Posts

Showing posts from November, 2015

Trend Pakaian Formal Wanita Terkini

Image
Assalamualaikum.
Each and every one of us tahu betapa pakaian sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Pakaian ini pula ada macam-macam jenis. Tambah pula peredaran zaman membuatkan fesyen turut berkembang. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal, sekarang, you name it. Tenggiri, siakap, keli, belanak. Itu tak termasuk jenama-jenama pakaian berdasarkan nama artis. Tudung Neelofa, tudung Datuk CT, Fauziah Latiff, Ziana Zain (ada ke?), jubah Hafiz Hamidun, Fattah Amin (eh?).
Memandangkan si penulis blog ini bakal mencecah usia 24 tahun menjelang 2016, jadi untuk entri kali ini saya ingin bercerita tentang trend pakaian formal. Anda mesti tertanya-tanya, apa kaitan umur 24 tahun dengan nak cerita fasal pakaian formal? Tidakkah tebiat namanya? Sabar, sabar. Usia sebegini sememangnya sinonim dengan alam pekerjaan profesional, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru saja tamat pengajian di universiti. Masa dekat universiti, pakai baju apa ke kelas pun tak ada siapa kisah. Formal a…

Hari Jubah Saya (31st IIUM Convocation Ceremony 2015)

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entri yang lepas, saya dengan suka dan citanya nak berkongsi pengalaman naik pelamin pentas sempena majlis konvokesyen saya. Alhamdulillah, tanggal 8 November yang lalu, akhirnya ditauliahkan jua sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemanusiaan dalam pengkhususan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan. Konvokesyen edisi ke-31 kali ini menyaksikan lebih 5000 graduan UIA menerima ijazah dalam bidang masing-masing, termasuklah bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Memandangkan sesi konvokesyen bagi kulliyyah saya berlangsung pada bahagian petang, saya dan keluarga bertolak dari hotel ke UIA sekitar jam sebelas pagi. Lepas makan tengah hari dalam keramaian makhluk di UIA pada waktu itu, saya pun bersiap-siaplah sarung jubah apa semua. Masya Allah jubah konvokesyen UIA sangat rumit, bertali dan berhud bagai. Hahaha. Bila dah siap, terus gerak ke Pusat Aktiviti Kebudayaan UIA untuk berkumpul bersama-sama den…