Showing posts with label postgraduate studies. Show all posts
Showing posts with label postgraduate studies. Show all posts

Monday, December 25, 2017

Tips Sebelum Sambung Master

Assalamualaikum *tiup habuk kiri kanan*

Setelah hampir setahun tak update langsung blog, akhirnya kembali juga ke pangkal jalan. Ewah! Alhamdulillah dah selamat menamatkan semester ketiga sebagai pelajar master di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tersangatlah sibuk dengan urusan duniawi sampai terabai blogku ini hahaha.

Alright. Marilah kita ke topik utama untuk posting kali ini iaitu berkenaan tentang tips nak sambung belajar. Well, aku rasalah dah berlambak-lambak sangat blog di luar sana yang berkongsi untuk kau orang semua tentang tips untuk sambung belajar, especially untuk peringkat postgraduate studies ni. Masing-masing pun berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang lain situasi. Apa yang aku nak kongsikan dalam posting kali ni pun diambil 100% dari situasi hidup aku sendiri.

Untuk yang baru-baru jadi pembaca blog ni (ceh, ada ke pembaca masalahnya?), aku dah masuk semester ketiga di UUM. Jurusan English Language Teaching atau dalam bahasa mudahnya bila orang tanya aku jawab TESL saja. Insya Allah kalau tak ada aral Februari 2019 barulah makcik yang seorang ni akan bergraduasi. Lamanya! Huhuhuhu.

Okey, kita masuk topik balik. Di bawah ni aku kongsikan apa yang aku rasa sepanjang aku bergelar pelajar balik untuk perkongsian dengan kau orang semua. 


First and foremost, decide betul-betul kau orang nak sambung belajar sebab apa

Niat.

Aku rasa ni benda paaaaaaling penting sebelum kau orang melangkah sebagai seorang pelajar postgraduate. Masa aku semester satu, aku masuk kelas subjek pra-syarat di mana semua pelajar baru waktu tu bukan asal dari bidang pendidikan. Bila ditanya tentang kenapa dia orang nak sambung master kan, ada yang jawab sebab nak kerja gaji tinggi. Yalah, bila dah ada master ni orang mesti pandang kau orang sebagai seorang yang berstatus pendidikan tinggi. Lepas tu mesti expect untuk gaji pun tak adanya setakat RM2500 macam budak fresh graduate degree kan?

Ada juga yang sambung belajar sebab ikut kawan.

Ada yang sebab menganggur lama sangat dan untuk tak membuang masa dia orang belajar lagilah (this was my case).

Lepas tu bila fikir balik, takkan sebab ni saja? Jadinya yang berpeluh keringat banting tulang buat assignment sepanjang 4-5 semester tu untuk apa?

Bukan senang. Once kaki dah masuk ke alam pengajian ni, kau orang akan korbankan masa yang sangatlah banyak, lepas tu duit (sebab nak bayar yuran, travel expenses ke kampus kalau stay off-campus, research purpose dan macam-macam lagi). Untuk yang dah memang berkerjaya tu mungkin okeylah. Untuk yang memang full-time student itu lagi kena fikir. Sebab itulah banyak saja kes terpaksa berhenti sekerat jalan. Tak mampu nak bagi 100% komitmen.


