Posts

Showing posts from January, 2016

Ceritera Langkawi 2016 (Bahagian 2)

Image
Assalamualaikum.

Okey, kita sambung kisah percutian saya di Langkawi dari entri saya sebelum ini.

Ahad, 17 Januari 2016.

Pagi-pagi lagi lepas makan alas perut di bilik kita orang berkemas-kemas untuk balik. Tapi tak balik lagilah, hari masih muda. Asalnya nak pergi Dataran Lang untuk ambil gambar sebab cuaca masih redup dan tak panas tapi memikirkan minyak kereta sewa yang masih banyak, last minute decide untuk pusing-pusing pulau. So kita orang buat keputusan untuk ke Tanjung Rhu sebab nak sangat tengok pantai dan nak habiskan minyak. Tak jauh pun nak ke Tanjung Rhu. Bertolak pukul 8.30 pagi, sebelum pukul 9 dah sampai. Langsung tak guna apps Waze atau Google Maps sebab tak risau sesat. Gamak nak sesat, dalam pulau juga. Balik-balik akan jumpa signboard ke pekan Kuah. Lepas itu jalan pun dalam kampung saja, tak banyak kereta.

So here's some pictures at Tanjung Rhu.


Lepas balik dari Tanjung Rhu kita orang saja-saja lalu ikut airport Langkawi sebab nak luakkan minyak, haha. Tak ada k…

Ceritera Langkawi 2016 (Bahagian 1)

Image
Assalamualaikum.

Akhirnya setelah lama memerap dekat rumah dapat juga bercuti dengan keluarga tercinta. Rancang last minute punya. Hari Jumaat buat keputusan, Sabtu terus pergi. Kadang-kadang, perancangan dalam keadaan kalut-malut macam ini baru menjadi. Kebetulan Angah pun baru balik dari KL untuk cuti semester, dan-dan pujuk mak selaku sponsor utama.

First thing first, apa yang saya buat ialah tempah hotel. Haruslah, buatnya tak ada tempat nak bermalam, kau nak ke tidur jeti? Haha. Kali ini agak memeningkan nak pilih hotel yang okey, sebab tengok review untuk hotel-hotel yang bawah RM100 semalam semuanya kurang memberangsangkan. Yalah, agak-agak nak yang selesa ambillah resort tepi pantai dengan harga RM500 semalam. Memang taklah, melainkan ada orang sponsor. Haha. Dah cari di Booking.com asalnya, lepas itu saja-saja cari di Trivago pula untuk pilihan hotel yang lain. Bila dah jumpa, ada masalah nak bayar pula. Dua kad debit kena tolak maka kembali ke Booking.com dan tempah hotel yan…

Beli Belah di 11 Street

Image
Assalamualaikum.
Selamat tahun baru 2016 semua! Dan rasanya walaupun dah terlambat tapi saya masih nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 1437H kepada semua muslimin dan muslimat.
Alkisahnya minggu lepas nak beli headphone. Mula-mula saya skrol di Instagram, saja-saja nak semak harga pasaran dan juga jenis-jenis headphone yang ada. Memang banyak. Letak saja hashtag #headphonemurahmalaysia and so on, berketul-ketul gambar headphone keluar. Beats by Dr. Dre, Sony, dan macam-macam jenama lagi yang saya tak pernah dengar. Harga pun pelbagai. Ada yang murah bawah RM50 dan mahal sampai beratus. Tak naklah beli mahal-mahal. Saya bukan kaki game atau terlalu pentingkan kualiti sangat. Asal ada, rembat. Lagipun sekadar nak melalak dalam aplikasi Smule saja pun.
Ops.
Saya berkenan dengan Beat Monster by Dr. Dre, harganya RM65 termasuk kos penghantaran. Tapi lepas hubungi nombor telefon penjual, lambat pula dapat respon. Dengan sikap tak sabar dan malas menunggu, saya saja-saja tengok koleksi headpho…