Assalamualaikum.
16 Mac 2016. Genap 48 hari post-operation. Bila tengok tajuk dah mengalahkan orang pantang bersalin pun ada. Apa kau orang ingat orang patah kaki pun tak ada pantang makan ke? Ada ya anak-anak. Sampai otak sendiri tak boleh nak fikir apa perkaitan pantang-pantang tersebut dengan kisah saya yang patah kaki ini. Almaklumlah, saya daripada generasi muda jujurnya kurang mempercayai segala jenis pantang makan. Kurang ya, bukan tak percaya langsung.
Benda-benda common yang selalu kita dengar kalau baru lepas jalani pembedahan ialah tak boleh makan telur, ayam, makanan laut, dan untuk orang patah tulang tak boleh makan sayur-sayur macam kangkung, kailan, kacang panjang, bendi, terung dan banyak lagi. Itu tak termasuk dengan pantang makanan sejuk macam agar-agar/puding, air sejuk berais. Segala yang berkait dengan pisang pun tak boleh makan (makanan berbungkus daun pisang, umbut pisang, buah pisang, jantung pisang). Gila tak gila? Bukan ke makanan dari mulut terus masuk ke perut, bukannya ke tulang?
Disebabkan saya seorang yang sangat menghormati orang tua, tahan sajalah nafsu nak melantak macam-macam. Tapi ada juga buat cheat day. Curi-curi makan telur goreng, air sirap ais, makan kangkung. Tak ada pula tulang sakit ke apa (takabbur betul haha nauzubillah). Alhamdulillah. Sebab you are what you eat. Kalau asyik fikir akan sakit lepas makan, maka sakitlah. Wallahua'lam. Lain orang lain kesan agaknya. Habis saya tanya doktor-doktor bertauliah dalam kumpulan #MedTweetMY di Twitter semua kata tak ada pantang pun. Bertekak jugalah dengan mak dan tok demi #PerangMelawanMitos. Lagi satu yang tak tahan ada yang pernah kata kalau patah tulang tak boleh minum sebarang jenis susu. What the? Susu ada kalsium, bukan ke bagus untuk tulang? Bab pantang macam ini dah jatuh hukum tak logik namanya. Hahaha. Okey, habis cerita fasal pantang. Tak boleh cakap banyak sebab selaku generasi muda saya tetap kena hormati generasi lama yang memperkenalkan pantang-pantang sebegini.
Saya nak berkongsi pengalaman pertama kali menjalani latihan fisioterapi di bawah Unit Fisioterapi Hospital Tuanku Fauziah. Mula-mula saya tak berapa tahu sangat tentang fisioterapi. Yang saya tahu selalunya orang lepas operation disebabkan accidentlah yang akan ikut latihan fisioterapi. As the name suggest, fisioterapi, terapi fisio. Fisio merujuk pada anggota badan. Eh, pandai-pandai pula haha.
Menurut Merriam Webster, physiotherapy/physical therapy is treatment of disease, injury, or disability by physical and mechanical means (massage, electricity, water, heat etc. Jadi tak semestinya orang yang operate sebab accident patah tulang macam saya saja yang perlu buat fisioterapi tapi kalau terseliuh ke, terkehel mana-mana bahagian badan, kaki kena potong ke apa-apalah. Saya mula dirujuk ke unit fisioterapi hospital lepas buat pemeriksaan susulan pertama di klinik pakar ortopedik HTF pada 2 Mac. Sesi terapi pertama bermula pada 4 Mac seawal jam lapan setengah pagi. Sampai saja dekat unit, terus daftar dan tunggu nama dipanggil. Kes saya dikendali oleh ahli fisioterapi berpengalaman iaitu Encik Hafriz yang akan terus in charge saya sampailah dah tak perlu datang ikut sesi lagi bila beliau sendiri dah luluskan pesakit seorang ini. Hahaha.
Untuk sesi pertama mula-mula kena meniarap atas katil sambil kaki kena lipat bagi serapat mungkin dan Encik Hafriz ambil pembaris khas untuk ukur berapa darjah lipatan kaki. Dekat sana ada banyak jenis latihan ikut kes yang dialami pesakit. Ada yang kena kayuh basikal gimnasium, lompat kaki sebelah atas trampolin, berjalan atas treadmill dan macam-macam lagi. Sempat borak-borak dengan pakcik seorang ini yang turut jadi mangsa kemalangan setahun lepas. Dalam satu jam tiga puluh minit tamatlah sesi fisioterapi.
Sekian saja perkongsian cerita kali ini. Terima kasih kepada mereka yang selalu mendoakan saya cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment
***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***