Tuesday, August 13, 2019

After A While - Of Post-Postgraduate Studies, Married and Working Life

Assalamualaikum and helo guys!

Ya Allah Ya Rabbi dah bersawang bergua dah blog ni. Tiba-tiba buang tebiat nak update kehidupan terkini macamlah ada orang nak baca blog ni dah kan. Iyalah, warga maya sekarang ni mana nak tercongok depan PC nak ber-blogwalking macam zaman dulu (melainkan engkau orang boleh dapat duit dari blogging lah, haha).

Hm, dah masuk dua ke tiga tahun dah menyepi. Dari zaman masih struggle dengan pengajian master sambil menganggur, single dan sendu, sampailah ke tahap dah habis belajar, dah bekerja, dah kahwin. Alhamdulillah, sekian update terkini hahaha. Atas sebab-sebab itulah masa sedikit terkekang.

Aku betul-betul mula masuk kerja April 2018, masa tu kerja pun ditawarkan tersangatlah last minute. Hari Khamis dapat panggilan, hari Ahad dah lapor diri. Memang kalut gilalah since itu kerja aku yang pertama dan rasa nak menangis dan give up pun ada sebab banyak sangat benda kita tak tahu tapi supervisor expect kita untuk tahu segalanya. Minggu pertama aku di sana memang minggu berendam air mata jugalah. Aduh, lawak bila ingat balik betapa tisunya hati masa tu. Dah lama-lama tu dah boleh blend well lah dengan staf lain. Apa yang aku suka tempat kerja lama aku tu, tak rasa ada beza taraf langsung antara staf tetap, kontrak dengan sambilan. Aku staf sambilan saja. Tapi hubungan kami satu pejabat memang sangat rapat. Office pula banyak anjurkan aktiviti untuk eratkan hubungan kami, terutamanya makan-makanlah. Ada event sikit-sikit, makan-makan tu acara wajib okey. Siap ada kenduri durian lagi. Sampailah last day aku dekat situ pun dia orang sudi buat majlis kecil bagi hadiah apa semua. Sumpah rindu gila! Dulu sebelum aku decide nak tukar kerja, supervisor aku siap pujuk lagi, offer gaji yang sama macam tempat aku sekarang ni, haha. Sayang, memang aku sayang tempat lama tu, tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku kena juga bertukar kerjaya.

Geng kami masa majlis Aidilfitri peringkat jabatan.
Ni pun tak cukup kuorum lagi. 

Geng staf-staf sambilan. Dengan dia orang inilah jadi kawan gaduh, kawan makan,
kawan bawang. Haha

September 2018, antara salah satu keputusan besar dalam hidup ialah bila aku decide untuk berhijrah ke Kuala Lumpur demi sesuap nasi. Once again kena berjauhan dengan keluarga tetapi apakan daya peluang di sini lebih menjamin (walaupun tidaklah sangat hahahahaha). Antara sebabnya tu aku nakkan suatu jaminan dalam pekerjaan dari segi gaji (sebab di tempat lama aku dibayar ikut hari dan tak ada caruman KWSP), lepas tu gaji asyik masuk lambat saja. Sebab kedua, nanti aku sambung di bawah.

Well, hidup di Kuala Lumpur ni tak sama macam zaman aku belajar degree dulu. Masa inilah memang kena betul-betul berdikari, cari duit sendiri, cari makan sendiri, pergi kerja sendiri, buat apa pun sendiri. Bulan-bulan terawal (aku rasa sampai sekarang agaknya), aku lebih suka menyendiri. Environment di sini not so welcoming macam aku di jabatan lama dulu. Kalau dulu ada saja staf baru semua sibuk nak berkenalan dan membawang, di sini, hmm. Krik krik krik. Kau baru ke lama ke, tak ada siapa peduli (kecuali adalah seorang dua kakak staf yang ramah). Sampaikan aku selalu kena tegur asyik seorang saja kalau waktu lunch break. Aku pun sejenis yang agak susah nak mulakan conversation, tapi bila dah jumpa yang sekepala tu jadi teman membawang pula. Lagi satu struggle aku masa awal-awal kerja KL ni aku kena berulang-alik KL-UUM sebab masih ada lagi dua subjek pengajian. Penat dia tu Allah sajalah yang tahu. Macam nak menangis kena stay up kebanyakan malam di rumah sewa sebab nak siapkan assignment dan kertas projek. Alhamdulillah, habis saja bulan Disember-Januari, dah habis exam, dah submit research paper barulah rasa boleh bernyawa dan sambung dating dengan tunang. Hahaha. Bincang pasal kahwin khususnya.

Pejam celik pejam celik, September 2019 ni genaplah setahun aku kerja di sini. Dari zaman bujang, sampailah dah kahwin dan nak ada anak seorang dah. Haha. Benci-benci tapi hadapkanlah juga kan?

Tanggal 3 Februari 2019, ini lagi satu acara terbesar yang berlaku dalam hidup aku, yakni aku dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan yang aku tak expect pun jodoh aku, haha. Cliche sangat. Walhal penghujung 2017 akulah manusia paling frust menonggeng habis update lirik lagu sendu di Twitter sebab kena aniaya dengan makhluk Allah bertuah-tuah tu. Kisah lama kan (tapi kalau ingat sakit hati weh!). Nak cerita macam mana kenal pun malaslah, haha. Biasanya kalau kawan/saudara tanya macam mana boleh terkahwin dengan orang selatan ni, simple saja jawapan aku. "Ada orang tolong kenalkan" LOL.

Terima kasih baitulmuslim.com sebab satukan kami. Cewah!

Aku, encik suami dan kawan-kawan baik aku dunia akhirat. Banyak jasa
dia orang masa majlis kahwin aku.

Setakat ni saja dulu kot? Panjang umur insya Allah aku update lagi dengan kisah lain. Haha.

p/s: Aku masih terima komen di blog ni yang bertanyakan pasal UIA, master dan seumpamanya. Untuk reply sepantas kilat mohon emelkan di izzfiez@gmail.com. Thanks!

1 comment:

***Hi, I am no longer active here. PLEASE REACH ME THROUGH EMAIL (izzfiez@gmail.com) ONLY. THANK YOU***