Posts

Showing posts from August, 2014

After Four Years - Asputra09 Summer Camp 2014

Image
Assalamualaikum.

Bila dikenang-kenang semula, zaman persekolahan memang sangat indah. Di situ saya mula kenal hidup berdikari, kawan dan lawan. Indah sungguh memori. Sedar tak sedar, dah hampir empat tahun tak kembali jalani hidup sebagai budak asrama. Kenangan di asrama terutamanya hanya boleh difahami oleh mereka yang tinggal di situ.

Alhamdulillah, kami satu batch berjaya adakan program seperti yang tercatat pada tajuk entri kali ini yakni pada 16 dan 17 Ogos yang lalu. Idea yang timbul sekitar bulan April ini akhirnya dapat juga direalisasikan biarpun banyak halangan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Allah mudahkan semuanya sejak dari mula sampailah tamat program.

Tuntasnya, program kami mengetengahkan pengisian untuk persediaan adik-adik tingkatan empat untuk menjalani kehidupan selepas SPM. Biasalah, masa kami dulu tak ada langsung senior atas nak berkongsi. Dapat apa saja semuanya reda belaka. Padahal sebenarnya banyak perkara yang kami tak tahu. Contohnya apa kelebihan …