti sekerat jalan. Tak mampu nak bagi 100% komitmen.


Kursus pengajian

Ini pun penting. Kalau tak apa gunanya kau orang nak sambung belajar kalau basic things macam ni pun kelaut hahaha. In terms of the course, ada yang masih nak teruskan apa yang dah dipelajari masa zaman undergraduate dulu. Ada yang memang berubah 180 darjah. Zaman degree belajar kulinari, bila master tiba-tiba ambil education. Benda ni sendiri dipersoalkan oleh lecturer kelas Research Methodology aku dulu. Macam kes aku sendiri okey lagi agaknya sebab zaman degree pun aku dah ada pendedahan dengan bidang pendidikan walaupun sekadar tahap paaaaaaling asas yang rasanya bagi budak-budak education ni buat celah gigi saja. Tapi, walau macam mana sekalipun agak susah juga nak adapt bila kau orang ambil kursus lain-lain ni. Seriously I tell you guys masa aku semester kedua bila dah mula ambil subjek teras macam Curriculum & Pedagogy dan Measurement & Evaluation in Education & Psychology tu macam nak menangis jugalah. Bayangkan bila budak kelas kau semua rata-ratanya memang hardcore in education dan kau seorang diri ibarat berada di tengah lautan tak tahu apa itu KSSR, beza HSP dan DSKP bagai. Lagi teruk bila kau tak dapat penuhi expectation lecturer yang perfectionist sebab dia anggap kau dah tahu semua benda tentang pendidikan. Tapi aku tak rasa semua ni cabaran kalau kau orang semua memang jenis cintakan ilmu dan nak kembangkan pemikiran ke bidang lain. Tak salah. Cuma orang macam kita ni kena usaha lebih. Masa aku kelas Curriculum Design & Development, lecturer buka topik tentang CEFR. I was like, “what the hell?”. I totally have no idea sampai kena buka Wikipedia then I was like “ooo, Common European Framework of Reference for Languages.” Berhuhu jugalah dalam kelas.


Universiti

Pilihan universiti pun penting bagi aku. Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk sambung di universiti zaman degree sebab dah biasa dengan persekitaran dan semestinya lecturer. Jadi senang nak bertahan. Untuk kes aku, aku pilih untuk dekat dengan kampung halaman. UUM is totally a new environment for me okay. Sebab dulu dekat UIA aku macam berada dalam comfort zone jugalah dengan suasana dia. Rasa secure sebab majoriti pelajar Muslim. Jadi bila di tempat baru, aku pun tak tahu nak expect UUM macam mana. Tapi alhamdulillah, walaupun lebih kurang saja sebenarnya cultural and ethnic diversity di kedua-dua universiti, aku rasa aku dah boleh adapt dengan suasana di tempat baru ni. Ceh, padahal masuk kampus seminggu sekali saja hahaha. Jadi untuk yang rasa nak berubah angin belajar di tempat baru tu kena pandailah sesuaikan diri. Kadang-kadang kerenah lecturer universiti lama tak sama dengan yang di tempat baru. Lepas tu untuk yang duduk dalam kampus lagilah. Macam UUM ni kampus dia ya Rabbi besar nak arwah. Kalau dulu zaman UIA aku boleh tawaf satu kampus, di UUM ni jangan haraplah.

Itu soal nak sesuaikan diri. Lagi satu yang kau orang kena ambil perhatian berkaitan dengan yuran pengajian. Ada universiti yang yurannya agak mahal. Ada yang murah. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk yang dah ada pendapatan it should be no problem. Untuk yang menganggur macam aku ni memang kena consider habis-habisan. Alhamdulillah yuran master UUM taklah mahal, malah tak cecah RM10K pun untuk sepanjang pengajian. Ada juga universiti yang yurannya lebih RM10K. Aku pun tak pasti atas dasar apa ada yang mahal dan murah ni. Apa pun, pilihan di tangan anda.


