Posts

Showing posts from October, 2015

UIA dan 'BENL' (Bachelor of Human Sciences - English Language & Literature)

Image
Assalamualaikum.
Dah habis belajar di UIA barulah perasan yang tak ada satu pun entri di blog bercerita fasal bidang pengajian sendiri. Apa punya seniorlah saya ini. Memandangkan saya dah pun berjaya mengharungi pahit manis menjadi pelajar BENL di UIA, rasanya tak salah kalau saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengajian ini yang mungkin boleh jadi panduan kepada bakal penuntut jurusan yang sama.
Di UIA, jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan ini dipanggil BENL, as it stands for Bachelor of English Language and Literature.In case ada yang tertanya, "akak ni course BENL why don't you just write in English?" eh suka hati sayalah nak tulis bahasa apa pun (hehe, gurau saja). Rojak campur pun sedap, lagi-lagi dinikmati ketika perut sedang kelaparan okay cut the crap. BENL merupakan salah satu kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) dan di bawah Human Sciences (HS) Division. Selain BENL, terdapat kursus seperti History and Civ…

Orang Dulu vs. Orang Sekarang

Image
Assalamualaikum.

Sejak dua tiga menjak, saya banyak membaca dengan kisah-kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Facebook. Tak kurang dengan membaca confessions berkisar perkara yang sama di fanpage IIUM Confession. Selain masalah biasa bagi seorang pelajar, saya tertarik dengan beberapa luahan mereka yang memilih untuk menjadi anonymous demi menyampaikan apa yang dah lama terbuku di hati. Jujur, saya pernah juga buat pengakuan di IIUM Confession. Yang mana satu, rahsia! *emotikon ungu bertanduk sedang tersengih*

Saya terpanggil untuk menulis setelah membaca pengakuan di bawah.


Tunjang utama dalam pengakuan di atas ialah masalah suami atau lelaki yang bergantung kepada perempuan, dalam situasi ini, isteri. Bila baca banyak sangat fasal kemelut rumah tangga, siapa kata tak tergugat nak kahwin bukan? Rasa macam tak sanggup bila nak berhadapan dengan spesis manusia seperti ini. Lagi baik tak kahwin terus. Tapi, dah macam menidakkan fitrah pula. Tapi bila mengenangkan kehi…