Posts

Showing posts from March, 2016

Day 48 Post Op: Pantang Larang Patah Kaki & Fisioterapi

Image
Assalamualaikum.

16 Mac 2016. Genap 48 hari post-operation. Bila tengok tajuk dah mengalahkan orang pantang bersalin pun ada. Apa kau orang ingat orang patah kaki pun tak ada pantang makan ke? Ada ya anak-anak. Sampai otak sendiri tak boleh nak fikir apa perkaitan pantang-pantang tersebut dengan kisah saya yang patah kaki ini. Almaklumlah, saya daripada generasi muda jujurnya kurang mempercayai segala jenis pantang makan. Kurang ya, bukan tak percaya langsung.

Benda-benda common yang selalu kita dengar kalau baru lepas jalani pembedahan ialah tak boleh makan telur, ayam, makanan laut, dan untuk orang patah tulang tak boleh makan sayur-sayur macam kangkung, kailan, kacang panjang, bendi, terung dan banyak lagi. Itu tak termasuk dengan pantang makanan sejuk macam agar-agar/puding, air sejuk berais. Segala yang berkait dengan pisang pun tak boleh makan (makanan berbungkus daun pisang, umbut pisang, buah pisang, jantung pisang). Gila tak gila? Bukan ke makanan dari mulut terus masuk ke pe…