Posts

Showing posts from March, 2014

Aku Ingin Cepat Dewasa

Assalamualaikum.

Dah umur 22 tahun rupa-rupanya diri ini. Nak kata dah cukup dewasa, tak juga. Terasa macam budak-budak lagi sebenarnya. Masih banyak benda kena belajar dari sekeliling. Walaupun secara tak rasmi usia dah menjangkau 22 tahun, masih rasa diri tak dewasa-dewasa lagi. Lebih perit bila mengenangkan usia abah dan mak makin meningkat. Tahun ini abah dah 50 tahun, mak will be turning to 49 this August. 

Cepat sungguh masa berlalu!

Hakikatnya abah dan mak masing-masing dah tua. Kudrat tak segagah dulu. Masa cuti semester lepas, abah asyik batuk tak henti-henti lepas balik umrah. Risau juga. Masa itu baru sedar yang usia abah dah meningkat, sedangkan diri ini masih terasa tak cukup dewasa lagi.

Cepatlah masa berlalu!

Nak cepat-cepat habis belajar then dapatkan kerja yang bagus-bagus. Kumpul duit, masa untuk balas jasa abah dan mak. Bila lagi nak bagi mereka rasa usaha dan kesungguhan anak mereka ini kalau bukan nanti? Kalau boleh, nak bagi abah dan mak merasa duduk rumah kepuny…