Pos barang ke luar negara dengan Flexipack International

Assalamualaikum.

Saya tak pernah ada pengalaman mengepos barang ke luar negara. Sebelum ini cuma dalam Malaysia saja. Setakat pos laju ikan pekasam dari Perlis ke Sarawak itu dah lebih sekali buat. Bila nak hantar barang ke luar Malaysia, saya dah mula gelabah. Yalah, kos pos mesti mahal, kadangkala lebih mahal dari harga barang itu sendiri. Jadi, terima kasih kepada Pos Malaysia atas inisiatif memperkenalkan Flexipack International. Puas jugalah saya menggunakan khidmat Google untuk tahu lebih lanjut tentang Flexipack ini. Dia macam sampul prabayar pos yang bernilai RM6 itu, cumanya nama dia Flexipack untuk penghantaran ke luar negara. Memandangkan saya nak hantar hadiah untuk seorang kawan di Filipina dengan kos yang berpatutan, Flexipack merupakan perkhidmatan yang mudah dan berpatutan.
Pek Flexipack bersaiz M dengan harga RM19
Oh ya kawan-kawan, sebelum nak hantar barang itu rasanya lebih elok rujuk laman web Pos Malaysia untuk tahu zon Flexipack. Contoh macam saya nak pos ke Filipina, negara ini dalam zon 1, jadi minta sampul warna pink. Harga sampul bergantung pada saiz. Untuk saiz M, harganya RM19. Lepas masukkan barang, jangan lupa tulis segala maklumat di bahagian depan sampul. Tulis bagi terang, nanti tak sampai pula barang yang dihantar itu ke destinasi, membazir duit saja. Flexipack International juga memerlukan kita untuk isi custom declaration form untuk custom clearance. Berat dan harga setiap barang perlu ditulis (saya main agak-agak saja). Negara barang dikeluarkan pun diperlukan juga. Tulislah apa yang patut supaya barang anda selamat tiba dan tak ada masalah dengan kastam.

Dah habis isi, bawa sampul itu ke kaunter pejabat pos. Flexipack International ini by default tak ada tracking number ya? Nak 'adakan' tracking number tak ada masalah. Boleh gunakan perkhidmatan Pos Daftar dengan caj tambahan sebanyak RM4.60. Jadi nanti bolehlah track and trace barang yang dipos itu setiap hari. Tak nak guna Pos Daftar pun tak ada masalah. Kalau barang tak sampai, risiko itu tanggunglah sendiri ya.

Harap membantu anda yang tercari-cari cara nak pos barang ke luar negara.

Bersedia untuk 'terbang' ke Filipina!

Comments

  1. kos mmg murah ni. akak dulu hantar dokumen ke Canada, guna pos berdaftar saja tapi memang sampai dengan selamat dan ada tracking number lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kalau ada tracking number tu tahulah dah sampai mana barang yang dipos tu. Dengan kos yang murah ni makin senang nak pos barang ke luar negara.

      Delete
    2. brape ari msa utk sampai ke filipina sis??

      Delete
    3. Average is about one to two weeks, bergantung pada lokasi. Kalau pedalaman mungkin ambil masa lagi lama.

      Delete
    4. Sy nak suruh kawan sy import barang dari philiphin..tahu x cara nye macam mana

      Delete
    5. Mungkin kawan encik boleh rujuk syarikat pos di negara sana. Maaf tak tahu sangat.

      Delete
  2. Hi, can help me to purchase this flexipack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure. Just go to the nearest post office, bagitahu pekerja cakap nak beli Flexipack berdasarkan zon negara yang nak dihantar

      Delete
  3. Salam...saya kecewa dengan pos..bahaya guna bende ni..da banyak kes..saya pon penah hantar barang tapi barang hilang....huhu...pastu x bole claim sbb xde proof dan tracking number ..kalau x caya bole rujuk the star online sbb byk org complain kat situ huhu


    http://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2015/03/11/Flexipack-has-no-proof-of-posting-or-track-features/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Terima kasih atas info ini. Kalau nak tracking number boleh daftarkan parcel tu dengan Pos Daftar so boleh track and trace macam biasa di web Pos Malaysia. Alhamdulillah barang yg saya hantar selamat sampai ke tuannya.

