Lama tak update blog. Kali ni nak kongsikan persiapan saya menjelang hari pendaftaran program Ijazah Sarjana Pendidikan (Master of Education - English Language Teaching) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Diharapkan entri ni dapatlah berikan panduan sikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk memohon untuk sambung pengajian pada peringkat sarjana sebab bila dicari-cari dalam Google, sumber sangatlah terhad. Jadi macam saya, tak ada panduan langsung nak tanya siapa *nangis tepi dinding*.
Cara memohon untuk pengajian peringkat master ni saya ada kongsikan dalam entri yang lama (sebelum ditimpa kemalangan dan terpaksa tunda daftar master *nangis lagi* di sini http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2015/12/postgraduate-studies-2016.html. So far alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan pihak graduate school sebab laju bab balas emel masa nak minta tunda sementer pengajian hehe.
So mari kita lihat step by step untuk hari pendaftaran.
Buat permohonan (checked)
Lepas hantar borang (online/manual), tunggulah dalam lagi sebulan dua sebelum buka semester baru untuk pihak graduate school hantar surat tawaran dan segala mak nenek borang yang perlu diisi. Kalau dah dekat dua-tiga minggu nak daftar kau orang masih tak terima jawapan ataupun sebarang surat tawaran, silalah hubungi graduate school yang berkenaan ya. Manalah tahu dia orang terlepas pandang ke apa. Bukannya kau orang saja yang mohon nak sambung master hahaha.
Isi borang
Ini bahagian penting. Dalam banyak-banyak borang yang kau orang dapat tu (borang A, B, C, D dan E), ada satu borang namanya borang A yang perlu diisi dan dihantar balik kepada graduate school masing-masing dalam tempoh seminggu dari tarikh penerimaan. Tak hantar nanti pihak UUM ingat kau orang jual mahallah tak nak terima.
Wajib isi dan kembalikan pada graduate school. Hantar melalui emel pun boleh. |
Borang C - letter of undertaking - kena ada tandatangan saksi. Saya minta tolong mak bawakan ke sekolah dan dapatkan tandatangan guru kanan sekolah beliau. Senang.
Borang D - student declaration - macam ada ikrar-ikrar sikit, kena tandatangan di hadapan registrar universiti.
Borang E - health examination report - borang medical check up, nanti dah ke klinik/hospital kerajaan tu sila bawa ya.
Semua jenis borang ni jangan lupa untuk dibawa masa hari pendaftaran. Termasuklah dengan segala dokumen yang diperlukan yang dicatat pada surat tawaran.
Pemeriksaan kesihatan
Bahagian ni pun penting. Tapi puas jugalah nak memikirkan disebabkan confuse dekat mana patut pergi buat medical check up ni. Memang wajib hospital kerajaan saja ke atau boleh pergi klinik kesihatan kerajaan. Saya rujuk dalam admission booklet katanya hospital kerajaan ataupun private medical center tapi bila tengok di laman web UUM kata,
"Local candidates are required to undergo and pass a medical examination conducted by the University Health Centre (recommended) or a Government doctor before they are allowed to register as a UUM student.The report then has to be submitted to the University Health Centre, UUM. (sumber: http://www.hea.uum.edu.my/index.php/styles/medical-examination)
Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan kerajaan saja sebab lebih dekat dengan rumah dan tak ramai orang. Yang penting kerajaan hahaha. Boleh check gigi semua bagai di satu tempat cuma x-ray sajalah kena pergi Klinik Kesihatan Kangar sebab di Simpang Empat punya tak ada. Haraplah UUM boleh terima hahaha jangan suruh pergi buat balik sudah. Saya ada ceritakan prosedur pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dalam entri ini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2016/08/pemeriksaan-kesihatan-medical-check-up.html)
Nak lagi senang pergi terus Pusat Kesihatan UUM, bayar RM80. Tak payah buat appointment pun, pergi walk-in saja tapi janganlah pergi lambat sangat.
Permohonan penginapan
Ya anak-anak sekalian jangan ingat kita sebagai postgraduate student ni automatik dapat duduk asrama tahu. Kena buat permohonan asing pula hahaha nasib baik tanya pihak Student Accommodation Center (SAC) kalau tak memang nganga sajalah. Asalnya memang nak ulang-alik dari rumah tapi memikirkan letih juga kalau kelas malam-malam jadi saya pun apply.
Pergi ke laman web SAC dan muat turun postgraduate accommodation application form di sini (http://sac.uum.edu.my/index.php/2016-04-19-03-08-06/2016-04-19-03-39-23/accommodation-application-form-postgraduate-student). Tapi penempatan tu bergantung pada kekosongan. RM375 saja untuk satu semester hah murah gila berbanding UIA tu hahaha duduk berdua lagi tahu. Dekat UUM dia orang panggil DPP (Dewan Penginapan Pelajar) atau sekarang dah tukar rasanya pada INASIS (Inapan Siswa) hahaha bukan main kelas lagi nama. Untuk pelajar postgraduate kita akan ditempatkan di dua buah DPP iaitu Proton dengan Tradewinds (ni hasil Google, kalau salah, ampun!).
Siap isi borang, hantar balik pada pihak SAC. Mula-mula tu ingatkan dia orang akan hantar emel kita dapat DPP mana jadi saya pun tunggu punya tunggu, lepas tu saya telefon pihak SAC. Manalah tahu tak diluluskan ke bolehlah siap-siap cari rumah sewa di pekan Changlun tu hahaha. Dan pihak SAC maklumkan lepas daftar baru kena datang pejabat sana untuk daftar asrama pula.
Bayaran yuran
Bila dibuat perbandingan sebenarnya yuran untuk master di UUM ni agak murah berbanding di universiti lain. Yuran pendaftaran ni perlu diselesaikan sebelum hari pendaftaran sebab nanti kena tunjuk bukti pembayaran.
Jumlah yang perlu dibayar untuk pendaftaran, tak campur dengan yuran asrama RM375 lagi |
Jangan lupa untuk cetak/simpan transaksi pembayaran tu dan serahkan pada hari pendaftaran.
Pendaftaran
Boleh baca catatan saya di sini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2016/08/registration-day-master-of-education.html)
Setakat ni saja dulu. Jadi sementara kau orang sama-sama macam saya tengah menghitung detik nak mendaftar tu marilah kita sama-sama khatam admission booklet yang diemel. Jumpa Rabu (24/8/2016) nanti!
No comments:
Post a Comment
***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***