Kursus pengajian

Ini pun penting. Kalau tak apa gunanya kau orang nak sambung belajar kalau basic things macam ni pun kelaut hahaha. In terms of the course, ada yang masih nak teruskan apa yang dah dipelajari masa zaman undergraduate dulu. Ada yang memang berubah 180 darjah. Zaman degree belajar kulinari, bila master tiba-tiba ambil education. Benda ni sendiri dipersoalkan oleh lecturer kelas Research Methodology aku dulu. Macam kes aku sendiri okey lagi agaknya sebab zaman degree pun aku dah ada pendedahan dengan bidang pendidikan walaupun sekadar tahap paaaaaaling asas yang rasanya bagi budak-budak education ni buat celah gigi saja. Tapi, walau macam mana sekalipun agak susah juga nak adapt bila kau orang ambil kursus lain-lain ni. Seriously I tell you guys masa aku semester kedua bila dah mula ambil subjek teras macam Curriculum & Pedagogy dan Measurement & Evaluation in Education & Psychology tu macam nak menangis jugalah. Bayangkan bila budak kelas kau semua rata-ratanya memang hardcore in education dan kau seorang diri ibarat berada di tengah lautan tak tahu apa itu KSSR, beza HSP dan DSKP bagai. Lagi teruk bila kau tak dapat penuhi expectation lecturer yang perfectionist sebab dia anggap kau dah tahu semua benda tentang pendidikan. Tapi aku tak rasa semua ni cabaran kalau kau orang semua memang jenis cintakan ilmu dan nak kembangkan pemikiran ke bidang lain. Tak salah. Cuma orang macam kita ni kena usaha lebih. Masa aku kelas Curriculum Design & Development, lecturer buka topik tentang CEFR. I was like, “what the hell?”. I totally have no idea sampai kena buka Wikipedia then I was like “ooo, Common European Framework of Reference for Languages.” Berhuhu jugalah dalam kelas.


Universiti

Pilihan universiti pun penting bagi aku. Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk sambung di universiti zaman degree sebab dah biasa dengan persekitaran dan semestinya lecturer. Jadi senang nak bertahan. Untuk kes aku, aku pilih untuk dekat dengan kampung halaman. UUM is totally a new environment for me okay. Sebab dulu dekat UIA aku macam berada dalam comfort zone jugalah dengan suasana dia. Rasa secure sebab majoriti pelajar Muslim. Jadi bila di tempat baru, aku pun tak tahu nak expect UUM macam mana. Tapi alhamdulillah, walaupun lebih kurang saja sebenarnya cultural and ethnic diversity di kedua-dua universiti, aku rasa aku dah boleh adapt dengan suasana di tempat baru ni. Ceh, padahal masuk kampus seminggu sekali saja hahaha. Jadi untuk yang rasa nak berubah angin belajar di tempat baru tu kena pandailah sesuaikan diri. Kadang-kadang kerenah lecturer universiti lama tak sama dengan yang di tempat baru. Lepas tu untuk yang duduk dalam kampus lagilah. Macam UUM ni kampus dia ya Rabbi besar nak arwah. Kalau dulu zaman UIA aku boleh tawaf satu kampus, di UUM ni jangan haraplah.

Itu soal nak sesuaikan diri. Lagi satu yang kau orang kena ambil perhatian berkaitan dengan yuran pengajian. Ada universiti yang yurannya agak mahal. Ada yang murah. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk yang dah ada pendapatan it should be no problem. Untuk yang menganggur macam aku ni memang kena consider habis-habisan. Alhamdulillah yuran master UUM taklah mahal, malah tak cecah RM10K pun untuk sepanjang pengajian. Ada juga universiti yang yurannya lebih RM10K. Aku pun tak pasti atas dasar apa ada yang mahal dan murah ni. Apa pun, pilihan di tangan anda.


Mod pengajian

Seperkara lagi, mod pengajian. Sama ada coursework, mixed mode ataupun research. Ada orang cakap coursework senang sebab tak payah buat research teruk-teruk. Sila terjun longkang sekarang sebab walaupun aku coursework mode tapi workload dia ya Rabbi! Yalah sebab mod ni kena buat assignment, presentation, quiz dan sesetengah subjek tu ada peperiksaan akhir semester. Lepas tu kau orang akan timbul rasa macam “eh kenapa aku tak ambil mixed mode or research dulu?” masa tengah stress menghadap assignment menggunung hahaha. Padahal mod lain pun sama saja cabarannya. Aku tak boleh nak cerita banyak tentang mixed mode and full research ni sebab aku budak coursework. Tapi aku memang tak ada keberanian langsung nak menghadap viva voce seumpamanya jadi aku pilih jalan selamat iaitu coursework PADAHAL SUSAH JUGA TAHU TAK?! Ya padan muka sendiri hahaha.

