Saturday, March 3, 2018

Product Review: Aiken Facial Cleansing Oil & Make Up Remover

Disclaimer: My review is based on my personal view. You might experience different result using the same product stated. Thank you.

Assalamualaikum.

Okey kali ni tibalah masanya untuk aku review tentang lagi satu produk penjagaan kulit wajah iaitu oil cleanser atau juga dikenali sebagai cleansing oil. Untuk newbies yang baru berjinak-jinak dengan basic skincare routine, oil cleanser ni boleh dikatakan penting dan merupakan salah satu bahan wajib tatkala kau orang nak buat double cleansing method. Bila namanya double cleansing bererti dua kali cuci, yang pertama menggunakan oil cleanser dan seterusnya facial cleanser yang biasa kau orang guna tu. Malas nak cerita lebih tentang double cleansing method ni sebab kau orang boleh self-explore sendiri di Google. Dulu aku ingat, since dekat botol cleansing oil ni ada tertera for removing make ups jadi aku sangatlah tak ambil kisah hahaha. Tapi hasil pembacaan aku mendapati orang yang tak make up pun perlu juga buat double cleansing. Sebab apa? Itu kau orang akan jumpa kalau baca.

Disebabkan aku agak cheapskate dan nak cuba juga double cleansing method ni, aku tercari-cari jenama cleansing oil yang sesuai dan tak terlalu mahal. Seperti yang masyarakat netizen cadangkan beberapa jenama macam Simple, Hada Labo, Biore, Neutrogena, Senka dan macam-macam lagi, harganya boleh buat menangis okey. Huhu. Memanglah nak kulit cantik dan sihat kena labur lebih sikit tapi mengenangkan banyak lagi keperluan lain, maka aku lupakan saja niat nak beli cleansing oil ni. Sampailah suatu hari tengah skrol Lazada, I came across with this cleansing oil jenama Aiken. Well, it's a well known brand yang cater masalah kulit berminyak dan berjerawat, a local product, sama syarikat yang keluarkan produk macam Safi, Eversoft dan sebagainya iaitu Wipro Unza. Jadi masa tu aku pun baru tahu rupanya Aiken dah keluarkan cleansing oil. Dan sebelum ni pun aku dah cuba produk Aiken lain macam facial cleanser, toner dan pimple cream. I could say that so far it suits my skin really well walaupun harganya murah. I mean, kalau trusted brand yang murah pun boleh bagi hasil yang memuaskan hati, why go for expensive products kan? Jadi tanpa ragu-ragu aku pun add to cart

Tadaaa 
Jadi bila cleansing oil Aiken ni dah sampai ke tangan makanya tak sabarlah nak cuba kan. Oh ya, double cleansing method ni kita cuma buat sekali sehari yakni waktu malam sebelum tidur. Rules for applying this cleanser, muka dan tangan kena kering. Yang kurang menyenangkan satu saja, bau dia macam perfume lelaki hahaha tapi untuk aku, tak ada hal. Masih boleh tolerate. But the most important thing is, it does its job really well. Lepas dah bilas dan cuci muka sekali lagi dengan facial cleanser biasa, kau orang mesti macam akan terpesona depan cermin mengenangkan perasaan bila rasa kulit muka bersih gila I tell you! No wonder ramai orang cadangkan untuk buat double cleansing ni. Sekarang ni dah 2-3 minggu dah aku buat double cleansing guna oil cleanser Aiken ni. Memang puas hati.

In case you guys wondering apa kandungan dalam Aiken cleansing oil and make up remover ni, of course ada TTO untuk bantu kau orang yang ada masalah kulit muka berminyak macam aku. Untuk yang alergik dengan mineral oil jangan risau sebab produk ni bebas dari mineral oil. Cumanya mungkin untuk yang berkulit sensitif tu akan rasa muka kering dan pedih sebab salah satu kandungannya ialah ALS. Adik-beradik SLS jugalah. Sebab tu bagi aku, yang penting kita tahu jenis kulit kita sendiri, ketahanannya macam mana sebelum cuba sesuatu produk. Kalau nak berdasarkan review orang lain pun belum tentu boleh diterima pakai 100%.

* Dalam perkiraan nak cuba moisturizer Aiken pula lepas ni, insha Allah.

Done review. Chow ~

20 comments:

  1. Pastu okay ke tak lepas pakai moisturizer Aiken tu?

    ReplyDelete
  2. Kirenye u kalau pakai cleasing oil nih kene kering lha tangan ye? Lepastuh apply then bilas, then cuci lagi pakai cleansing biasa?

    ReplyDelete
  3. Means tgn n muka kering lepastu aplly kt face mcm cuci muka kan,? Tunggu dlm brpe lama ek? Lps tu bilas dulu then pakai cleanser lain or trus je tepek cleanser lain xyah bilas?

    ReplyDelete
  4. But this isnt cleansing oil.......... it is gel based cleanser. Kalau buat oil cleansing kan kena pakai oil based product ��

    ReplyDelete
  5. Kalau saye pakai cleansing foam Aiken Yang Satu lagi dan gel cetaphil oky ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasni nak cuba moisturizer dia tpi nk tgk review sis dulu

      Delete
    2. I naik tiny bumps bnyk sngt and try pakai mois semalaman je moisturizer dia then esok dh makin hilang .. U should try it too

      Delete
  6. Klw kulit Muka dh kering leps tu elok dh blh tak pakai semula

    ReplyDelete
  7. Kenapa yea sejak pakai cleanser n remover ni muka makin berminyak?

    ReplyDelete
  8. Saya tak Rasa tuh cleansing oil,saya dah pernah beli satu and texture dia tak macam cleansing oil Yang saya pernah beli,lagipun kat itu dia Ada Kata tuh Facial Cleanser,texture dia cam more to gel

    ReplyDelete
  9. Lepas dah dah pakai cleaser oil ni,bileh cuci muka dengan pencuci ke atau macam mana?

    ReplyDelete
  10. cleanser ni sesuai tak untuk combination skin

    ReplyDelete

***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***