Posts

Showing posts from 2014

Colors of Dakwah 2014

Assalamualaikum.

Catatan saya sewaktu menghadiri forum Colors of Dakwah sempena majlis penutup Dakwah Carnival anjuran Ma'ruf Club UIAM Gombak. Moga bermanfaat kepada semua.

Panelis: Dai’ Izzhar Nazri, IM Fakhrul & Aiman Azlan
Moderator: Nizamuddin Mohd Arif (Exco Spiritual & Islamization SRC 14/15)
- Tuhan tak ciptakan manusia itu bodoh – setiap manusia ada kelebihan masing-masing - Dakwah – kapal yang besar (setiap orang dalam kapal ada tugas masing-masing – memasak, mengemudi kapal, kawal keselamatan), sekecil-kecil peranan tetap penting (contoh: tukang masak kalau tak ada, tak makanlah satu kapal) - Ada orang banyak ilmu, tak tahu macam mana nak sampaikan ilmu, dan ada orang yang tahu bagaimana nak sampaikan cuma kurang ilmu – guna kelebihan yang ada untuk sebarkan dakwah (contoh: pegawai bank ada caranya, tukang masak ada cara lain)
Keberkesanan dakwah di media sosial 1) Satu dunia dapat akses terhadap mesej yang kita sampaikan – tak ada keterbatasan 2) Boleh jadi ber…

Seminar Mahligai Cinta 1.0 2014

Image
Assalamualaikum. 
8 November yang lalu (dah hampir sebulan baru tahu nak kemaskini blog, mohon jangan marah tuannya atas kesibukan menguruskan rumah tangga), saya berkesempatan mengikuti Seminar Mahligai Cinta anjuran KUISCELL yang diadakan di Dewan Utama EPF Learning Center, Bangi. Saya dah berjanji dengan diri sendiri untuk berkongsi input berharga sepanjang seharian berseminar sejurus selepas balik ke UIA semula namun apakan daya saya terlalu sibuk uruskan...okay let's cut the crap and shall we start now?
SLOT 1: Mencari Adam dan Hawa Panelis: Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria & Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang Moderator: Fahrin Ahmad (ternyata FA lebih kacak di alam realiti, kah!)
- Malu berdoa kepada Allah walaupun kita akui kekuasaan Allah - tak berani berdoa, contoh, "Ya Allah, aku nak suami yang soleh, yang baik, biarlah dia tak kaya pun..." padahal sebenarnya tuan punya badan berhajat nak yang kaya maka doa sajalah nak yang kaya. Makbul atau tak, itu urusan A…

Padanya Ada Hikmah

Assalamualaikum.
Hari ini. 10 Oktober 2014.
Bererti dah sebulan abah tinggalkan kami sekeluarga. Perit dan hiba tak usah saya gambarkan bagaimana, lebih-lebih lagi ini kali pertama berhari raya haji tanpa abah. Rasa aneh. Kalau dulu masa abah masih ada, rumah mesti riuh sebab abah memang suka menyakat dan bergurau dengan adik-beradiknya yang datang ke rumah setiap kali raya. Bila abah dah tak ada, sunyi sungguh rasanya.

Pemergian mengejut abah sememangnya bukan suatu perkara yang mudah untuk saya dan keluarga terima. Namun, yang pergi tetap akan pergi. Pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan yang kadang kala kita tak pernah mengetahui apa sebab dan tujuan diberikan kepada kita ujian sebegini.
M.A.T.I
Satu perkataan, empat aksara. Hakikat yang manusia sendiri tak boleh lari jauh darinya. Makin kita angkat kaki, mati tetap akan datang menghampiri. Boleh jadi hari ini sihat walafiat, esok lusa siapa tahu? Bukan perlu tunggu esok, sekejap lagi selepas siarkan entri ini pun boleh mati.…

Al-Fatihah Untuk Abah (14/4/1964-10/9/2014)

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin memaklumkan kepada para pembaca semua yang abah kesayangan saya iaitu Encik Zulkepli bin Hassan telah kembali ke rahmatullah pada 10 September yang lalu akibat penyakit jangkitan kuman di paru-paru atau bahasa saintifiknya severe sepsis secondary pneumonia. Mohon sama-sama dapat sedekahkan doa dan al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan bersama dengan golongan solehin dan ahli syurga. Amin.

