Assalamualaikum.
Dah habis belajar di UIA barulah perasan yang tak ada satu pun entri di blog bercerita fasal bidang pengajian sendiri. Apa punya seniorlah saya ini. Memandangkan saya dah pun berjaya mengharungi pahit manis menjadi pelajar BENL di UIA, rasanya tak salah kalau saya kongsikan serba sedikit berkenaan pengajian ini yang mungkin boleh jadi panduan kepada bakal penuntut jurusan yang sama.
Di UIA, jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan ini dipanggil BENL, as it stands for Bachelor of English Language and Literature. In case ada yang tertanya, "akak ni course BENL why don't you just write in English?" eh suka hati sayalah nak tulis bahasa apa pun (hehe, gurau saja). Rojak campur pun sedap, lagi-lagi dinikmati ketika perut sedang kelaparan okay cut the crap. BENL merupakan salah satu kursus di bawah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) dan di bawah Human Sciences (HS) Division. Selain BENL, terdapat kursus seperti History and Civilization, Communication, Sociology and Anthropology, Psychology dan Political Science.
BENL terbahagi pada tiga bidang pengkhususan iaitu:
1. Linguistics
2. Literature
3. Combination of linguistics and literature.
berserta 18 subjek major yang perlu diambil bersamaan dengan 54 jam kredit. Untuk subjek pengkhususan, anda dikehendaki mengambil 6 subjek yang bersamaan dengan 18 jam kredit. Tapi khabarnya bagi intake baru bermula tahun 2012, mereka perlu mengambil 7 subjek pengkhususan. Siap ada internship lagi. Tak adil betul, zaman saya dulu mana ada. Kempunan nak merasa pengalaman berpraktikal. Hah, nampak macam sedikit subjek BENL ini tapi itu belum lagi dicampur dengan subjek fundamental core courses HS disebabkan BENL di bawah HS Division dan subjek-subjek di bawah IRK Division, bahasa Arab, subjek kokurikulum dan sebagainya. Nak cerita panjang nanti tak faham pula. Ada baiknya rujuk study plan yang terdapat di laman web UIA sendiri.
Jadi, kalau anda fikir pelajar BENL cuma menghadap subjek linguistik dan sastera semata-mata, sila hapuskan persepsi itu ya, kerana seiring dengan matlamat universiti (ewah, apa mak merepek?) untuk melahirkan graduan all-round makanya banyak juga subjek yang perlu diambil yang tak ada kena-mengena dengan bahasa Inggeris. Contohnya seperti lapan subjek IRK Division yang perlu diambil bagi pelajar single major. Yang nak buat minor itu lain cerita.
Well, bila jadi pelajar BENL ini ada sedikit sebanyak persoalan yang timbul daripada orang sekeliling yang kurang arif berkenaan dengan bidang pengajian ini. Ada yang kata BENL macam TESL, ada yang kaitkan lepasan BENL kebanyakannya sekadar bekerja sebagai guru atau kerjaya dalam bidang pendidikan. Saya malas nak cerita panjang disebabkan isu ini ada saya tulis dalam entri 'UIA dan Asasi Bahasa Inggeris' suatu ketika dulu (entri tersebut masih wujud). Yang paling hot bila orang selalu ingat belajar bahasa Inggeris ini cuma berkisar tentang English grammar, padahal apa yang dipelajari itu jauh lebih advance dari tatabahasa. Kalau linguistik, sedalam-dalam aspek bahasa dikaji seperti aspek fungsi sesebuah peraturan tatabahasa (grammar rules), semantik, morfologi dan banyak lagi. Bagi pengkhususan sastera, pelajar didedahkan dengan seasas-asas perkara dalam bidang ini seperti puisi, drama, novel dan prosa, sastera Islam, Amerika dan pelbagai lagi, which I find way more interesting of discovering the language itself. Sebenarnya, English is beyond the language. It's everything. Dulu zaman sekolah punyalah tak suka bahasa Inggeris ini tapi Allah takdirkan saya sendiri untuk meneroka bidang yang selalu orang cakap, "ala, English je pun. Bukannya medic/engineering/accounting/laws etc.."
Setakat ini saja coretan saya untuk entri kali ini. Macam biasa, sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh emel di izzfiez@gmail.com.
Wassalam.
Lapan subjek IRK yang saya ambil (highlighted in yellow) |
Setakat ini saja coretan saya untuk entri kali ini. Macam biasa, sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh emel di izzfiez@gmail.com.
Wassalam.