Posts

Showing posts from June, 2013

Review Album - Inteam (Iman & Aman)

Image
Assalamualaikum.

Inteam kembali dengan album terbaru mereka yang ke-8. Kali ini setiap lagu diberikan nafas yang lebih segar dengan penampilan bekas ahli kumpulan Inteam seperti Suhaimi dan Hisyam (penyanyi kumpulan nasyid De Hearty).

Apa-apapun, jom layan pra-dengar album ini dahulu.


Track kegemaran saya ialah semua. Jangan ditanya kenapa selagi anda tidak mendapatkan lagi album ini. Untuk perincian setiap lagu anda boleh bacanya di http://munsyeed.com/v1.9/2013/06/review-inteam-iman-aman/. Lagu-lagunya kebanyakan memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri demi berjuang untuk Islam, jangan mudah patah semangat dan tidak lupa lagu kasih dan sayang antara suami isteri menerusi lagu mereka bersama Edcoustic iaitu Kau Diciptakan Untukku. Siap ada sebut "belahan jiwa" lagi (belahan jiwa itu maksud nama saya). Tragedi Taif hasil gandingan bersama UNIC juga tidak mengecewakan. Sayu rasanya apabila mendengar. Rentak lagu-lagu yang catchy in shaa Allah dapat menarik semua golongan …

Bahaya riak

Assalamualaikum.

Riak? Takabbur? Berbangga dengan amalan yang dilakukan? Menunjuk-nunjuk? Tahukah anda semua ini tergolong dalam kategori syirik khafi?

Syirik - perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Syirik khafi - syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Zaman sekarang tidak perlu tengok jauh-jauh untuk kenal pasti apabila berlakunya syirik khafi ini. Merata-rata tempat ada. Tetapi saya ingin fokuskan dalam konteks laman sosial. Sesetengah orang suka mengemaskini status Facebook dan Twitter dengan aktiviti yang mereka lakukan setiap waktu. Bayangkanlah, hendak pergi mandi pun update dalam Facebook. 

I am wondering what is happening in this world nowadays?

Jadi apa kaitannya dengan syirik k…

Officially ended

Assalamualaikum.

Pejam celik, Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Bagaimana dengan persiapan masing-masing? Puasa ganti sudah selesai?

Alhamdulillah, semester kedua bagi sesi 2012/2013 telah berakhir setelah saya selesai menjawab kertas English Literature: 20th Century and Contemporary. Saya bakal bercuti sehingga awal September. Moga dapat mengisi masa dengan sesuatu yang berguna. Cepat sungguh masa berlalu. Sudah cukup dua tahun meraih butir-butir pengalaman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tahun ketiga nanti pasti akan menyaksikan pelbagai cabaran daripada segenap sudut. Subjek-subjek pula semakin tough sebagai persediaan menjadi graduan Bahasa Inggeris yang ada kelas tersendiri.

Walau apapun, kenangan sepanjang semester dua ini tidak mungkin saya lupakan. Memori bersama para pensyarah yang cukup dedikasi dan sporting cukup membahagiakan. Saya akan merindui lawak sinis Dr. Mahmud selaku pensyarah bagi subjek peperiksaan pagi tadi, Dr. Subramaniam dengan cerita-cerita…

Sembilan Hari

Assalamualaikum.

Hari pertama (23 Mei 2013)

Bersiap-siap untuk pulang menguruskan walimah ayah saudara saya di Perlis. Lebih kurang jam 5.30 petang, sahabat saya yang telah lama dinanti akhirnya tiba di UIA. *Ilyani, kita rindu awak sangat-sangat!* Sampai sahaja bilik, kami terus berbual panjang. Almaklumlah sudah beberapa bulan tidak bersua muka walaupun setiap hari tidak pernah putus bertanya khabar. Beliau menemani saya berbuka puasa, sambil sambung berborak sampailah ketibaan kami di Puduraya. Masa tunggu bas, sembang lagi. Bas tersangatlah lambat, sepatutnya tiba jam 11.30 malam tetapi pada jam 2.30 pagi barulah kami dapat menaikinya. Masuk bas, masing-masing sudah kepenatan, namun sempat lagi menikmati Marrybrown dan akhirnya kami tertidur dalam keletihan.

Hari kedua (24 Mei 2013)

Selamat sampai di Perlis lebih kurang jam sembilan setelah menempuhi perjalanan yang cukup memenatkan. Sampai sahaja di rumah, meriah sungguh dengan kehadiran orang kampung yang turut membantu pasang khe…