Posts

Showing posts from January, 2014

Aku Ada Wali

Assalamualaikum.

Amboi, tajuk! Ambil inspirasi dari novel tulisan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin yang dah diadaptasi menjadi drama di TV Alhijrah, setiap Selasa jam 10 malam. Seriously, masa tengok episod pertama pun dah rasa macam kena tampar berkali-kali. Skrip tulisan Ustazah Fatimah Syarha sendiri, memang penuh pengajaran walaupun banyak babak kelakar. Watak kegemaran semestinya Syumaila.

Annoying much dengan watak Naim dan Syakir. Mak ayah hantar pergi belajar dekat Korea, belajarlah elok-elok. Ini tak, mengurat anak dara orang. Oh, tak ketinggalan Zahira yang sanggup biar diri dipergunakan sebab dibutakan dengan cinta. Pendek kata, pelakon-pelakon memang dah buat yang terbaik demi menghayati watak masing-masing.

Tahniah semua!

Kalau saja Siti Saleha betul-betul gunakan watak Syumaila dan jadikan Syumaila itu diri dia. Bagi saya, Siti Saleha memang sesuai dengan watak Syumaila. Lembut, berprinsip dan tegas. Doakanlah, mana tahu one day  ada Syumaila yang betul wujud di alam re…

12 January 2014 - Bus Talk

Assalamualaikum.

Tamat saja kertas peperiksaan terakhir, saya kembali ke bilik untuk berkemas dan serahkan kembali kunci ke pejabat mahallah. Dari situ saya berkejar supaya tak ketinggalan bas. Tak lama menunggu, saya menaiki bas Metro 91 terus ke Pudu. Lebih kurang jam tujuh malam saya tiba di sana. Hasrat di hati hendak mengambil kad pengenalan yang dah siap di JPN UTC Kuala Lumpur namun apakan daya pejabat ditutup sehingga jam lapan malam. Saya menapak ke kaunter tiket bas, membeli tiket untuk pulang ke Kangar. Boleh pula kerani kaunter salah pilih trip ke Kuala Perlis jam 10.30 malam. Tak mengapalah, nasib baik satu jalan saja dan harga pun sama. Disebabkan kelaparan, saya terus ke Marrybrown.

Selesai menunaikan segala tanggungjawab, saya kembali ke JPN UTC di tingkat dua. Setengah jam menunggu sementara jam lapan, sempat membaca buku yang dipinjam daripada Najla, "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Jam lapan JPN dibuka, saya terus ambil angka giliran. Alhamdulill…

Jaulah Kuantan 2013

Assalamualaikum.

Penghujung 2013. Ada banyak dugaan menimpa bertalu-talu. Allah sahaja yang tahu macam mana peritnya nak berhadapan dengan setiap ujian itu. Tetapi alhamdulillah, Dia izinkan kaki ini melangkah jauh dari Kuala Lumpur, jauh dari perkara yang membuatkan air mata menitis. Allah sayang, sebab itu Dia bagi ujian. Lagi berat ujian, lagi Allah sayang, kan? *tengah memujuk diri sendiri*

Bermula dari hari pertama, 23 Disember 2013. Awal-awal pagi saya dah menyusup keluar dari bilik, naik bas Metro 91 ke LRT Bandaraya dan seterusnya ke Pudu Sentral dengan harapan tiket ke Kuantan masih ada. Alhamdulillah, sempat beli perjalanan ke Kuantan pada jam 9.30 pagi. Surprisingly, duit dalam dompet tinggal berbaki RM20. Nangis lagi seorang diri sementara menunggu bas. Tak apa, insha Allah ada rezeki lain yang Allah aturkan.

Lebih kurang jam 2.30 petang barulah saya selamat tiba di Terminal Sentral Kuantan. Bas yang dinaiki mengalami sedikit kerosakan di Genting Sempah, singgah workshop u…