Posts

Showing posts from August, 2016

Registration Day - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Image
Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan dalam entri ni saya nak berkongsi pengalaman mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Terima kasih untuk si Angah sebab tolong hantarkan pergi balik. Heh.

Pukul 9 pagi baru bertolak dari rumah bukan main relaks haha mentang-mentanglah dekat saja dengan rumah. Dalam 9.40 pagi sampailah ke tempat pendaftaran iaitu di School of Computing yang terletak agak ke belakang. Besar gila UUM!


Di sini saya ceritakan step by step prosedur hari kejadian untuk panduan bersama.

Proses 1

Cari papan tanda start dan beratur ikut local students (kalau anda pelajar tempatanlah). Nanti akan ada urusetia pendaftaran akan berikan anda borang checklist untuk diisi. Sediakan siap-siap surat tawaran yang dah dicetak, slip bukti pembayaran yuran dan transkrip akademik dan borang pemeriksaan kesihatan anda. Sampai ke giliran anda di kau…

Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) di Klinik Kesihatan Kerajaan

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya nak bercerita tentang prosedur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan. Diulang, KERAJAAN. Haha. Bukan apa, selalunya kalau sebut medical check-up di klinik kerajaan ni mesti lambatlah, banyak kerenahlah, nurse garanglah. Macam-macam. Saya pun belum pernah lagi buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ni nak masuk belajar untuk peringkat asasi dia orang cuma nak filem x-ray saja. Itu pun pergi buat x-ray di klinik swasta. Bayar pun agaklah mahal, tapi sekejap saja dah siap. Pemeriksaan selebihnya dibuat oleh pihak universiti sendiri. Masa masuk untuk degree memang tak perlu buat sebarang pemeriksaan (the perk of being an IIUM student at that time). Mungkin sebab universiti dah ada rekod untuk pelajar lepasan asasinya.

Pertama sekalinya eloklah kau orang Google nombor telefon klinik kesihatan berhampiran kawasan anda kalau-kalau kena buat appointment untuk pemeriksaan. Macam saya…

Step by Step for Registration - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Image
Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Kali ni nak kongsikan persiapan saya menjelang hari pendaftaran program Ijazah Sarjana Pendidikan (Master of Education - English Language Teaching) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Diharapkan entri ni dapatlah berikan panduan sikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk memohon untuk sambung pengajian pada peringkat sarjana sebab bila dicari-cari dalam Google, sumber sangatlah terhad. Jadi macam saya, tak ada panduan langsung nak tanya siapa *nangis tepi dinding*.

Cara memohon untuk pengajian peringkat master ni saya ada kongsikan dalam entri yang lama (sebelum ditimpa kemalangan dan terpaksa tunda daftar master *nangis lagi* di sini http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2015/12/postgraduate-studies-2016.html. So far alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan pihak graduate school sebab laju bab balas emel masa nak minta tunda sementer pengajian hehe.

So mari kita lihat step by step untuk hari pendaftaran.

Buat permohonan (c…

Temuduga Guru Sambilan MRSM

Image
Assalamualaikum.
Isnin lepas (1/8/2016) tiba-tiba saja dapat panggilan daripada pejabat Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis. Tanya tentang status sekarang sama ada dah kerja atau belum. Siap tanya course di universiti lagi. Then, 
"Kalau proceed untuk mengajar Bahasa Inggeris di MRSM boleh?"
Tengah blur macam tu terus iyakan saja. 
Kemudian Jumaat lepas (5/8/2016), pihak MRSM Beseri pun telefon minta datang ke temuduga untuk jawatan guru sambilan Bahasa Inggeris. Hah sudah, dah mula kalut siapkan sijil-sijil yang penting, resume dan adalah sikit-sikit Google tentang dasar pendidikan MARA, tentang MRSM semua.
Tiba hari kejadian.
Waktu dijadualkan temuduga pukul 10.30 pagi, tapi sebelum pukul 10 pagi dah sampai, masuk pejabat tanya dekat mana tempat temuduga, then terus ke bilik mesyuarat MRSM Beseri. Sampai saja dekat situ rupanya ada ramai lagi calon untuk guru sambilan untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bimbingan dan Kaunseling dan Kemahiran Hidup. Seti…