Posts

Showing posts from 2012

Bengkel Asas Penulisan bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi

Assalamualaikum.

Tarikh: 4 Disember 2012
Tempat: Kulliyyah Economics & Management Science
Anjuran: Ma'ruf Pena
Koordinator: Ustaz Zahiruddin Zabidi (Editor di ITBM, seorang penulis & novelis Islami)

Alhamdulillah, saya terpilih menjadi sebahagian daripada penggerak Ma'ruf Pena iaitu sebuah kelab penulisan di UIA. Program pertama kami, Bengkel Asas Penulisan yang baru diadakan semalam mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelajar di sini, termasuk juga daripada kalangan pelajar bukan warga UIA.

Pesan Ustaz, untuk melatih diri dalam bidang penulisan sebagai langkah permulaannya, kita digalakkan untuk menggunakan perkataan penuh (tanpa singkatan) dan tulislah dengan menggunakan bahasa Melayu sebaku yang mungkin. Beliau turut mengaitkan dengan Al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab baku yang masih kekal sehingga sekarang. Tidak mustahil jika kita memakmurkan bahasa Melayu standard dalam penulisan, cara itu dapat mengekalkan standard bahasa Melayu itu sendiri.

28.10.2012-The Hectic Journey Ever

Assalamualaikum.

Tanggal 28 Oktober 2012, jam 9 pagi.

Saya masih menanti-nanti ketibaan bas Transnasional di Stesen Bas Kangar yang akan membawa semula saya ke tempat pengajian. Seperti diduga, bas yang dinanti tidak muncul tiba pada jam yang dijadualkan. Marah, letih dan lapar menguasai diri. Oh, mungkin Allah sedang menguji saya?

Jam 11.30 pagi.

Bas gantian tiba. Bas itu sepatutnya tidak digunakan kerana akan membawa penumpang ke Shah Alam & Klang pada sebelah malamnya. Semasa menunggu, saya dikhabarkan bas yang sepatutnya tiba jam 9 pagi tadi mengalami kerosakan. Tiba di Stesen Minyak Ayer Hitam, Kedah, kami diarahkan untuk turun bas dan naik bas lain yang telah sedia menanti di sana. Saya masih bersabar.

Lebih kurang jam 3 petang ke atas.

Kami terperangkap di persimpangan keluar Seberang Jaya. Sangkaan saya, ini perkara biasa. Laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang memang sentiasa sesak dengan kenderaan. Bas bergerak dalam kelajuan 20-30 km/sejam. Sungguh menyeksakan apabila saya …

Intellectual Discourse-Kemelut Sosial Remaja: Gangsterisme & Seks Bebas- "Di Manakah Solusinya?"

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Allah s.w.t telah memberikan waktu dan kekuatan kepada saya untuk sama-sama hadir ke program Wacana Intelek siri yang ketiga. Untuk pengetahuan anda, program Wacana Intelek bersempena Convest 2012 UIAM ini mempunyai tiga siri. Yang pertama telah pun saya kongsikan dalam entri yang lepas. Siri kedua menampilkan Hilal Asyraf & Yatt Hamzah selaku tetamu undangan tetapi malangnya saya tidak berkesempatan untuk hadir berikutan ada program lain pada masa yang sama. Alhamdulillah Wacana Intelek semalam menyaksikan gandingan mantap dan hebat daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman, seorang pendakwah dan juga merupakan pensyarah di UIA, Ustaz Hasrizal Jamil (seorang penulis juga pendakwah bebas) serta tidak ketinggalan Imam Muda Omar selaku panelis. Tajuk yang dibincangkan ialah berkaitan dengan kemelut sosial remaja dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.

Insya Allah saya akan kongsikan beberapa isi penting yang sempat saya catatkan semalam.

Dr. Zaharuddin Abd …

Intellectual Discourse: Menjengah Sirah Nabi - Membentuk Muslim Berpemikiran Produktif

Assalamualaikum.
Alhamdulillah 3 Oktober yang lepas, saya berkesempatan menghadiri sebuah program yang dianjurkan bersempena dengan Convocation Fiesta UIAM Gombak 2012. Program Wacana Intelektual bersama Imam Muda Asyraf & Daie Muda Nizam Zulfikar yang membawakan tajuk Menjengah Sirah Nabi: Membentuk Muslim Berpemikiran Produktif diadakan di Auditorium Utama.
Saya ditemani sahabat tersayang, Farhani ke majlis ilmu ini. Pengisian program ini sangat berguna dan menyentuh kalbu apabila saudara Daie Muda mula menceritakan tentang kisah Rasulullah s.a.w tatkala baginda akan wafat dan sebagainya. Imam Muda Asyraf juga tidak ketinggalan dalam memberikan perkongsian ilmu kepada semua yang hadir pada malam itu.
Antara yang disampaikan oleh kedua-dua panel ialah (yang sempat saya catatkan):
- Tujuan utama orang produktif hidup ialah Allah s.w.t (Allahu ghayatuna) - Sebaik-baik manusia itu ialah orang yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain.  - Sebagai seorang manusia, kita sebagai …

Rehlah Wardah bersama Ukhti Nasyidfm

Image
Assalamualaikum.

Akhirnya ada juga topik yang boleh saya jadikan sebagai entri di blog comel ini. Alhamdulillah, perjalanan program Rehlah Wardah anjuran Ukhti Nasyidfm berjalan dengan lancar walaupun terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi (bak kata Kak Aini, pengerusi kami).