Hampir seminggu berlalu barulah saya punya kekuatan untuk mencoret tulisan ini. Buat anda yang masih mempunyai kedua-dua ibu dan ayah, hargailah mereka sepenuhnya sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
​ 9/9/2014. 

Hari itu saya seperti manusia biasa di kampus. Bangun pagi, ke kelas, balik kelas dan rehat. Sebelah malamnya jadi tutor persendirian untuk subjek Bahasa Inggeris UPSR sehinggalah saya menerima panggilan telefon daripada mak sekitar jam sembilan malam yang memaklumkan abah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Pada mulanya saya ang…

After Four Years - Asputra09 Summer Camp 2014

Image
Assalamualaikum.

Bila dikenang-kenang semula, zaman persekolahan memang sangat indah. Di situ saya mula kenal hidup berdikari, kawan dan lawan. Indah sungguh memori. Sedar tak sedar, dah hampir empat tahun tak kembali jalani hidup sebagai budak asrama. Kenangan di asrama terutamanya hanya boleh difahami oleh mereka yang tinggal di situ.

Alhamdulillah, kami satu batch berjaya adakan program seperti yang tercatat pada tajuk entri kali ini yakni pada 16 dan 17 Ogos yang lalu. Idea yang timbul sekitar bulan April ini akhirnya dapat juga direalisasikan biarpun banyak halangan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Allah mudahkan semuanya sejak dari mula sampailah tamat program.

Tuntasnya, program kami mengetengahkan pengisian untuk persediaan adik-adik tingkatan empat untuk menjalani kehidupan selepas SPM. Biasalah, masa kami dulu tak ada langsung senior atas nak berkongsi. Dapat apa saja semuanya reda belaka. Padahal sebenarnya banyak perkara yang kami tak tahu. Contohnya apa kelebihan …

Aku, Ramadan, FIFA World Cup 2014 dan Gaza

Assalamualaikum.

Jika ditanya apakah persamaan yang muncul antara Piala Dunia yang sedang hangat berlangsung dan tragedi berdarah di Gaza, akan saya katakan bahawa kedua-dua berlangsung pada masa yang sama yakni sewaktu umat Islam seantero dunia sedang menjalani ibadah puasa. Piala Dunia FIFA 2014 bakal berakhir awal pagi 14 Julai ini, sedangkan bagaimana pula dengan penderitaan rakyat Palestin? Adakah sama berakhirnya seperti Piala Dunia FIFA 2014 iaitu dengan sebuah kemenangan? Jika Piala Dunia menyaksikan pertarungan antara negara Jerman dan Argentina, isu Palestin pula memperjuangkan hak rakyatnya yang berjuang demi mempertahankan tanah air dari rejim Zionis yang kejam.
Pada saat kita diulit kemewahan dan kesenangan dalam menjalani ibadah puasa dengan juadah yang serba lazat dan kemudahan untuk bersolat tarawih di masjid serba berhawa dingin, jangan pernah dilupakan saudara seislam di Palestin. Hati kecil ini sungguh tersentuh setiap kali melayari laman sosial di mana saya dapat …

Unfulfilled

Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Ada di antara kita dulu sewaktu masih kecil memasang angan-angan. Ya, terlalu banyak angan-angan. Salah satu angan-angan yang dirasakan terlalu biasa ialah cita-cita. Kalau dulu, cita-cita sebagai doktor paling popular. Diikuti dengan guru, peguam dan sebagainya. Masuk sahaja ke sekolah menengah, semuanya dah beralih arah. Mana tidaknya, jurusan yang diambil pun menyimpang jauh dengan cita-cita asal.
Saya merupakan salah seorang daripada pencita-cita tak kesampaian. 
Bermula dengan nak menjadi seorang doktor, cikgu, peguam dan kemudian akauntan. Namun cita-cita dan impian berubah sejak saya mengikuti kelas sains teknikal di tingkatan empat. Nampak jauh beza kan? Dalam kelas sains teknikal, subjek elektif yang wajib diambil ialah Lukisan Kejuruteraan, Fizik dan Kimia. Dari situ saya mula kembangkan minat ke arah perkara berbentuk teknikal dan cita-cita saya yang terbaru pada waktu tersebut ialah sama ada seorang arkitek ataupun jurut…

