Assalamualaikum
everyone!
Okey, untuk
posting kali ni nak cerita sikit tentang penjagaan muka berdasarkan pengalaman daku sendiri. Okey,
to be honest, aku ni bukanlah dalam kategori perempuan yang suka melawa, melaram apa benda semua tu. Nak berfesyen, mekap ikut trend tu memang jauh sekalilah tidak disebabkan aku tak ada pengaruh daripada saudara perempuan (sebab aku anak perempuan seorang) hatta rakan sebaya masa sekolah ataupun universiti. Jadi kesedaran aku untuk jaga muka bagi elok bak Fazura tu tak berapa nak ada sangat. Haha. Masa sekolah,
I did not really give a damn to my face. Pergi sekolah pun harap bedak Safi saja. Same goes to my cleanser. Tak Safi gamat, mesti Safi mentimun.
So that was my skincare routine masa tu.
Only cleanser. Seriously guys, sampai umur aku 24 tahun pun aku hanya guna
cleanser SAHAJA. Aku memang tak tahu menahu atau terasa nak cuba produk lain macam
toner, mask, moisturizer. Mentaliti masa tu, aku masih budak-budak jadi kalau dah mula guna produk kecantikan ni nanti kulit muka dah tak elok bila dewasa. Haha. Apa punya mentalitilah kan?
Lama kelamaan aku perasan. Bila cuci muka pagi saja masa mandi tu, kulit aku tak bersih dalam jangka masa yang lama. Sejam dua kemudian, minyak berkilo-kilo boleh timbang bertempek dekat muka dan bila tengok cermin boleh nampak jelas kilauan minyak tu. Kusam dan selekeh sangat. Kebetulan masa tu,
I came across with a brand yang aku nak cerita dekat kau orang ni. Mula-mula tu aku ingat jenama Cosmoderm ni baru lagi
and it's an international brand and obviously kalau dah
international mesti mahal punyalah
. But guess what, sebenarnya jenama ni dah lama ada di Malaysia dan yang lagi meyakinkan aku untuk cuba produk ni sebab
it's halal guys! Dahlah mampu milik. Kebetulan masa aku beli tu dia orang buat
cyber sale untuk semua set
skincare jadi dapat banyak diskaun jugalah
. Jadi aku buat keputusan untuk cuba
oily skin set untuk selesaikan masalah kulit aku ni. Untuk set yang aku beli dulu didatangkan dengan
cleanser, toner, serum, moisturizer dan f
acial mask. Siap dapat
free gift berupa BB
cream &
make up remover you all. Seingat aku dulu beli satu set tak sampai RM100.
 |
Mask, toner, serum & moisturizer. Cleanser tiada dalam gambar sebab dah habis.
Hahaha. |
Step for skincare routine mengikut cara aku
, macam biasa cuci muka dulu dengan
cleanser. Setiap hari, pagi dan malam sebelum tidur. Yang
best best tentang
facial cleanser Cosmoderm ni ialah beliau ni dalam kategori
non-comedogenic yakni takkan menyumbatkan lagi pori wajah tu. Bila pori tersumbat itulah masalah kulit macam jerawat apa semua tu akan timbul.
Another one more thing, sekarang ni
cleanser TTO Cosmoderm dah ditambah dengan Vitamin E juga okey! Yang penting, pHnya sesuai dengan kulit muka.
Lepas dah siap cuci muka dengan
cleanser, bolehlah
apply mask pula. Antara
ingredient mask Cosmoderm yang menarik perhatian aku ialah
kaolin.
For your information, kaolin ni ialah sejenis
clay mineral, rasanya kandungan yang sama jugalah dalam
clay mask jenama lain tu. Fungsi
kaolin ni ialah
cleansing and exfoliating kita punya permukaan kulit wajah tu. Biasalah kalau sekali cuci memang takkan bersih betul-betul kekotoran, segala minyak, habuk, debu bagai tu. Jadi fungsi
kaolin ni ialah untuk serap segala mak nenek
impurities tu.
