Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up) di Klinik Kesihatan Kerajaan

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya nak bercerita tentang prosedur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan. Diulang, KERAJAAN. Haha. Bukan apa, selalunya kalau sebut medical check-up di klinik kerajaan ni mesti lambatlah, banyak kerenahlah, nurse garanglah. Macam-macam. Saya pun belum pernah lagi buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Sebelum ni nak masuk belajar untuk peringkat asasi dia orang cuma nak filem x-ray saja. Itu pun pergi buat x-ray di klinik swasta. Bayar pun agaklah mahal, tapi sekejap saja dah siap. Pemeriksaan selebihnya dibuat oleh pihak universiti sendiri. Masa masuk untuk degree memang tak perlu buat sebarang pemeriksaan (the perk of being an IIUM student at that time). Mungkin sebab universiti dah ada rekod untuk pelajar lepasan asasinya.

Pertama sekalinya eloklah kau orang Google nombor telefon klinik kesihatan berhampiran kawasan anda kalau-kalau kena buat appointment untuk pemeriksaan. Macam saya, mula-mula telefon KK Kangar memang kena buat appointment lepas tu dia suruh pergi buat di KK Simpang Empat sebab lagi dekat dengan rumah. Jadi saya pun telefon KK Simpang Empat pula. Dia orang suruh walk-in saja.

Make sure pergilah klinik awal-awal kalau dah tahu KK tempat anda selalu ramai orang. Mujurlah di KKSE tak ramai sangat masa hari kejadian. Terus pergi kaunter, cakap dekat yang ada di situ kita datang nak buat medical check-up, jadi mereka akan minta borang pemeriksaan kesihatan yang selalunya disediakan pihak universiti/kolej anda. Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ni RM20 SAHAJA murah gila kan. Sesuailah untuk mereka yang kurang berkemampuan nak bayar ratus-ratus untuk medical check-up semata-mata. Bagi borang dekat nurse dan mereka akan beritahu proses seterusnya. Macam kes saya, disebabkan KKSE tak ada kemudahan untuk x-ray jadi kena pula ke KK Kangar untuk x-ray. Sebelum tu kena ke Klinik Pergigian di KKSE untuk buat pemeriksaan gigi. Alhamdulillah gigi dalam keadaan baik walaupun doktor gigi offer nak buat tampalan dengan scaling hahaha tak pasal-pasal pula setelah bertahun-tahun gigi terbiar merongak. Tak perlu bayar pun untuk buat pemeriksaan gigi sebab dah sekali dengan bayaran RM20 tadi. Cuma sebab saya buat scaling dengan tampalan tu kenalah bayar RM9 untuk tiga batang gigi haha.

Habis pemeriksaan gigi barulah bergegas ke KK Kangar untuk x-ray. Mujurlah lancar saja urusan hari tu, dapat terus ke unit pengimejan dan diagnostik klinik sebab ada surat rujukan dari KKSE. Dalam setengah jam siap urusan di KK Kangar, maka kembali pula ke KKSE. Rasanya kalau klinik kesihatan tempat kau orang ada kemudahan x-ray cepat saja selesai.

Kembali ke KKSE, pergi balik ke kaunter cakap dah selesai x-ray. Ambil nombor giliran, tunggu sampai nurse panggil untuk periksa tinggi, berat, tekanan darah. Lepas tu pergi periksa mata untuk ujian rabun warna bagai, pergi urinate, hantar sampel urin ke makmal, tunggu sampai giliran untuk jumpa doktor. Sembang-sembang dengan doktor sikit, doktor tengok balik x-ray tadi, periksa-periksa sikit, dan dah siap! Prosedur mungkin berbeza bagi setiap universiti. Mungkin ada IPT yang perlukan keputusan ujian darah, ujian kolestrol ke apa. Kalau UUM tu benda mudah saja yang mereka nak.

Rupa-rupanya sekejap saja nak buat medical check-up di klinik kesihatan kerajaan ni. Ke dekat KKSE saja yang cepat sebab kebetulan kena hari yang tak ramai orang? Hahaha.

Comments

  1. nak tanya.. untuk pelajar iium yg baru nak start foundi, memang x perlu buat medical cek up di luar kah? hanya xray semata2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Tak perlu full medical check up. Just xray sebab nanti pihak IIUM akan organize sendiri slot untuk medical check up bawah IIUM Health Center.

      Delete
  2. Untuk student mara kena bayar juga ke? Untuk medical checkup..kena bayar rm80..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Generally, medical check-up just bayar ikut caj di klinik kesihatan. Tak kiralah student mana-mana institut or for any purposes (not limited to furthering studies) pun caj tetap sama.

      Delete
    2. Salam nak tanya, kalau medical checkup tak kira usia berapa boleh kan? Harga brp ?

      Delete
    3. Waalaikumussalam.

      Yup, tak ada had umur. Rasanya if basic check up just RM20 (xray, gigi, urine, mata). If ada check up lain macam blood test, cholesterol test maybe harga lain sikit.

      Delete
  3. Nak tny kalau kerja kerajaan tp buat medical dkt klinik swasta dterima atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya kurang pasti. Bergantung pd requirement jabatan yg saudara/i bakal bekerja mungkin.

      Delete
  4. Salam nak tanye, awk buat xray di KK kangar tu kne byr pulak x??? Pastu lepas siap xray tu awk kene prgi kt KKSE pulak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Tak perlu bayar sebab bayaran dah dijelaskan masa daftar di klinik mula-mula tu. Just nanti tunjukkan resit bayaran dekat kaunter tanda kita dah bayar.

      Delete
  5. Result blh dapat hari yang sama ker?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Salam nak tanye, buat medical check up perlukan surat dr kolej tak, mngatakan kite nk bt utk msuk kolej.. Kalau takde surat die terima x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Biasanya dalam surat tawaran akan disertakan dengan borang medical check-up. Jadi klinik akan conduct check-up berdasarkan apa yang terkandung dalam borang tu.

      Delete

Post a Comment

***FOR QUESTIONS THAT NEED QUICK RESPOND, PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***

Popular posts from this blog

Pos barang ke luar negara dengan Flexipack International

UIA-Asasi Bahasa Inggeris