Posts

Showing posts from February, 2014

Qadr - Ketentuan Itu Pasti

Image
Assalamualaikum.

Beriman dengan qada' dan qadr merupakan rukun iman yang keenam yang dipercayai oleh semua orang mukmin. Begitu juga dengan apa yang ingin dipaparkan dalam filem bertajuk Qadr arahan pengarah terkenal iaitu Faisal Ishak (pengarah filem Juvana).

Berkesempatan untuk menonton Qadr pada cuti semester yang lalu, ingin saya katakan bahawa filem ini telah menyentuh jiwa saya dengan jalan ceritanya yang sarat dengan mesej. Bagi saya, Qadr tidak bersandarkan atas nama filem Islamik untuk mendekati penonton, sebaliknya penonton sendiri yang menilai setiap nilai yang disampaikan dalam filem tersebut.

Pada mulanya saya enggan menonton filem ini memandangkan ianya berkisar tentang kemalangan ngeri sebuah bas yang meragut nyawa ramai penumpangnya. Yalah, dah berulang-alik dari KL ke Perlis setiap cuti semester dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres sudah tentu meninggalkan impak yang besar sekiranya saya teruskan hasrat untuk menonton filem Qadr. Namun disebabkan perasaan i…