Mod pengajian

Seperkara lagi, mod pengajian. Sama ada coursework, mixed mode ataupun research. Ada orang cakap coursework senang sebab tak payah buat research teruk-teruk. Sila terjun longkang sekarang sebab walaupun aku coursework mode tapi workload dia ya Rabbi! Yalah sebab mod ni kena buat assignment, presentation, quiz dan sesetengah subjek tu ada peperiksaan akhir semester. Lepas tu kau orang akan timbul rasa macam “eh kenapa aku tak ambil mixed mode or research dulu?” masa tengah stress menghadap assignment menggunung hahaha. Padahal mod lain pun sama saja cabarannya. Aku tak boleh nak cerita banyak tentang mixed mode and full research ni sebab aku budak coursework. Tapi aku memang tak ada keberanian langsung nak menghadap viva voce seumpamanya jadi aku pilih jalan selamat iaitu coursework PADAHAL SUSAH JUGA TAHU TAK?! Ya padan muka sendiri hahaha.

UUM ni aku perasanlah minimum duration of study dia tak adanya kau orang boleh habiskan master kurang dari empat semester. Paling cepat pun memang dua tahun baru selesai. Berbanding dengan universiti lain rasanya setahun setengah pun dah boleh habis. Itu kalau full-time student. Kalau part-time memang lagi lambat. Sebab subjek dia ya Rabbi banyak bukan main sampai aku fikir “perlu ke belajar subjek ni?” hahaha.

Untuk budak coursework memang kena pandai susun jadual sendiri untuk pastikan kau orang ambil subjek yang dikehendaki takut ada yang tertinggal susah pula. Dahlah kebiasaannya pihak fakulti akan buka satu kelas saja untuk subjek master sebab selalunya pelajar tak ramai. 

Okey, so far itu saja yang aku dapat kongsikan untuk point yang sangatlah penting untuk kau orang ambil perhatian sebelum putuskan sama ada nak sambung belajar ke tak untuk manfaat kita bersama. Anyway, to all postgraduate students out there, all the best in your future okay! Semoga kita sukses dan dapat konvo dengan jubah double line. Hahaha!

Tuesday, February 7, 2017

My Master's Journey - End of Semester 1

Assalamualaikum. 

Dah berbulan lamanya tak menulis di blog. Terima kasih untuk semua yang masih lagi sudi menyinggah dan tinggalkan komen atau pertanyaan di sini dan juga di emel. 7 Februari tahun 2017 baru rasa nak menulis balik. Apalah.

Alhamdulillah, selesai sudah semester satu pengajian peringkat master saya. Kelas cuma sehari seminggu yakni Sabtu dari jam sembilan pagi sampai enam petang tapi kepenatan mengalahkan kelas budak undergraduate yang hari-hari. Mungkin sebab kelas seharian, sampai rumah pun dah malam. Balik rumah terus tumbang. Itu pun kadang-kadang terpaksa gagahkan badan dan mata nak siapkan apa yang patut untuk submission. Ternyata perjalanan ambil master ini bukan satu benda yang mudah. Orang mungkin nampak "ala kelas seminggu sekali, subjek tak banyak" tapi hakikatnya tuan punya badan saja yang rasa. Padahal baru semester satu. Subjek specialization pun tak sentuh lagi dah rasa penat. Aduhai. Banyak benar merungutnya. 

Despite of all ups and downs in semester one, I barely survived alhamdulillah. Ingat lagi masa kelas terakhir sempat lagi pensyarah bagi tugasan baru (walhal workload 5-10% saja pun). Tak termasuk dengan dua jenis report kena tulis. Sakit jiwa nak baca artikel dari jurnal lagi. Itu pun banyak copy paste dan ubahlah guna ayat sendiri nanti kena dakwa plagiat pula hahaha. Pendek kata, dugaan dan cabaran masa master memang menggila kalau nak dibandingkan dengan dugaan zaman degree. Kalau tak kuat, alamatnya sebulan lepas commencement of the semester pun boleh tumbang. Tak masuk lagi dengan dugaan bila tengok kawan sebaya dah dapat pekerjaan tetap, dah kahwin, dapat anak. Fuh, benda-benda ini memang menguji semangat tahu? Seriously, once you step up into this path, there's no turning back. Above all, alhamdulillah dan syukur ya Allah. Pada saat orang lain ada yang lagi susah nak sambung belajar atas masalah-masalah seperti kewangan seumpamanya, Dia berikan peluang ini. For me, learning is a lifelong journey. So make it enjoyable. Insya Allah.