      Pengguna ada banyak option untuk hantar barang/dokumen ke luar negara. Boleh guna Poslaju, EMS dan banyak lagi.

      Delete
  4. Boleh saya tau awak beli sampul ni kt pej pos mana? Byk pej pos saya tnya xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di pejabat pos UIA. Rasanya pejabat pos besar-besar baru ada sampul ni.

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Flexipack dengan EMS yg mana lebih murah termasuk pos daftar? Utk brg yg kurang drpd 500gm. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Maaf saya kurang pasti tentang EMS sebab tak pernah guna. Bagi saya Flexipack pun okey sebab pre-paid, sama mcm kita gunakan sampul prabayar yang RM6 tu. EMS yang saya tahu ada banyak option penghantaran - darat, udara, laut. Lagi cepat option penghantaran (udara), caj lebih dikenakan.

      Delete
  6. Salam saya nak tanya kalau nak pos brg to oversea pakai pos daftar je boleh ke? Kalau pakai flexi pack neh kena timbang ke x? Hope u can provide me the answer thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Boleh guna pos daftar, tak ada masalah. Setiap saix Flexipack ada limit berat. Macam saiz M ni setakat 500 gm je. Tak perlu timbang. Sama macam guna Poslaju prabayar.

      Delete
  7. Salam...semua kos penghantaran sebanyak Rm19 + Rm4.60 sje ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ya, RM19 utk sampul, RM4.60 utk Pos Daftar.

      Delete
  8. Salam , saya nak hantar barang baju ke korea agak agak berapa kena ? Flexipack tu dapat kat pos malaysia ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      Kalau beli Flexipack harga tetap dah mcm beli sampul Poslaju prabayar. Refer ke website Pos Malaysia untuk dptkan zon dan warna sampul Flexipack. Yg saya beli RM19 untuk saiz M. Ya boleh beli di pejabat pos.

      Delete
  9. nak hantar katalog ke ukraine. berat 4kg++. berapa agaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna perkhidmatan selain Flexipack kadar ikut berat. Tu saya tak pasti. Guna Flexipack boleh rujuk web pos.com.my untuk semak harga pek.

      Delete
    2. Tracking number tu boleh trace sehingga barang di hantar ke luar negara atau sampai hub KLIA je ?

      Delete
    3. nak tanya soalan yg sama, cam na track kat luar negara?

      Delete
    4. Aah saya menghadapi masalahvyang sama. Lepas dari KLIA, dah tak boleh track. Kenapa macam tu? Saya pos ke Spain. Dah 2 minggu tak sampai lagi ke penerima. Nak track pun, sampai KLIA saja. Risau betul.

      Delete
  10. Replies
    1. Boleh cuba guna Flexipack atau pun Poslaju antarabangsa.

      Delete
    2. Kalau nak tengok rate Flexipack boleh tengok kat website Pos Malaysia. Kalau Poslaju biasa harga ikut berat parcel.

      Delete
  11. Assalam. Flexipack harga tetap, jadi kalau contoh sy beli box L luar negara (1kg) RM 50, maksudnya hanya tu lah harganya? Tak perlu timbang dah? Hnya masukkan brg je dlm kotak?

    ReplyDelete
  12. gunakan viabox yang lebih murah dan efisien.
    percuma box snapshot
    percuma pembungkusan semula
    dan pelanggan boleh melihat gambar barangan mereka sebelum dipos

    ReplyDelete
  13. nk ty kalau kita nk hntar gajet mcm fhone or camera..cmne yer..boleh ke..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tak pasti. Maybe barang berharga tak digalakkan untuk dipos.

      Delete
  14. macam mana nak dftarkan track number yer?bukan nya automatik ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flexipack tak macam Poslaju tu dah siap ada tracking number. So kalau nak track & trace kena guna pos daftar. Tambah dalam RM3-4 je.

