Posts

Showing posts from May, 2015

Pos barang ke luar negara dengan Flexipack International

Image
Assalamualaikum.
Saya tak pernah ada pengalaman mengepos barang ke luar negara. Sebelum ini cuma dalam Malaysia saja. Setakat pos laju ikan pekasam dari Perlis ke Sarawak itu dah lebih sekali buat. Bila nak hantar barang ke luar Malaysia, saya dah mula gelabah. Yalah, kos pos mesti mahal, kadangkala lebih mahal dari harga barang itu sendiri. Jadi, terima kasih kepada Pos Malaysia atas inisiatif memperkenalkan Flexipack International. Puas jugalah saya menggunakan khidmat Google untuk tahu lebih lanjut tentang Flexipack ini. Dia macam sampul prabayar pos yang bernilai RM6 itu, cumanya nama dia Flexipack untuk penghantaran ke luar negara. Memandangkan saya nak hantar hadiah untuk seorang kawan di Filipina dengan kos yang berpatutan, Flexipack merupakan perkhidmatan yang mudah dan berpatutan. Oh ya kawan-kawan, sebelum nak hantar barang itu rasanya lebih elok rujuk laman web Pos Malaysia untuk tahu zon Flexipack. Contoh macam saya nak pos ke Filipina, negara ini dalam zon 1, jadi minta …

Chilling at Chiling

Image
Assalamualaikum.
Entri basi setelah lama diperam akibat kesibukan seorang pelajar tahun akhir. Nak ceritanya bulan April lepas seberapa orang rakan rapat SMSTSP merancang untuk berpiknik di air terjun. Rancang punya rancang, akhirnya kami bersepakat untuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam and I tell you subhanallah pemandangan sepanjang jalan sangatlah cantik!
Kami bertolak seawal jam sembilan pagi lebih. Tolak tambah dengan masa ke stesen minyak dan sebagainya, kami sampai di tempat kejadian sekitar jam sepuluh. Dah nama pun hujung minggu, punyalah ramai orang! Siap berbas lagi.
For your information, untuk masuk merentasi jambatan sungai menuju ke air terjun utama pengunjung perlu membayar bayaran masuk sebanyak RM1 setiap orang. Dan bayaran RM3 juga dikenakan pada setiap item makanan yang nak dibawa masuk merentas jambatan Lintasan 1. Tak ke mencekik darah? Relaks, relaks. Bayaran tersebut akan dike…

Review: The Kite Runner (novel)

Image
Assalamualaikum.
Lama sungguh tak kemaskini blog! Saja nak beritahu yang lecture week saya dah berakhir jadi sekarang dah masuk study week dan kemudiannya final exam! Cepat sungguh masa berlalu.
Entri kali ini saya nak kongsikan review saya berkenaan dengan sebuah novel yang sangat dekat dengan hati saya bermula dari awal semester ini sejak saya mula-mula membelinya. The Kite Runner, begitulah tajuk yang diberikan oleh penulis, Khaled Hosseini. Berlatar belakangkan kehidupan di Afghanistan selama tiga era pemerintahan. To be honest, mula-mula saya pandang sebelah mata saja. Ini pun beli sebab diwajibkan untuk baca gara-gara kelas World Literature in English. Dan ini novel pertama yang saya beli dan baca dari kalangan lima buah novel yang diwajibkan untuk beli.
Why bother to review this book?
Jawapan saya, sebab saya nak suruh anda semua turut selami kisah perit, suka dan duka dalam The Kite Runner. Serius, inilah novel pertama dalam hidup saya yang berjaya buat saya tak boleh move on