UUM ni aku perasanlah minimum duration of study dia tak adanya kau orang boleh habiskan master kurang dari empat semester. Paling cepat pun memang dua tahun baru selesai. Berbanding dengan universiti lain rasanya setahun setengah pun dah boleh habis. Itu kalau full-time student. Kalau part-time memang lagi lambat. Sebab subjek dia ya Rabbi banyak bukan main sampai aku fikir “perlu ke belajar subjek ni?” hahaha.

Untuk budak coursework memang kena pandai susun jadual sendiri untuk pastikan kau orang ambil subjek yang dikehendaki takut ada yang tertinggal susah pula. Dahlah kebiasaannya pihak fakulti akan buka satu kelas saja untuk subjek master sebab selalunya pelajar tak ramai. 

Okey, so far itu saja yang aku dapat kongsikan untuk point yang sangatlah penting untuk kau orang ambil perhatian sebelum putuskan sama ada nak sambung belajar ke tak untuk manfaat kita bersama. Anyway, to all postgraduate students out there, all the best in your future okay! Semoga kita sukses dan dapat konvo dengan jubah double line. Hahaha!

Tuesday, February 7, 2017

My Master's Journey - End of Semester 1

Assalamualaikum. 

Dah berbulan lamanya tak menulis di blog. Terima kasih untuk semua yang masih lagi sudi menyinggah dan tinggalkan komen atau pertanyaan di sini dan juga di emel. 7 Februari tahun 2017 baru rasa nak menulis balik. Apalah.

Alhamdulillah, selesai sudah semester satu pengajian peringkat master saya. Kelas cuma sehari seminggu yakni Sabtu dari jam sembilan pagi sampai enam petang tapi kepenatan mengalahkan kelas budak undergraduate yang hari-hari. Mungkin sebab kelas seharian, sampai rumah pun dah malam. Balik rumah terus tumbang. Itu pun kadang-kadang terpaksa gagahkan badan dan mata nak siapkan apa yang patut untuk submission. Ternyata perjalanan ambil master ini bukan satu benda yang mudah. Orang mungkin nampak "ala kelas seminggu sekali, subjek tak banyak" tapi hakikatnya tuan punya badan saja yang rasa. Padahal baru semester satu. Subjek specialization pun tak sentuh lagi dah rasa penat. Aduhai. Banyak benar merungutnya. 

Despite of all ups and downs in semester one, I barely survived alhamdulillah. Ingat lagi masa kelas terakhir sempat lagi pensyarah bagi tugasan baru (walhal workload 5-10% saja pun). Tak termasuk dengan dua jenis report kena tulis. Sakit jiwa nak baca artikel dari jurnal lagi. Itu pun banyak copy paste dan ubahlah guna ayat sendiri nanti kena dakwa plagiat pula hahaha. Pendek kata, dugaan dan cabaran masa master memang menggila kalau nak dibandingkan dengan dugaan zaman degree. Kalau tak kuat, alamatnya sebulan lepas commencement of the semester pun boleh tumbang. Tak masuk lagi dengan dugaan bila tengok kawan sebaya dah dapat pekerjaan tetap, dah kahwin, dapat anak. Fuh, benda-benda ini memang menguji semangat tahu? Seriously, once you step up into this path, there's no turning back. Above all, alhamdulillah dan syukur ya Allah. Pada saat orang lain ada yang lagi susah nak sambung belajar atas masalah-masalah seperti kewangan seumpamanya, Dia berikan peluang ini. For me, learning is a lifelong journey. So make it enjoyable. Insya Allah.

My Educational Psychology class

My Sociology in Education class
Kredit gambar kepada err, tuan punya gambarlah. Hahaha.

