Posts

Showing posts from November, 2013

"Now I am a student, then..?"

Assalamualaikum.
Belakangan ini seakan tiada masa hendak menguruskan diri sendiri. Bilik terkadang dibiarkan bersepah-sepah, baju tidak berlipat, dan ada sesetengahnya dibiarkan tidak berbasuh. Hanya dengan beralasan,
"Alah, tak ada masa nak buat semua benda. Assignment banyak, kena pergi meeting program lagi.."
Natijahnya, blog kesayangan dibiarkan usang tidak berpenghuni. Mungkin kalau ada sesiapa hendak buat penggambaran filem hantu boleh cuba negotiate dengan saya?
Alhamdulillah 'ala kulli hal, dalam kesibukan hidup sebagai mahasiswe (bak kata Ustaz Nazmi dalam program Mega Usrah Muzikal semalam), sedar tidak sedar kami, mahasiswa di UIAM ini bakal menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Semester satu masih berbaki sebulan sebelum bermulanya minggu ulangkaji. Kehilangan saya selama ini pun sebenarnya hanya kerana sibuk berassignment, usrah, menjadi committee program, berpilihan raya kampus dan banyak lagi. Dalam hendak menuju ke penghujung semester pun…