Posts

Showing posts from September, 2013

Automotive Skill 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah tiga minggu merantau di bumi Gombak ini, dan tiga minggu jugalah bergelar pelajar tahun ketiga. Jika diberi keizinan, Jun 2015 saya akan tamat belajar ijazah pertama. Dalam kepala dah banyak perancangan sebenarnya (selain dari mendirikan rumah tangga). Hahaha.

Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang salah satu subjek baru yang saya pelajari pada semester ini, iaitu Automotive Skill. Tiba-tiba ada orang bertanya,

"Eh, kakak ni kan course BENL? Dah tukar course ke kak?"

Tak adalah, saya masih lagi menjadi pelajar BENL yang setia. Cuma untuk pelajar tahun ketiga khususnya, kami dikehendaki untuk mengambil subjek kemahiran di bawah kokurikulum. Ada banyak cabang subjek dalam silibus kokurikulum UIAM Gombak, termasuklah Automotive Skill. Apa yang menarik tentang subjek ini ialah ia melibatkan teori dan juga praktikal, sesuatu yang jarang diperoleh dalam subjek-subjek lain yang kebanyakannya hanya bersandarkan pada teori. Kalau jurusan kejur…