Saturday, January 9, 2016

Beli Belah di 11 Street

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2016 semua! Dan rasanya walaupun dah terlambat tapi saya masih nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 1437H kepada semua muslimin dan muslimat.

Alkisahnya minggu lepas nak beli headphone. Mula-mula saya skrol di Instagram, saja-saja nak semak harga pasaran dan juga jenis-jenis headphone yang ada. Memang banyak. Letak saja hashtag #headphonemurahmalaysia and so on, berketul-ketul gambar headphone keluar. Beats by Dr. Dre, Sony, dan macam-macam jenama lagi yang saya tak pernah dengar. Harga pun pelbagai. Ada yang murah bawah RM50 dan mahal sampai beratus. Tak naklah beli mahal-mahal. Saya bukan kaki game atau terlalu pentingkan kualiti sangat. Asal ada, rembat. Lagipun sekadar nak melalak dalam aplikasi Smule saja pun.

Ops.

Saya berkenan dengan Beat Monster by Dr. Dre, harganya RM65 termasuk kos penghantaran. Tapi lepas hubungi nombor telefon penjual, lambat pula dapat respon. Dengan sikap tak sabar dan malas menunggu, saya saja-saja tengok koleksi headphone di Lazada. Tak ada yang berkenan di hati langsung. Mahal pula bila difikirkan. Nak beli yang murah sangat, takut nanti minggu depan dah rabak. Bajet pun sekadar dalam lingkungan RM50-60 saja. Jadinya biarlah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kaitan?

Entah macam mana tiba-tiba dapat ilham nak buka 11 Street. Laman web ini sama macam Lazada juga, jual pelbagai perkakas elektronik, rumah, gajet dan lain-lain. Saja nak mencuba-cuba sampai tak sengaja men'sign up'kan diri di 11 Street.



Berita gembiranya, terus dapat kupon diskaun RM10. Siapa tak bahagia? Lepas itu terus cari headphone. Masya-Allah banyak betul jenis headphone! Dari yang beringgit-ringgit sampai beratus semua ada. Pelbagai jenama. Cari punya cari, jumpa yang berkenan di hati. Memandangkan tengah tahun baru jadi 11 Street bagi diskaun kaw-kaw punya. Harga asal headphone yang saya nak RM120 tapi lepas diskaun tinggal RM59 saja, lepas itu dah guna kupon diskaun cari saya cuma bayar RM49. Yang penting, servis penghantaran adalah PERCUMA. Tapi tak semua seller tawarkan free postage. Jadi masa tengah nak cari itu bolehlah letak di search filter yang anda nak free postage. Alah, kalau pos pun RM6 saja untuk Semenanjung Malaysia.

Saya pilih cara pembayaran melalui kad kredit/debit. Malas nak login internet banking bagai. Cuma masukkan nombor kad, kod CVC, tarikh luput kad bagai. Lepas itu bank akan hantar kod khas ke nombor telefon kita. Dah siap bayar, 11 Street akan hantar emel untuk mengesahkan pembayaran. Bukan setakat emel, SMS pun dia hantar. Bagus sungguh. Keesokan harinya dapat lagi emel dan SMS yang memaklumkan kita barang yang dipesan itu dah dihantar melalui Poslaju.



Ini yang saya suka berurusan dengan laman web seperti Lazada, 11 Street dan Zalora. Pantas dan cekap. Tak macam beli terus daripada orang. Nak kena tunggu reply Whatsapplah, tak dapat pos cepatlah, apalah. Eh, termembebel pula.  

Selain order headphone, saya juga membeli produk jus delima Pamoga keluaran Vida Beauty untuk mak menerusi 11 Street juga. Cuma untuk pembelian kali ini disertakan sekali dengan caj penghantaran sebanyak RM12. Mahal sikitlah sebab berat botol Pamoga ini. Servisnya sangat cekap dan pantas, dah pun sampai barangnya. 




Lepas kau orang dah terima barang yang dipesan, buka balik profil 11 Street dan pergi ke "view orders/shipping", tengok dekat bahagian order anda dan klik pada "confirm purchase". Ini kiranya kita nak maklumkan kepada penjual yang kita dah pun terima barang yang dipesan. Boleh sertakan sekali komen untuk penjual kalau ada yang tak berpuas hati dan sebagainya.

Terima kasih 11 Street dan tak lupa abang Poslaju yang sudi ambil dan hantar parcel sampai depan pintu rumah. 