Dan kini, semester kedua mula menjengah. Dan lepas ini tak tahu lagi bila nak update dengan entri baru hahaha. Boleh terus emel saya ataupun tinggalkan komen di blog kalau ada sebarang pertanyaan tentang entri-entri terdahulu. Well, most of the comments banyak tanya tentang UIA. Rindunya zaman undergraduate dulu. 

Sekian.

Thursday, August 18, 2016

Step by Step for Registration - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Kali ni nak kongsikan persiapan saya menjelang hari pendaftaran program Ijazah Sarjana Pendidikan (Master of Education - English Language Teaching) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Diharapkan entri ni dapatlah berikan panduan sikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk memohon untuk sambung pengajian pada peringkat sarjana sebab bila dicari-cari dalam Google, sumber sangatlah terhad. Jadi macam saya, tak ada panduan langsung nak tanya siapa *nangis tepi dinding*.

Cara memohon untuk pengajian peringkat master ni saya ada kongsikan dalam entri yang lama (sebelum ditimpa kemalangan dan terpaksa tunda daftar master *nangis lagi* di sini http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2015/12/postgraduate-studies-2016.html. So far alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan pihak graduate school sebab laju bab balas emel masa nak minta tunda sementer pengajian hehe.

So mari kita lihat step by step untuk hari pendaftaran.

Buat permohonan (checked)

Lepas hantar borang (online/manual), tunggulah dalam lagi sebulan dua sebelum buka semester baru untuk pihak graduate school hantar surat tawaran dan segala mak nenek borang yang perlu diisi. Kalau dah dekat dua-tiga minggu nak daftar kau orang masih tak terima jawapan ataupun sebarang surat tawaran, silalah hubungi graduate school yang berkenaan ya. Manalah tahu dia orang terlepas pandang ke apa. Bukannya kau orang saja yang mohon nak sambung master hahaha.



Isi borang 

Ini bahagian penting. Dalam banyak-banyak borang yang kau orang dapat tu (borang A, B, C, D dan E), ada satu borang namanya borang A yang perlu diisi dan dihantar balik kepada graduate school masing-masing dalam tempoh seminggu dari tarikh penerimaan. Tak hantar nanti pihak UUM ingat kau orang jual mahallah tak nak terima.

Wajib isi dan kembalikan pada graduate school. Hantar melalui
emel pun boleh.
Borang B - student's record - lebih kurang borang biodata diri saja
Borang C - letter of undertaking - kena ada tandatangan saksi. Saya minta tolong mak bawakan ke sekolah dan dapatkan tandatangan guru kanan sekolah beliau. Senang.
Borang D - student declaration - macam ada ikrar-ikrar sikit, kena tandatangan di hadapan registrar universiti.
Borang E - health examination report - borang medical check up, nanti dah ke klinik/hospital kerajaan tu sila bawa ya.

Semua jenis borang ni jangan lupa untuk dibawa masa hari pendaftaran. Termasuklah dengan segala dokumen yang diperlukan yang dicatat pada surat tawaran.

Pemeriksaan kesihatan 

Bahagian ni pun penting. Tapi puas jugalah nak memikirkan disebabkan confuse dekat mana patut pergi buat medical check up ni. Memang wajib hospital kerajaan saja ke atau boleh pergi klinik kesihatan kerajaan. Saya rujuk dalam admission booklet katanya hospital kerajaan ataupun private medical center tapi bila tengok di laman web UUM kata,

"Local candidates are required to undergo and pass a medical examination conducted by the University Health Centre (recommended) or a Government doctor before they are allowed to register as a UUM student.The report then has to be submitted to the University Health Centre, UUM. (sumber: http://www.hea.uum.edu.my/index.php/styles/medical-examination)

Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke klinik kesihatan kerajaan saja sebab lebih dekat dengan rumah dan tak ramai orang. Yang penting kerajaan hahaha. Boleh check gigi semua bagai di satu tempat cuma x-ray sajalah kena pergi Klinik Kesihatan Kangar sebab di Simpang Empat punya tak ada. Haraplah UUM boleh terima hahaha jangan suruh pergi buat balik sudah. Saya ada ceritakan prosedur pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dalam entri ini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.my/2016/08/pemeriksaan-kesihatan-medical-check-up.html)

Nak lagi senang pergi terus Pusat Kesihatan UUM, bayar RM80. Tak payah buat appointment pun, pergi walk-in saja tapi janganlah pergi lambat sangat. 