My Educational Psychology class

My Sociology in Education class
Kredit gambar kepada err, tuan punya gambarlah. Hahaha.

Dan kini, semester kedua mula menjengah. Dan lepas ini tak tahu lagi bila nak update dengan entri baru hahaha. Boleh terus emel saya ataupun tinggalkan komen di blog kalau ada sebarang pertanyaan tentang entri-entri terdahulu. Well, most of the comments banyak tanya tentang UIA. Rindunya zaman undergraduate dulu. 

Sekian.

Thursday, August 25, 2016

Registration Day - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam entri ni saya nak berkongsi pengalaman mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk si Angah sebab tolong hantarkan pergi balik. Heh.

Pukul 9 pagi baru bertolak dari rumah bukan main relaks haha mentang-mentanglah dekat saja dengan rumah. Dalam 9.40 pagi sampailah ke tempat pendaftaran iaitu di School of Computing yang terletak agak ke belakang. Besar gila UUM!

Lokasi pendaftaran (selepas)

Di sini saya ceritakan step by step prosedur hari kejadian untuk panduan bersama.

Proses 1

Cari papan tanda start dan beratur ikut local students (kalau anda pelajar tempatanlah). Nanti akan ada urusetia pendaftaran akan berikan anda borang checklist untuk diisi. Sediakan siap-siap surat tawaran yang dah dicetak, slip bukti pembayaran yuran dan transkrip akademik dan borang pemeriksaan kesihatan anda. Sampai ke giliran anda di kaunter, kau orang akan diberikan fail untuk ditulis nama dan maklumat lain di situ. Isi sampai habis dan terus ke kaunter seterusnya.

Proses 2 - Kaunter Bendahari 

Tak ada apa sangat, cuma bawa saja fail tadi ke kaunter untuk urusetia Bursary Department periksa.

Proses 3 - Kaunter Pendaftaran

Dekat sini ada tujuh kaunter kalau tak silap saya. Beratur tunggu giliran, dah sampai giliran, bagi fail pelajar tadi kepada urusetia. Sediakan sekali transkrip akademik, skrol ijazah terdahulu dan juga slip keputusan MUET (jika diminta). Filem x-ray pun kena serahkan masa ni. Habis penyerahan, nanti kau orang akan diberi postgraduate kit berupa beg galas, academic handbook warna-warni, user manual untuk guna perkhidmatan IT dan lecture schedule.



Proses 4 - Kaunter UUM IT

Say cheese! Di kaunter UUM IT ni semestinya disediakan perkhidmatan kad matrik. Bagi borang checklist tadi dekat urusetia bertugas, duduk di kerusi yang disediakan untuk ambil gambar, dan siap. Kad matrik boleh diambil di U-Assist pada tarikh yang dimaklumkan di situ.

Di kaunter sebelah ialah kaunter untuk daftar portal pelajar UUM. Dia orang sediakan laptop banyak-banyak. Laptop tak cukup, boleh guna komputer dekat makmal komputer berdekatan. Daftarlah siap-siap sekali dengan daftar wifi di telefon pintar masing-masing. Siap sudah.

Proses 5 - Kaunter SAC

Disebabkan saya dah hantar borang dah pun sebelum ni ke SAC, jadi tak perlu isi borang baru. Patutnya terus ke SAC untuk tanya tentang DPP, tapi selamba saja keluar pergi makan tanpa check-in asrama. Hahaha. Untuk yang belum buat permohonan penginapan mungkin boleh terus buat di situ dan tunggu keputusan dapat DPP mana.

Kalau yang tak nak duduk DPP tak perlu ke kaunter ni. Siaplah daftarnya. Sekian.

Sesi sebelah petang ialah sesi bersama dengan dekan Awang Had Salleh Graduate School iaitu Prof. Dr. Shuhada dan wakil-wakil pensyarah dari pusat pengajian di bawah UUM College of Arts & Sciences. Sesi berlangsung pada jam 2.15 petang bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 4/1, School of Computing. Lepas dengar ucapan daripada dekan dan timbalan dekan, kami dibahagikan mengikut kursus masing-masing. Dengar pula taklimat daripada ketua jabatan pusat pengajian masing-masing. Tanya-tanya soalan. Dan habis.