      Delete
  15. Salam.nk tanya.klu barang saya xmuat plsstik tu boleh guna plastik sendri ke?n guna pos daftar je?berat lebih kurang 1 kg.tapi gemuk.. untuk hantar ke UK.. saya 1st time nk hantr ke sana.tq sis

    ReplyDelete
  16. Salm.klu barang saya dlm 1kg untuk ke UK.. Xmuat plastik tu.boleh ke guna plastik lain
    . Dah hanya guna pos daftar sahaja?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh wrap parcel sendiri & pos guna Pos Daftar

      Delete
    2. Flexipack jg ke kalo wrap sendri

      Delete
    3. Flexipack wajib guna sampul yang dibeli

      Delete
  17. Sala. Utk track number..Lpas kita pos brg ,brpa lama akan update dlm sistem pos malaysia utk registered pos ke usa.

    ReplyDelete
  18. Memang flexipack lebih murah digunakan walaupun ia bukan benar2 sangat flexi. Tetapi bolehlah jimat dengan wang yg byk jika selalu kirim barang yg byk.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum saya nak tanye . Nak post handphone ke afrika macam mane ye ? Ape pendapat ? Boleh gune kan perkhidmatan ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Pos Malaysia tawarkan banyak servis untuk hantar ke luar negara. Ada banyak option. Yang lebih cepat tu lebih mahal. Tapi untuk pos barang berharga tu kurang pasti macam mana.

      Delete
  20. Assalam.....nk tnye.mse nk pos tu.pihak pos ad bgi scanned receipt tk?
    Sbb sy ad buat online business. So they want me snap scanned receipt

    ReplyDelete
  21. Flexipack harga tetap, jadi kalau contoh sy beli box L luar negara (1kg) RM 50, maksudnya hanya tu lah harganya? Tak perlu timbang dah? Hnya masukkan brg je dlm kotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak perlu timbang asalkan jangan lebih berat maksimum. Kalau lebih mungkin kena caj.

      Delete
  22. cam na nak track flexipack ke luar negara, kat http://poslaju.com.my/track-trace-v2/ cuma tunjuk 'Item dispatched out USA', tak tunjuk kalau parcel dah 'delivered' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parcel masih belum sampai tu agaknya :)

      Delete
    2. Sama dengan saya. Pos pada 3 Mac, 6 Mac 'Item dispatched out to Madrid', sehingga hari ini 19 Mac, penerima still tak dapat barang lagi. Risau lah.

      Delete
    3. Sila hubungi khidmat pelanggan Pos Malaysia utk ketahui status parcel. TQ.

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Sis, saya nak hantar barang ke Australia. Kos dia tu mmg RM40 ke mcm kawan saya ckp or lebih murah jika guna flexipack international?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada berat item. Paling ringan RM8, sampailah ke berat maksimum iaitu 2 kilogram RM78. Boleh rujuk laman web Pos Malaysia ya

      Delete
  25. Kalau sy nk post barang ke singapura patut guna pack warna apa sis?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum

    Saya mula-mula berminat nak guna flexipack tapi lepas tahu berat maksimum 2kg je saya jadi was-was. Dekat mana saya boleh dapat guideline (tentang size kotak, weight limit) kalau saya nak wrap parcel sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Boleh semak di http://www.pos.com.my/postal-courier-services/flexipack/?flexipack-international

      Delete
  27. Hai assalam. Tahu tak maklumat tentang tempoh masa yg diambil utk barang sampai ke negara2 lain? Macam jadual ke apa ke. Cuba cari kat google tak jumpa. Or ikut pengalaman awak sebelum2 ni, berapa lama masa yg flexpack ambil utk sampai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sebelum ni hantar ke Filipina pun ambil masa hampir sebulan juga.

      Delete
  28. brg post ke brunei tak sampai...siap kena buat repot..dlm tracking dah dispatch out ke brunei..tapi bila cek kat brunei tak der...sape pernah jd mcm ni..skrg status tak tahu sama ada brg hilang atau mcmner...tracking no tak dpt dikesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena laporkan kepada pihak Pos Malaysia sendiri.

      Delete
  29. hi..i nak tau hp boleh htr flexipack tak?? nak htr ke brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak digalakkan untuk pos barang berharga

      Delete

Post a Comment

***FOR QUESTIONS THAT NEED QUICK RESPOND, PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***

Popular posts from this blog

Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) di Klinik Kesihatan Kerajaan

UIA-Asasi Bahasa Inggeris