Permohonan penginapan

Ya anak-anak sekalian jangan ingat kita sebagai postgraduate student ni automatik dapat duduk asrama tahu. Kena buat permohonan asing pula hahaha nasib baik tanya pihak Student Accommodation Center (SAC) kalau tak memang nganga sajalah. Asalnya memang nak ulang-alik dari rumah tapi memikirkan letih juga kalau kelas malam-malam jadi saya pun apply. 

Pergi ke laman web SAC dan muat turun postgraduate accommodation application form di sini (http://sac.uum.edu.my/index.php/2016-04-19-03-08-06/2016-04-19-03-39-23/accommodation-application-form-postgraduate-student). Tapi penempatan tu bergantung pada kekosongan. RM375 saja untuk satu semester hah murah gila berbanding UIA tu hahaha duduk berdua lagi tahu. Dekat UUM dia orang panggil DPP (Dewan Penginapan Pelajar) atau sekarang dah tukar rasanya pada INASIS (Inapan Siswa) hahaha bukan main kelas lagi nama. Untuk pelajar postgraduate kita akan ditempatkan di dua buah DPP iaitu Proton dengan Tradewinds (ni hasil Google, kalau salah, ampun!).

Siap isi borang, hantar balik pada pihak SAC. Mula-mula tu ingatkan dia orang akan hantar emel kita dapat DPP mana jadi saya pun tunggu punya tunggu, lepas tu saya telefon pihak SAC. Manalah tahu tak diluluskan ke bolehlah siap-siap cari rumah sewa di pekan Changlun tu hahaha. Dan pihak SAC maklumkan lepas daftar baru kena datang pejabat sana untuk daftar asrama pula.

Bayaran yuran

Bila dibuat perbandingan sebenarnya yuran untuk master di UUM ni agak murah berbanding di universiti lain. Yuran pendaftaran ni perlu diselesaikan sebelum hari pendaftaran sebab nanti kena tunjuk bukti pembayaran.

Jumlah yang perlu dibayar untuk pendaftaran,
tak campur dengan yuran asrama RM375 lagi
Cara nak bayar pun banyak wah bagus betul UUM ni sangat memudahkan para pelajarnya. Segala urusan pembayaran secara online terutamanya boleh dibuat di (http://e-com.uum.edu.my/bend/paymode.jsp). Boleh bayar secara FPX, kad kredit ataupun perbankan atas talian. Memang tak kuasa dahlah nak beratur di Bank Islam tu lepas ni hahaha.

Jangan lupa untuk cetak/simpan transaksi pembayaran tu dan serahkan pada hari pendaftaran.

Pendaftaran

Boleh baca catatan saya di sini (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2016/08/registration-day-master-of-education.html)

Setakat ni saja dulu. Jadi sementara kau orang sama-sama macam saya tengah menghitung detik nak mendaftar tu marilah kita sama-sama khatam admission booklet yang diemel. Jumpa Rabu (24/8/2016) nanti!

Tuesday, December 1, 2015

Step by Step for Application - Master of Education UUM (Ijazah Sarjana Pendidikan - Pengajaran Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.

Bila berkait dengan masa depan, nak tak nak kena fikir semasak yang mungkin. Disebabkan mengenangkan masa depanlah saya ambil keputusan untuk cuba-cuba memohon melanjutkan pengajian di peringkat sarjana atau master. Mulanya teragak-agak juga memandangkan kos pengajian bukannya seringgit dua. Mana dengan tak ada pendapatan yang tetap lagi. Maklah tak henti-henti pujuk untuk sambung sementara usia masih muda. Tunggu kerja pun tak dapat-dapat lagi.