Program berlangsung di Masjid asy-Syakirin, KLCC. Alhamdulillah walaupun jumlah peserta tidak ramai tetapi peserta-peserta comel Rehlah Wardah ni sangatlah komited apabila berkongsi pendapat dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan pun jadi meriah dengan kehadiran mereka juga gelak ketawa bersama AJK-AJK yang terlibat. AJK-AJK yang terlibat pun semuanya memberikan komitmen yang sangat terbaik. Antaranya orang kuat kami iaitu Kak Nurul Aini Izzati selaku presiden, Kak Fatin Nordin sebagai setiausaha, Aidatul timbalan setiausaha, Kak Liena bendahari, saya selaku Exco Kebajikan, Kak Hafizah (Exco Kebajikan), Farhani (Exco Protokol juga pengacara majlis) dan Mirza sebagai Exco Keselamatan merangkap pengendali modul p…

Forum - Jagalah Allah, Allah Akan Menjagamu

Image
Assalamualaikum.
InsyaAllah kali ni saya nak kongsikan pengalaman & intipati sepanjang menghadiri forum anjuran Mahallah Safiyyah, UIAM Gombak yang bertajuk seperti tajuk entri kali ni. Alhamdulillah, syukur sebab bukan senang nak dapat kesempatan untuk join sebarang majlis ilmu di sini. Busy dengan assignment apa semua, tapi rohani pun kena juga diberi pengisian kan?
Forum on Contemporary Issue - Jagalah Allah, Allah Akan Menjagamu Tempat: Court, Mahallah Safiyyah Tarikh: 13 April 2012 Moderator: Ardi Herman Mohd Mardzi (TV Alhijrah) Ahli Panel: Catriona Ross & Aimie Sofea (Juara Solehah TV Alhijrah)
1. Konsep ‘IHFAZILLAH, YAHFAZKA’ – jagalah Allah, Allah menjagamu. 2. Sepatutnya kita kenal dan sentiasa ingat Allah terutamanya ketika waktu senang dan lapang agar Allah   akan mengingat kita tatkala waktu kita dalam kesusahan. 3. Sentiasa meminta pertolongan Allah-mengharapkan pertolongan Allah. 4. Sesetengah manusia yang mati hatinya, mereka tidak memberi peluang untuk untuk h…

UIA, dan English Placement Test (EPT)

Assalamualaikum.
Dulu saya pernah bercerita tentang isu Bahasa Arab dan Asasi Bahasa Inggeris di UIA. Jadi pada entri kali ini saya akan kongsikan pula cerita mengenai English Placement Test (EPT) yang diadakan setiap kali minggu orientasi program Asasi di UIA.
Semua pelajar intake baru WAJIB untuk menduduki ujian ini, melainkan bagi mereka yang sudah pun mengambil peperiksaan IELTS dan TOEFL sebelum mendaftar di UIA. Boleh cari di internet untuk maklumat yang lebih terperinci.
"Kenapa ujian ini penting bagi semua pelajar new intake?"
Pertamanya, ujian ini penting, sama penting juga seperti Arabic Placement Test (APT) untuk menentukan tahap proficiency anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. EPT sama juga konsepnya seperti MUET (Malaysian University English Test) yang merangkumi ujian reading, writing, speaking dan listening. Cuma aspek pendengaran tidak dimasukkan dalam EPT, dan ujian percakapan hanya dilakukan semasa peperiksaan akhir semester. Peringkat (atau kami gelarkan…

UIA-Asasi Bahasa Inggeris

Assalamualaikum. 
Entri khas untuk adik-adik lepasan SPM. Sudah pilih bidang pengajian dalam UPU? Kalau sudah, alhamdulillah. Sabarlah menunggu keputusannya nanti ya? In shaa Allah seiring dengan kecemerlangan keputusan itu dapatlah universiti yang diidam-idamkan. Ada yang mohon UIA? 
Saya akan bercerita tentang salah sebuah program asasi yang ada di UIA, iaitu Asasi Bahasa Inggeris. Ramai rupanya yang tersalah mengerti dan menyamakan Asasi BI di UIA adalah sama dengan Asasi TESL di UiTM. Tidak sama sekali ya? Untuk pencerahan, Asasi TESL merujuk kepada Teaching English as a Second Language. TESL memang dikhususkan untuk pengajaran di sekolah, tetapi tidak semestinya bagi Asasi BI.
Saya merupakan pelajar lepasan Asasi BI di UIA. Sekarang (saat entri ini diedit semula), saya sudah berada dalam tahun kedua di UIA Gombak dalam bidang Bahasa Inggeris & Kesusasteraan. Saya pun pada mulanya keliru juga, apa bezanya Asasi BI dan Asasi TESL ini? Alhamdulillah, pensyarah kursus ini banyak…

UIA, dan Bahasa Arab...

Assalamualaikum.
Saya hendak menjawab persoalan ramai yang bertanya,
"Bolehkah memohon UIA jika tiada langsung asas dalam Bahasa Arab?" dan bermacam-macam lagi persoalan tentang UIA.
Saya akan menjawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri, in shaa Allah.
Ramai yang teragak-agak untuk memohon pengajian di UIA disebabkan Bahasa Arab yang sangat ditekankan di universiti. Tidak kurang juga ramai yang ditakut-takutkan untuk mempelajari bahasa ini. Kenapa hendak takutkan Bahasa Arab? Persoalannya di situ.
Kalau adik-adik dapat tawaran di UIA, jangan takutkan bahasa Arab. Masa taaruf week (minggu orientasi) akan ada satu ujian khas untuk menentukan pencapaian kita dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Persoalannya lagi di sini ialah,
"Kenapa mesti diadakan ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam minggu orientasi ini?"
Semestinya. UIA sangat menitik beratkan kedua-dua jenis bahasa ini sepanjang pengajian. Oleh sebab itu UIA mengambil inisiatif untuk me…