Posts

Showing posts from September, 2014

Al-Fatihah Untuk Abah (14/4/1964-10/9/2014)

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin memaklumkan kepada para pembaca semua yang abah kesayangan saya iaitu Encik Zulkepli bin Hassan telah kembali ke rahmatullah pada 10 September yang lalu akibat penyakit jangkitan kuman di paru-paru atau bahasa saintifiknya severe sepsis secondary pneumonia. Mohon sama-sama dapat sedekahkan doa dan al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan bersama dengan golongan solehin dan ahli syurga. Amin.

Hampir seminggu berlalu barulah saya punya kekuatan untuk mencoret tulisan ini. Buat anda yang masih mempunyai kedua-dua ibu dan ayah, hargailah mereka sepenuhnya sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
​ 9/9/2014. 

Hari itu saya seperti manusia biasa di kampus. Bangun pagi, ke kelas, balik kelas dan rehat. Sebelah malamnya jadi tutor persendirian untuk subjek Bahasa Inggeris UPSR sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada mak sekitar jam sembilan malam yang memaklumkan abah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Pada mulanya saya ang…