Terima Kasih

Image
Catatan ini ditulis untuk luah kecewa dengan diri sendiri *lap air mata, teruskan perjuangan*

Abah.
1. Terima kasih sebab dari kecil jagakan Along dan adik-adik. 2. Terima kasih sebab tiap-tiap bulan masukkan duit dalam akaun bank Along. 3. Terima kasih sebab bayarkan bil broadband Along tiap-tiap bulan. 4. Terima kasih sebab hantar dan ambil Along dari stesen bas setiap kali Along balik kampung masa cuti semester. 5. Terima kasih sebab belikan semua makanan yang Along nak kalau Along tengah mengidam masa balik kampung. 6. Terima kasih sebab pernah ajar Along masa darjah lima dan enam. 7. Terima kasih sebab masa Along nak balik dari Nilai dulu abah susah payah bawakan luggage Along yang berat gila hanya naik bas sahaja. 8. Terima kasih sebab sediakan tempat berteduh untuk kami sekeluarga. 9. Terima kasih sebab selalu pandu kereta ke tempat yang Along nak pergi.
Etc etc etc.
Mak.
1. Terima kasih sebab dah bersabung nyawa beranakkan Along sampai kena tambah air 22 tahun dulu. 2. Terima …

Aku Ingin Cepat Dewasa

Assalamualaikum.

Dah umur 22 tahun rupa-rupanya diri ini. Nak kata dah cukup dewasa, tak juga. Terasa macam budak-budak lagi sebenarnya. Masih banyak benda kena belajar dari sekeliling. Walaupun secara tak rasmi usia dah menjangkau 22 tahun, masih rasa diri tak dewasa-dewasa lagi. Lebih perit bila mengenangkan usia abah dan mak makin meningkat. Tahun ini abah dah 50 tahun, mak will be turning to 49 this August. 

Cepat sungguh masa berlalu!

Hakikatnya abah dan mak masing-masing dah tua. Kudrat tak segagah dulu. Masa cuti semester lepas, abah asyik batuk tak henti-henti lepas balik umrah. Risau juga. Masa itu baru sedar yang usia abah dah meningkat, sedangkan diri ini masih terasa tak cukup dewasa lagi.

Cepatlah masa berlalu!

Nak cepat-cepat habis belajar then dapatkan kerja yang bagus-bagus. Kumpul duit, masa untuk balas jasa abah dan mak. Bila lagi nak bagi mereka rasa usaha dan kesungguhan anak mereka ini kalau bukan nanti? Kalau boleh, nak bagi abah dan mak merasa duduk rumah kepuny…

Qadr - Ketentuan Itu Pasti

Image
Assalamualaikum.

Beriman dengan qada' dan qadr merupakan rukun iman yang keenam yang dipercayai oleh semua orang mukmin. Begitu juga dengan apa yang ingin dipaparkan dalam filem bertajuk Qadr arahan pengarah terkenal iaitu Faisal Ishak (pengarah filem Juvana).

Berkesempatan untuk menonton Qadr pada cuti semester yang lalu, ingin saya katakan bahawa filem ini telah menyentuh jiwa saya dengan jalan ceritanya yang sarat dengan mesej. Bagi saya, Qadr tidak bersandarkan atas nama filem Islamik untuk mendekati penonton, sebaliknya penonton sendiri yang menilai setiap nilai yang disampaikan dalam filem tersebut.