32 comments:

  1. New sign up 11street member boleh download coupon diskaun untuk mobile application, less 50% discount. Sekarang ni banyak jugak kupon diskaun. Memang untung beli di 11street ni. Saya dan family suka beli di 11street. Sekarang ni fokus beli barang keperluan baby. Hampir 50% beli di 11street antaranya baju baby Fiffy, Anakku, Mothercare, diapers baby newborn dan S, bottle storage etc. Dapat jimat beli di 11street.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi 1 dia ade installment kan? boleh percaya tak installment dia tu? nk beli breastpump. tp bersalin lama lagi.

      Delete
    2. Tak pasti sebab tak pernah bayar installment. Mungkin konsepnya lepas habis bayar baru seller akan poskan.

      Delete
  2. hey dear i dropped by here sekejap as i am looking for some review from customer of 11 streets and i would like to aks u some question. what if i do payment through bank in cash deposit ?? is it available ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      These are methods of payment available:

      1. Credit Card / Debit Card
      2. Online Banking
      3. ATM/Bank Transfer
      4. Celcom Aircash
      5. 11street Credit
      6. Bcard Point

      For ATM transfer, upon checkout, you will receive a One-Time account number which you can pay via any CIMB Cash Deposit Machine or counters.

      https://www.11street.my/helpdesk/Category/goHelpMiddleCategory.do?middleCtgrNo=455&searchCtgrNo=457&searchType=S

      Delete
  3. Salam..nak tye. Klu beli dlm 11street dpt resit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Boleh print invoice dari laman web lepas pembelian.

      Delete
  4. Salam..barang kat 11street ni ori ke??
    .

    ReplyDelete
  5. Salam..barang kat 11street ni ori ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insya Allah ori. So far saya guna okey je. Lagipun sepanjang pembelian saya di 11street selalunya barang ada warranty sekali.

      Delete
  6. Salam..saya nk beli brg kat 11street guna banking online..tapi sy ada bank islam je..camna nk ubah pilihan bank tue ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau ada kad debit Visa/Mastercard Bank Islam boleh juga bayar melalui kad debit.

      Delete
  7. salam ..saya nak tanya slalunye berapa lama ya proses pnghatran ..saya da 3 hari order still x dek apa2 feedback

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau masih tak ada feedback boleh cuba contact seller @ pihak 11 Street sendiri. Selalunya delivery macam Poslaju cepat saja, kurang dari seminggu dah sampai. Mungkin item masih dalam proses.

      Delete
  8. salam . nak tanyak siapa pernah ade pengalaman refund duit dr 11street . memang kena tunggu 14 hari ker baru duit tu masuk acc . takut jugak ni dieorg bagi alasan mcm2 . lambat betul refund duit org .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin boleh call terus bahagian customer service 11street untuk tanya proses refund duit tu. Setakat ni saya tak ada lagi pengalaman refund.

      Delete
    2. As'salam, mmg frustrating gilerr. Oder sebelum puasa, oder kena cancelled dgn seller sebab xde stok. Sampai sekarang xdapt refund lagi. Sepatutnya buat la statement stok ade ke tak sebelum buyer buat payment..

      Delete
    3. Waalaikumussalam.

      Kalau kes macam ni kena desak lebih kot pihak diorang untuk refund. Bukan salah kita pun kan.

      Delete
    4. saya dh kena sampai harini blum refund..dah sbulan lebih..

      Delete
  9. Salam, nak tanya... Lepas buat bayaran kat cdm, perlu tk kita maklum balik kepada 11street yg kita dah buat bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin kena emel slip transaksi untuk tujuan bukti pembayaran.

      Delete
    2. Nak kene email pada siapa? 11 street atau seller?

      Delete
    3. Tak pasti. Mungkin ada dinyatakan di bahagian payment.

      Delete
  10. Saya beli BRG di 11 street n htr PD customer saya.

    Saya nk tnya adakah penerima akn terima resit@ invoice seperti lazada juga.yg mna Cstmer boleh thu hrga yg di nyatakan dlm resit tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya memang invoice akan disertakan sekali.

      Delete
  11. Kalo nk beli tpi buat pembayaran melalui ATM boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh. Cuma nanti kena emel slip transaksi sebagai bukti pembayaran.

      Delete
  12. Nak tau macam mana swot analysis 11street?

    ReplyDelete
  13. Salam.. Macam mana nak tahu diorang dah pos barang ke tak? Dia inform by email ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tracking number akan diberi through email.

      Delete

***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***