Mask ni juga ada kandungan
peppermint yang akan memberikan
cooling sensation.
First time pakai rasa macam tempek ubat gigi. Hehe. Yang ni aku cuma guna seminggu dua kali.
Lepas pakai
mask, biarkan dalam 15-20 minit, bilas, baru
apply toner. Rutin sama macam
cleanser, setiap hari, pagi dan malam.
Toner Cosmoderm ni dia macam sejuk sikit untuk meredakan iritasi kulit dan bagi kesegaran pada kulit kau orang lepas dah cuci. Boleh juga nak guna bila rasa kulit berminyak masa tengah hari ke, petang ke.
Ingredient toner ni selain dari alkohol ialah
salicylic acid yang berguna untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak dan jerawat. Untuk yang alah dengan alkohol mungkin tak sesuai nak guna.
Serum TTO Cosmoderm tu pula aku boleh gelarkan sebagai kecil-kecil cili padi. Tekstur dia macam gel, kaya dengan kandungan Vitamin C dan
aloe vera untuk kulit berminyak. Yang menariknya lepas pakai terus rasa muka dah tak melekit dengan minyak sebab kuasa penyerapan beliau sangatlah pantas. Cewah! Jadi bolehlah
control shine kulit muka kau orang tu kan.
And last but not least, jangan dilupakanlah pelembab. Dulu aku ingat orang yang kulit berminyak ni tak perlu pakai pelembab sebab nanti muka makin berminyak dan melekit. Tapi sebenarnya untuk orang kulit berminyak ni pelembab pun penting tahu? Fungsinya untuk kurangkan penghasilan sebum dan kulit kita pun akan jadi lebih sihat dan bebas jerawat. Dan baru tahu juga sebenarnya
moisturizer Cosmoderm ni bukan saja boleh jadi pelembab tapi juga sebagai primer. Dan lagi satu,
moisturizer ni juga ada fungsi
sunscreen dengan kandungan SPF 15 PA ++.
But still untuk kau orang yang banyak terdedah pada cahaya matahari tu,
top up lagilah dengan
sunscreen yang kandungan SPF lagi tinggi.
Surprisingly you guys, produk ni dari aku beli hujung 2016 sampai sekarang tak habis lagi hahaha! Oh ya, untuk kau orang yang ada masalah yang sama dengan aku
which is oily skin, aku sangat syorkan untuk beli produk yang ada
tea tree oil ni. Boleh hilangkan jerawat juga okey! Masa
cleanser beliau ni habis, aku tukar guna
cleanser yang tak ada TTO terus mencanak balik jerawat huhuhu. Disebabkan aku seorang yang
cheapskate dan rasa nak beli seketul
cleanser Cosmoderm ni mahal (walhal tak sampai RM20 pun kahkah), aku tukar ke produk lain yang juga ada TTO yang lebih murah (baru RM10
something).
Menurut pembacaan aku,
oily and acne prone skin ni kena cari produk yang ada TTO,
salicylic acid, benzoyl peroxide dan ada lagilah yang aku lupa namanya. Di samping gunakan produk Cosmoderm ni aku
top up sikit dengan penggunaan
facial scrub dan
oil cleanser yang sesuai dengan keadaan kulit berminyak ni. Alhamdulillah, muka pun dah kurang berminyak dan jerawat pun kalau beliau naik, terus kecut hahaha padan muka. Aku rasa untuk
beginner yang baru nak berjinak-jinak dengan penjagaan muka bolehlah cuba Cosmoderm ni. Sambil-sambil tu kau orang yang ada Twitter tu boleh
follow akaun macam Iman Abdul Rahim ke, Dr. Aris Fadzillah (ahli MedTweetMY) ke, yang banyak kongsikan tips untuk
skincare ni,
especially for the beginners.
Lastly, silalah dapatkan set-set yang anda mahukan sama ada di
physical store, drugstore, website Cosmoderm, ataupun di Lazada, Shopee, dan seumpamanya.
Done review. Chow ~