Pada mulanya saya enggan menonton filem ini memandangkan ianya berkisar tentang kemalangan ngeri sebuah bas yang meragut nyawa ramai penumpangnya. Yalah, dah berulang-alik dari KL ke Perlis setiap cuti semester dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres sudah tentu meninggalkan impak yang besar sekiranya saya teruskan hasrat untuk menonton filem Qadr. Namun disebabkan perasaan i…

Aku Ada Wali

Assalamualaikum.

Amboi, tajuk! Ambil inspirasi dari novel tulisan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin yang dah diadaptasi menjadi drama di TV Alhijrah, setiap Selasa jam 10 malam. Seriously, masa tengok episod pertama pun dah rasa macam kena tampar berkali-kali. Skrip tulisan Ustazah Fatimah Syarha sendiri, memang penuh pengajaran walaupun banyak babak kelakar. Watak kegemaran semestinya Syumaila.

Annoying much dengan watak Naim dan Syakir. Mak ayah hantar pergi belajar dekat Korea, belajarlah elok-elok. Ini tak, mengurat anak dara orang. Oh, tak ketinggalan Zahira yang sanggup biar diri dipergunakan sebab dibutakan dengan cinta. Pendek kata, pelakon-pelakon memang dah buat yang terbaik demi menghayati watak masing-masing.

Tahniah semua!

Kalau saja Siti Saleha betul-betul gunakan watak Syumaila dan jadikan Syumaila itu diri dia. Bagi saya, Siti Saleha memang sesuai dengan watak Syumaila. Lembut, berprinsip dan tegas. Doakanlah, mana tahu one day  ada Syumaila yang betul wujud di alam re…

12 January 2014 - Bus Talk

Assalamualaikum.

Tamat saja kertas peperiksaan terakhir, saya kembali ke bilik untuk berkemas dan serahkan kembali kunci ke pejabat mahallah. Dari situ saya berkejar supaya tak ketinggalan bas. Tak lama menunggu, saya menaiki bas Metro 91 terus ke Pudu. Lebih kurang jam tujuh malam saya tiba di sana. Hasrat di hati hendak mengambil kad pengenalan yang dah siap di JPN UTC Kuala Lumpur namun apakan daya pejabat ditutup sehingga jam lapan malam. Saya menapak ke kaunter tiket bas, membeli tiket untuk pulang ke Kangar. Boleh pula kerani kaunter salah pilih trip ke Kuala Perlis jam 10.30 malam. Tak mengapalah, nasib baik satu jalan saja dan harga pun sama. Disebabkan kelaparan, saya terus ke Marrybrown.

Selesai menunaikan segala tanggungjawab, saya kembali ke JPN UTC di tingkat dua. Setengah jam menunggu sementara jam lapan, sempat membaca buku yang dipinjam daripada Najla, "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Jam lapan JPN dibuka, saya terus ambil angka giliran. Alhamdulill…

Jaulah Kuantan 2013

Assalamualaikum.

Penghujung 2013. Ada banyak dugaan menimpa bertalu-talu. Allah sahaja yang tahu macam mana peritnya nak berhadapan dengan setiap ujian itu. Tetapi alhamdulillah, Dia izinkan kaki ini melangkah jauh dari Kuala Lumpur, jauh dari perkara yang membuatkan air mata menitis. Allah sayang, sebab itu Dia bagi ujian. Lagi berat ujian, lagi Allah sayang, kan? *tengah memujuk diri sendiri*

Bermula dari hari pertama, 23 Disember 2013. Awal-awal pagi saya dah menyusup keluar dari bilik, naik bas Metro 91 ke LRT Bandaraya dan seterusnya ke Pudu Sentral dengan harapan tiket ke Kuantan masih ada. Alhamdulillah, sempat beli perjalanan ke Kuantan pada jam 9.30 pagi. Surprisingly, duit dalam dompet tinggal berbaki RM20. Nangis lagi seorang diri sementara menunggu bas. Tak apa, insha Allah ada rezeki lain yang Allah aturkan.

Lebih kurang jam 2.30 petang barulah saya selamat tiba di Terminal Sentral Kuantan. Bas yang dinaiki mengalami sedikit kerosakan di Genting Sempah, singgah workshop u…