Lalu saya mencuba nasib.


Nawaitu awal nak sambung sarjana pada mulanya sebab dah tak ada pilihan lain. Takkanlah nak terus menganggur sampai ke sudah? Dari terus menunggu sesuatu yang tak pasti, lebih baik cari peluang lain. Bila bermuhasabah sendirian, takkanlah nak menuntut ilmu sebab terpaksa dan tak ada pilihan lain? Cukuplah saya bazirkan lima tahun zaman undergraduate lepas itu ilmu langsung tak ada yang melekat di otak, hati apatah lagi. Dulu-dulu memang nak sambung master ialah impian saya. Tapi memikirkan isu kewangan terpaksalah lupakan seketika sampailah dipujuk mak. Itu tak termasuk cakap-cakap orang lagi.

"Ada degree pun susah dapat kerja, master apatah lagi."
"Anak orang lain SPM saja tapi gaji dah beribu. Tak payah ada degree pun."
"Kalau ada master nanti susah cari pasangan hidup."

Dan sekian-sekian kalam orang. Sakit hati tak payah cerita. Lepas berbicara dengan seseorang, terbuka mata hati saya sekian lama.

"Nak menuntut ilmu kerana ilmu milik Allah. Nak terokai bidang baru. Bukan semata-mata kerana nak dapatkan kerja bergaji besar. Hati kena ikhlas. Niat kena betul."

Saya bermuhasabah. Selama ni jauh betul tersasar. Akhirnya saya menggagahkan diri untuk mencuba. Belajar kerana ingin mendalami ilmu Allah. Dapat atau tak itu soal nombor dua. Mak paling positif sejak dari awal, banyak bagi dorongan untuk sambung. Kalaulah arwah abah masih ada, dia pun akan buat benda yang sama. Memang ini impiannya.

Untuk memohon ke program ijazah sarjana di UUM ada dua cara iaitu secara online melalui laman web (http://www.uum.edu.my/index.php/en/postgraduate-admission-procedures), pilih graduate school yang berkaitan dengan kursus yang nak dimohon. Contoh untuk program ijazah sarjana pendidikan boleh klik pada Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (panjang benar namanya). Nak mohon secara manual pun boleh, kalau rumah dekat dengan UUM tu bolehlah ke graduate school yang berkaitan, minta borang. Isi sampai lengkap. Permohonan memerlukan kita untuk dapatkan dua orang individu untuk jadi academic referee sebab nak sahkanlah betul atau tak kita ni berkelayakan untuk mohon kursus yang kita nak. Permohonan saya serahkan secara atas talian pada 19 November 2015 usai meminta bantuan dua orang bekas pensyarah di UIA untuk menjadi academic referees. 

Permohonan perlu disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM100 yang boleh dibayar di mana-mana Bank Islam (ditambah GST sebanyak RM1.06, berkira betul), sijil-sijil berkaitan seperti yang dimaklumkan sewaktu membuat permohonan online, dua keping gambar berukuran pasport dan, okey dah lupa. Lepas siapkan segala dokumen, terus pos benda-benda tersebut ke UUM (walaupun boleh saja nak hantar terus ke fakulti terbabit).

Pastikan hantar sebelum tarikh tutup. Selalunya dekat laman web yang saya letak tadi memang dah dinyatakan tarikh tutup untuk hantar application. Lepas dah hantar selalu-selalulah periksa emel sebab pihak graduate school akan maklumkan permohonan berjaya ke tak melalui emel. Surat tawaran dan segala borang untuk pendaftaran pun akan dimaklumkan melalui emel. Jangan biar emel bersawang atau kena hack sudah hahaha.

Dan petang tadi saya dikejutkan dengan berita gembira ini.


Moga Allah bukakan jalan dan kemudahan untuk perjalanan baru ini, insya Allah.

UUM, tunggu saya.