So far simple saja hari pendaftaran untuk pelajar pascasiswazah ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang membaca.

Saturday, August 20, 2016

Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) di Klinik Kesihatan Kerajaan

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya nak bercerita tentang prosedur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan. Diulang, KERAJAAN. Haha. Bukan apa, selalunya kalau sebut medical check-up di klinik kerajaan ni mesti lambatlah, banyak kerenahlah, nurse garanglah. Macam-macam. Saya pun belum pernah lagi buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ni nak masuk belajar untuk peringkat asasi dia orang cuma nak filem x-ray saja. Itu pun pergi buat x-ray di klinik swasta. Bayar pun agaklah mahal, tapi sekejap saja dah siap. Pemeriksaan selebihnya dibuat oleh pihak universiti sendiri. Masa masuk untuk degree memang tak perlu buat sebarang pemeriksaan (the perk of being an IIUM student at that time). Mungkin sebab universiti dah ada rekod untuk pelajar lepasan asasinya.

Pertama sekalinya eloklah kau orang Google nombor telefon klinik kesihatan berhampiran kawasan anda kalau-kalau kena buat appointment untuk pemeriksaan. Macam saya, mula-mula telefon KK Kangar memang kena buat appointment lepas tu dia suruh pergi buat di KK Simpang Empat sebab lagi dekat dengan rumah. Jadi saya pun telefon KK Simpang Empat pula. Dia orang suruh walk-in saja.

Make sure pergilah klinik awal-awal kalau dah tahu KK tempat anda selalu ramai orang. Mujurlah di KKSE tak ramai sangat masa hari kejadian. Terus pergi kaunter, cakap dekat yang ada di situ kita datang nak buat medical check-up, jadi mereka akan minta borang pemeriksaan kesihatan yang selalunya disediakan pihak universiti/kolej anda. Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ni RM20 SAHAJA murah gila kan. Sesuailah untuk mereka yang kurang berkemampuan nak bayar ratus-ratus untuk medical check-up semata-mata. Bagi borang dekat nurse dan mereka akan beritahu proses seterusnya. Macam kes saya, disebabkan KKSE tak ada kemudahan untuk x-ray jadi kena pula ke KK Kangar untuk x-ray. Sebelum tu kena ke Klinik Pergigian di KKSE untuk buat pemeriksaan gigi. Alhamdulillah gigi dalam keadaan baik walaupun doktor gigi offer nak buat tampalan dengan scaling hahaha tak pasal-pasal pula setelah bertahun-tahun gigi terbiar merongak. Tak perlu bayar pun untuk buat pemeriksaan gigi sebab dah sekali dengan bayaran RM20 tadi. Cuma sebab saya buat scaling dengan tampalan tu kenalah bayar RM9 untuk tiga batang gigi haha.

Habis pemeriksaan gigi barulah bergegas ke KK Kangar untuk x-ray. Mujurlah lancar saja urusan hari tu, dapat terus ke unit pengimejan dan diagnostik klinik sebab ada surat rujukan dari KKSE. Dalam setengah jam siap urusan di KK Kangar, maka kembali pula ke KKSE. Rasanya kalau klinik kesihatan tempat kau orang ada kemudahan x-ray cepat saja selesai.

Kembali ke KKSE, pergi balik ke kaunter cakap dah selesai x-ray. Ambil nombor giliran, tunggu sampai nurse panggil untuk periksa tinggi, berat, tekanan darah. Lepas tu pergi periksa mata untuk ujian rabun warna bagai, pergi urinate, hantar sampel urin ke makmal, tunggu sampai giliran untuk jumpa doktor. Sembang-sembang dengan doktor sikit, doktor tengok balik x-ray tadi, periksa-periksa sikit, dan dah siap! Prosedur mungkin berbeza bagi setiap universiti. Mungkin ada IPT yang perlukan keputusan ujian darah, ujian kolestrol ke apa. Kalau UUM tu benda mudah saja yang mereka nak.

Rupa-rupanya sekejap saja nak buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan ni. Ke dekat KKSE saja yang cepat sebab kebetulan kena hari yang tak ramai orang? Hahaha.